Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

October 7, 2011

Aku Seorang Yang Ego, Apa maksud Ego sebenarnya?



Kembali menulis lagi, tiada lagi tajuk-tajuk entri yang berbentuk info atau sesuatu yang menarik seperti satu masa dulu. Cuma hanya hendak berkongsi pendapat berkenaan dengan sifat dalaman seseorang manusia seperti tajuk entri di atas. Masing-masing pasti ada sifat seperti tersebut kan? Aku sendiri mengakui aku memang ada sifat begitu yang cukuplah kuat satu ketika dahulu, cuma dalam keadaaan sekarang semuanya sudah mula berkurangan. Mungkin disebabkan perjalanan hidup yang tak kadangkala tak stabil? Atau perubahan sekeliling – orang sekeliling, masyarakat atau masalah-masalah lain? 

Ada masanya dulu dengan sifat Ego yang terlalu kuat, aku sentiasa berupaya menentukan sesuatu keputusan dengan betul, cepat dan tepat. Entah kenapa lama kelamaan semuanya seperti berubah sedikit demi sedikit. Baguskah situasi yang sebegitu? Sekarang apabila hendak menentukan sesuatu keputusan pasti akan mengambil masa yang agak lama, tiba-tiba terasa tertekan bila terlalu sangat memikirkannya.

Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin sudah nampak kekurangan diri sendiri? 

Jawapan seperti itu memang tepat rasanya. Situasi sebegitu memang mampu mempengaruhi sifat seseorang sekelip mata sahaja. Luaran nampak biasa, tapi selebihnya tidak. Ego yang semakin berkurangan mampu mempengaruhi daya keyakinan diri, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada manusia untuk terus menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Apa Ego itu sebenarnya? Pasti ada beribu jawapan yang mampu diberikan. Masing-masing pasti ada jawapan untuk soalan sebegini kan? Ini maksud sebenar Ego, menurut kamus Dewan Edisi 2 dan 4.

sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.

perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain

perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi.

keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. 

persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaannya .

Tapi apa yang sebenarnya kenapa aku menulis berkaitan ego ini ada banyak sebabnya. Ego satu masa dahulunya merasakan tidak akan suka dengan apa yang ada sekarang, suka tapi buat-buat tak tahu – dikira Ego kan? Lain-lain hal ada yang berkait sedikit dengan Ego, kadangkala terpaksa melupakan rasa Ego tersebut, terpaksa melakukan sesuatu yang memang bukan dikira tanggungjawab tetapi terpaksa demi menjaga reputasi sebagai orang bawahan – ada kaitan dengan Ego tak?

credit : google, blog sheiswawa

P/s : Kalau diubah dari perkataan tersebut kepada "lebih mudah untuk menerima" adil tak? Tak Ego kan namanya? 

[Sambung Baca...Disini]

July 17, 2011

Dua Puluh Empat.. Apa Lagi Yang Tak Dapat?


 Kalau dulu, tak berapa kisah. Hidup pon tak tentu lagi mana nak pergi, apa nak buat… Apa yang perlu dikejar, apa yang perlu dibuat. Tapi hari ini, benar-benar terasa sangat masa berlalu terlalu cepat. Dah semakin hampir, pejam celik pejam celik semakin hampir untuk masuk ke tahun berikutnya. Masa tu pasti aku terasa akan teramatlah tua dengan diri sendiri dan apa yang ada di sekeliling.

Bila lagi nak jadi lebih dewasa, lebih matang dan lebih berani untuk terima dan hadapi apa jua masalah dan risiko yang akan datang? Aku sendiri dulu tak pasti, tapi sekarang semuanya kena dipastikan.

Apa yang aku masih belum capai / belum mampu untuk memiliki?

- Harta Benda /Aset





- Dari segi kewangan : pelaburan /simpanan


-Yang nie personal.. personal sangat, dah memang dah nak tercapai….




Last sekali, balas balik jasa orang tua.. dan mereka-mereka yang berkenaan!

P/s : Semakin hari.. semakin tua....

[Sambung Baca...Disini]

April 30, 2011

Minat Sesuatu Melebihi Tahap Kemampuan


Sejak dari azali lagi... tettt! salah, tipu semua tu! semuanya bermula bila diri sendiri sudah mula pandai mengenal apa itu duit/wang. Bila dah mula pandai kira, ada duit/wang masa itulah semuanya bermula. Kumpul dari mula sehinggalah tak terkira banyaknya jumlah duit yang dapat dikumpulkan. Sanggup tahan makan, dengan alasan standart, "tengah diet" semata-mata jimat cermat untuk hanya sesuatu 'benda' yang terlalu diinginkan, minat yang terlalu sangat walau tak berkemampuan.


Tapi sekarang, tak perlu lagi diet bila dah tiba time gaji... tunggu masa yang betul-betul sesuai, nak belanja beli itu, beli ini. Maklumlah, hutang tak banyak kot... PTPTN pon entah dah berapa bulan tak bayar... *tapi masih ramai dekat luar sana yang tak bayar lagi kan* - maaf jika terasa / sentap. Makin besar gaji, makin banyak hutang kan? Kemahuan melebihi kemampuan, kemampuan tidak setanding kemahuan. 

Tapi tak salah kan? itu namanya minat... bukan memiliki sesuatu yang haram, dengan cara yang haram, atau haram di gunakan.. Hanyalah minat semata-mata...!

P/s : masing-masing ada minat yang pelik-pelik... fahamkan walau tak berapa faham.

[Sambung Baca...Disini]

March 7, 2011

Jangan Lari Dari Masalah, Cuba belajar Untuk Selesaikan


Masalah... Datang dan pergi, datangnya selalu,setiap hari tak kira masa,tempat dan situasi. Time menulis entri ini, memang terasa beban sangat kot masalah kali ini. Zaman-zaman baru dapat harta kan, harta yang paling susah untuk aku nak dapatkan, mak bapak pon gerenti tak boleh bagi.. Semunya kene datang dari diri sendiri.Untung ada pinjaman masa-masa belajar dulu kan. Cukup nak beli sebijik kuda kepang.


 Disebabkan tahap jakun sangat, pandai-pandai ubah suai, kasi setting itu ini... Perginya pon entahlah, sendiri rasa puas kadang-kadang cuma makan asap je. Betapa mudahnya aku buat semua tu, memang pikir panjang, tapi biarlah masa berlalu. Dah tiba masanya dia buat hal, baru fikir ape nak buat, pening kepala lah sebab risau berapa banyak nak kene keluar. Tambah-tambah lagi, gaji sekarang belum naik, tunggu bulan Mac nanti. Itu pon takut kalau masih tak cukup. Hari-hari berasap, mana nak cukup.. sekali asap mau habis RM 10.00, belom campur makan minum lagi.

Sekarang dah fikir dengan tenang, ape nak jadi pon kene maintain dulu... Tunggu cuti panjang - 2 hari je, baru pergi balik tempat terakhir ketika peristiwa terakhir terjadinya masalah tu. Mungkin ada kesilapan masa memasang kot, bukan nak kata pomen dekat situ tak terer dan hebat, cuma kenyataannya memang 'YA'... Harap-harap kuda kepang aku dapat bertahan, malu kot nak tolak agak-agak kalau semua minyak dah tumpah kot. Muka tak hensem, menolak lagi...jatuh lagi saham kan....! Aku cuma ganti mende nih je, kalau ada rosak yang lain, memang kene sediakanlah belanja sebulan punyer untuk kuda kepang je...memang tak berasaplah beberapa minggu nie kan!... Sedih btol lah....


P/s : Duit oh duit, duit senang dicari... tapi makin dicari, makin tak cukup?

[Sambung Baca...Disini]

February 17, 2011

Memang tahu tak Lepas, Yang Penting Cuba Dulu


Sekadar gambar Hiasan : credit to blog pemudasabahan

Bukan mudah untuk menjadi sebahagian dari mereka. Pengalaman pertama semenjak mohon kerja dengan SPA nih... Satu-satunya jawatan yang memerlukan persiapan rapi bukan sekadar dari pengetahuan mengenai jawatan tersebut, tetapi dari segi fizikal seharusnya mengikut apa yang sudah ditetapkan 100%. 


Lihat dari gambar pon sudah cukup faham kenapa syarat-syarat agak ketat. Keperluan di dalam setiap urusan kerja mereka setiap hari. Tak cukup gagah, sure tumbang punyer kan? Dasat kan? baru sekarang faham benar. Tak mudah untuk jadi seperti mereka.

Pagi tadi, aku still pergi interview, silap.... ujian fizikal terlebih dahulu. Tinggi dan Berat masih okey... cuma seperti biasa BMI... terlebih sihat!... Takpe, tak diperli atau di usir dari sana, sebaliknya penerangan dan kata-kata semangat untuk turunkan badan? Semangat tak?! Dikira bernasib baik, penglihatan masih tidak kabur, tiada masalah rabun jauh/dekat. Masih ada peluang untuk dipanggil lagi.


Lain Kali pasti boleh cuba lagi..... Lega betulkan!

P/s : syarat terbaru : lari 2.4 km dalam masa 14 minit? Fuhhh!, pengsan....!

[Sambung Baca...Disini]

February 5, 2011

Sifat Terlalu Yakin, Malu Untuk Minta Maaf?


Semua orang ada sifat tersendiri dalam diri masing-masing. Dari kecil, sifat-sifat tersebut sedikit demi sedikit kelihatan dalam diri kita. Sesetengah orang, sifat-sifat yang ada dalam diri mungkin dari segi keturunan. Ataupon disebabkan proses ketika membesar yang tidak dikawal dengan baik. Macam aku, ada sifat pemalu? Susah untuk dipercayai kan? Tak mudah nak berkawan dengan mereka-mereka yang baru dikenal, kecuali lelaki. Kerana ego kami sama saja. Lebih kepada kaum wanita, untuk kategori single and available.

Aku rasa bukan aku saja yang rasa muak,menyampah dan malas nak layan dengan sifat-sifat tertentu manusia di muka bumi ini, pasti ramai lagi yang akan rasa begitu. Diri sendiri ini tidak baik,tidak jahat, nak merendah diri sangat pon tak boleh, nanti orang akan rasa menyampah. Sedang-sedang saje sudah cukup, hendak atau tidak perlulah dihadapai setiap hari. Tak semestinya setiap hari kita indah kan? Perlu ada hari-hari yang berlainan moodnya... barulah warna-warni sikit hidup ini.

Semalam, betul-betul menguji diri ini sendiri. Macam yang aku cakap tadi, aku ada sifat yang sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan kaum hawa, jadi sekiranya ada sesuatu kesilapan yang dibuat oleh mereka.. aku akan rasa agak sukar untuk menegur. Bergantung pada sifat yang ada dalam diri mereka. Jika diam tapi ramah mesra bila ditegur, masih tidak mengapa. Tetapi jika jenis yang tidak boleh beralah, tak mampu menerima teguran dari orang lain dan merasakan diri sendiri itu betul dan perfect.. 

Aku terpaksa memilih untuk menyelesaikan dengan cara yang lebih mengikut peraturan dan prosedur... Dan semalam juga terbukti... Aku betul, Dia salah... Tetapi kenapa tiada perkataan MAAF daripada DIA? 


Selamat Tahun Baru Cina...owh, aku lahir tahun arnab! Sebab itu pemalu kan?

P/s : kalau dia membaca entri ini, aku mudah maafkan orang, cuma mengapa sukar untuk mengatakan MAAF ?


[Sambung Baca...Disini]

January 23, 2011

Kenapa Aku Bosan? Zaman sudah berubah, Apa yang mereka beri?


Makin hari aku semakin bosan... Semangat hendak bekerja pon makin hari makin berkurang.. Mungkin kesan dari kawan-kawan sekerja yang semakin hari berkurangan.. Sikit demi sedikit, tak mampu lagi untuk bertahan walau di dalam hati masing-masing sudah menanam niat mahu berkhidmat selagi umur masih ada, tapi siapa mampu bertahan kan? Mengharap apa yang tiada, tunggu dan terus menunggu... Yang pasti tidak diketahui bila dan sampai bila hendak terus menunggu.

Lebih-lebih lagi, zaman sekarang semuanya sudah maju, teknologi sudah bertambah dan bercambah.. Dengan jumlah yang sebegitu, bersyukur dengan adanya ia mampu untuk menanggung apa yang ada, tapi realiti yang sebenarnya masih tidak mencukupi. Kerja lebih, tenaga lebih... bayaran masih sebegitu? Penat kalau sentiasa asik nak kene 'kipas'.... Tenaga terbuang, apa pon tak dapat.... Dari ikhlas menjadi? Jawablah sendiri..... 

Walau aku masih baru... masih menunggu tempoh 3 bulan percubaan untuk berakhir, kesian melihat kawan-kawan yang sudah lama bekerja di sini. Ada yang naik ada yang masih kekal... Dalam tempoh yang lama sebegitu masih kekal dengan tahap yang sama. Ada yang masih dikira baru dalam tempohnya, tapi sudah boleh naik... Dikira dengan cara yang bagaimana? Memang benar, "itu rezeki dia"... cuma terasa ada sesuatu yang tidak kene disini... Terasa sangat dan akan, tak mahu bersubahat walaupun tiada bukti... 

Tapi naluri hati dan pemerhatian di sekeliling kuat menyatakan, sesuatu yang tidak kena...  Biasalah, dimana-mana pon sama kan? Masalah yang sama, situasi yang sama cuma berlainan tempat dan syarikatnya. Aku harap peluang untuk percubaan kali ini berjaya.. Kalau setahun yang dulu, menanti dan terus menanti walau masih gagal. Sekarang, sudah ada pekerjaan dan pengalaman berharap agar majikan tidak lagi memilih dan yang pasti demand yang terlebih-lebih... Doakan ye, moga-moga dapat kali ini. Berharap sangat-sangat....

P/s : 

Pada geng-geng sekerja yang sudah berhasrat untuk blah, selamatlah di tempat kerja yang baru... Mulakan yang baru... Lupakan yang lama...! 

Kalau dapat kerja yang itu, sure 100% aku akan terus berhenti! Kalau tak? 

[Sambung Baca...Disini]

January 10, 2011

Patut ke pilih yang itu? Bezanya masih tiada!


Selalu dengar tak ayat-ayat seperti ini? Hargai apa yang ada dekat depan mata, sebab bila dah takda nanti menyesal pon tak guna kan? Masalah sekarang bukan benda tu dah takda, cuma takda kat sini saja, bukan dekat dunia yang fana ini. Masalah lagi bila dah takda dekat sini, kene cari pengganti? Sapa nak ganti? Semua pasti tak nak, bukan senang nak ganti... banyak tanggungjawab yang bakal menanti.


Tambahan lagi, dengan hasil titik peluh yang bukan tidak bersyukur cuma tak berbaloi. Penat berhempas pulas, hasilnya cuma itu saja? Paling sakit bila bakal dituduh tak ada tanggungjawab? Masalah bila mata sudah sampai ke lutut. Otak pula dah sampai ke mana agaknya? Sekarang bagaimana agaknya? Baru tahu kan nak menyesal? Duduk sedap-sedap dekat atas, siap berhawa sejuk lagi... Bila ada masalah turun bawah, huru harakan orang-orang bawahan. Bagaimana kalau orang bawahan itu dah tiada lagi? Pening kan?

Tambah lagi pening, bila penggantinya mestilah dari golongan kami? Tak nak yang fresh-fresh... tak cukup 3 hari dah cabut lari. Semuanya sebab tak tahan, sakit hati, gaji kecik, Leader tak hensome? Susah nak cari yang mampu kekal, tahan lama... Setahun dua dah dikira tahan lama. Tak mampu lebih dari itu... Sebab asik kene tipu...Gred ke mana, janji semakin panjang berjela.... Boleh tak mogok?! Susah bila takda pilihan kan!

* Credit : Google
* member nak resign sape nak ganti?

P/s : harap-harap 26hb nie menjadi.....amin

[Sambung Baca...Disini]

December 31, 2010

Siap sedia untuk resign..10 Januari 2011


Tinggal beberapa hari lagi untuk berakhirnya tahun 2010...silap bukan beberapa hari... Jam,Minit dan saat. Tak banyak kenangan yang ada sepanjang tahun 2010, asik tanam anggur mana nak ada kenangannya! Mungkin aktiviti-aktiviti yang menjadi feveret setiap hari, bermula dari pagi hingga petang - online internet! Dimulakan dengan ucap selamat pagi di twitter (Miss R terutama sekali), update blog dan menyedut segala-gala mp3, movie dan software! Cukup bulan, petik anggur!

Dah terasa bosan yang amat sangat, jeles dengan mereka yang asik memperkatakan tentang kesibukan jadual harian! Yang mana sibuk dengan belajar, yang mana sibuk dengan bekerja! Aku pon mula amik keputusan untuk bekerja.. janji bekerja? Hasilnya..... Seperti tajuk entri di ATAS!


P/s : Selamat Tahun baru...jom cari kerja baru?

[Sambung Baca...Disini]

November 24, 2010

Bukan terasa nak jadi,cuma layak dan gajinya agak lumayan


Beberapa minggu yang lepas, memang agak memenatkan. Seperti biasa sudah menjadi rutin tahunan di tempat kerja aku akan dibuat pemeriksaan semula stok-stok barang. Juga beberapa minggu sebelum itu akan dibuat juga pemeriksaan stok tetapi cuma sekadar di tempat-tempat tertentu sahaja, tidak keseluruhannya. Apa kaitannya aku cerita tentang hal-hal kira stok nie dengan tajuk entri di atas?

Kerana selepas semuanya selesai, akan keluarlah satu keputusan menyeluruh mengenai semua pemeriksaan yang telah dilakukan. Masa inilah, mereka yang bergelar Group Leader/ Section Leader suatu masa dulu yang pernah diberi gelaran, mereka perlu mencari sebab musabab jika berlaku kerugian disebabkan barang/stok yang sepatutnya ada tetapi tiada berdasarkan jualan yang telah dibuat.

Apa yang buat aku tak sentap sangat?fahamkan dengan teliti dialong dibawah?dialog ker?eh....

Group Leader X : Pening betul kepala memikirkan mana nak cari sebab loss/kerugian nih... nah,ko nak sangat jadi SL/GL kan?

                  Aku : Eh,tiba-tiba je? Bila masa aku cakap nak sangat jadi SL/GL? (cakap dalam hati sendiri)

Faham ke tak?Lantak lah... yang penting aku tak sentap sangat kot...luaran je tak sentap,dalaman tersentap sikit...cis,dah lah GL tu dikira yang terbaik dan berpengalaman menjadi GL.Entah bila masa dia tau aku pernah mintak position tersebut...Tetapi bukan sebab kerana kuasa yang ada... hanya kerana position tersebut sesuai dengan tahap pendidikan dan juga gajinya agak lumayan bro!...ceh...

P/s : Bila nak jadi GL nih?......

[Sambung Baca...Disini]

November 16, 2010

Masanya semakin hampir, selepas itu?



Tik..Tok...Tik..Tok............. Dari bulan Jun, sampai lah sekarang..........sekejap saja kan?dan tak lama lagi, tibalah masanya itu! Lepas tu? Apa nak jadi pon jadilah...tak kisah,tak peduli....Redha saja yang aku mampu.Lagipon, semuanya itu cuma untuk sementara waktu dan sampai sekarang aku masih menunggu peluang untuk apa yang sepatutnya untuk diri aku.

Banyak perkara-perkara baru aku dapat daripada bekerja sebagai _________ .... dan juga membuka mata dan pemikiran aku selama ini...yang mana tak pernah nampak dan tahu akan cabaran mereka-mereka yang bekerja dalam bidang kerja yang sebegini....Mungkin sebab kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan seperti ini tidak setinggi tahap yang diperlukan? 

Atau mungkin kerana ada yang sengaja bersikap demikian? Owh, kenapa aku cakap begitu? Ini antara perkara-perkara yang perlu dilalui dalam kerja seharian :
  • Berhadapan dengan karenah customer-customer 'alien' yang sememangnya ingin dilayan seperti VIP.Dan juga bersikap degil dan sesuka hati ingin membuat sesuatu permintaan mengikut kepala keras mereka itu sesuka hati.
  • Perlu selesaikan masalah-masalah jiran-jiran sebelah menyebelah (department), itu masih okey kerana sifat tolong menolong itu amalan mulia.Cuma sakit hati bila jiran tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap tanggungjawab mereka sendiri...Ish, gaji kan sama, buat kerja lebih gaji pon sama..Tak adil lah begitu kan? Sudah jadi tak ikhlas lah begini.
  • Staff yang semakin kurang...tapi bukan kurang hajar...jumlahnya semakin berkurang! Wahai HR,tolonglah tambahkan lagi ye...yang perlu saja untuk department tertentu.
  • Tidak kisah kerja penat dan bertambah lebih-lebih lagi bila ada stok-stok baru masuk...Cuma,kan lebih bagus jika gaji yang masuk juga sama lebih kurang dengan kerja yang sedia ada? 
Itulah masalahnya...biasa-biasa saja, mungkin bagi mereka-mereka yang sesuai dengan tahap kelayakan kerja tersebut.Cuma bagi aku, agak rugi kerana apa yang ada selama 3 tahun dulu dengan kerja sementara yang ada sekarang memang benar-benar agak merugikan. Cuma berharap agar cepatlah sampai ke tahun depan, kerana peluang yang sebenar untuk aku akan dibuka ketika itu... 

P/s : Bukan mengeluh.....

[Sambung Baca...Disini]

September 28, 2010

Different Between Girls And Matured Women


-Girls leave their schedule wide-open and wait for a guy to call and make plans.

-Matured women make their own plans and nicely tell the guy to get in where he fits

--Girls want to control the man in their life.

--Matured women know that if he's truly hers, he doesn't need controlling.

---Girls check you for not calling them.

---Matured women are too busy to realize you hadn't.

-Girls are afraid to be alone

-Matured women revel in it-using it as a time for personal growth.

--Girls ignore the good guys.

--Matured women ignore the bad guys.

---Girls make you come home.

---Matured women make you want to come home.

-Girls worry about not being pretty and/or good enough for their man.

-Matured women know that they are pretty and/or good enough for any man.

--Girls try to monopolize all their man's time ( I.e., don't want him hanging with his friends).

--Matured women realize that a lil' bit of space makes the 'together time' even more special-and goes to kick it with her own friends!

---Girls think a guy crying is weak.

---Matured women offer their shoulder and a tissue.

-Girls want to be spoiled and 'tell' their man so.

-Matured women 'show' him and make him comfortable enough to reciprocate without fear of losing his 'manhood'.

--Girls get hurt by one man and make all men pay for it.

--Matured women know that, that was just one man.

---Girls fall in love and chase aimlessly after the object of their affection, ignoring all 'signs'

---Matured women know that sometimes the one you love, don't always love you back and move on, without bitterness

-Girls will read this and get an attitude.

-Matured women will read this and pass it on to otherMatured women and their male friends.

P/s : best girl/woman win?

[Sambung Baca...Disini]

June 10, 2010

Panas Dan Sejuk dalam Bahasa Melayu


Wah! Panasssss? Sejukkkk? Apa itu? Video panasss ker atau pon cuaca sekarang yang semakin 'sejuk'? Dah masuk hari ke-5 rasanya. Dari hari 1st rasanya sungguh menggigil kepanasan.Ish, demi ALLAH tidak pernah terasa sebegitu panasnya sebelum ini. Memang terasa benar akan panasnya...sampaikan peluh pun tak boleh keluar angkara Demam. Tetapi hari ini, syukur kerana sudah mula pulih dan beransur-ansur hilang demam itu..yang lain-lain itu biasalah...

Terasa juga kenapa saya mudah terkena penyakit ini.Mungkin sebab tidak menjaga kebersihan dengan sempurna ketika berada di luar rumah.Rasanya mulai sekarang saya harus mengamalkan mengambil vitamin yang dicadangkan oleh cik ailebiu .Nak tahu lebih lanjut boleh baca dari screenshot entri beliau di sini atau di bawah ini


Dan juga mungkin kurang meminum air masak.Setiap kali berjumpa doktor, pasti ingatan agar sentiasa minum air masak secukupnya akan disyorkan kerana khasiat air masak itu lebih bagus dari air-air yang lain.Memang benar rasanya kerana jumlah air masak yang diminum oleh saya teramatlah kurang setelah membaca entri dari blog Pn Ladynoe dari entri semuanya tentang air.Boleh di baca di sini atau screenshot di bawah


P/s : Hari ini dah mula boleh merasa makanan tanpa rasa yang sama saja - 'tawar' aja..syukur...

[Sambung Baca...Disini]

May 10, 2010

Berjalan Sejauh 304 KM & Foursquare


Penat sungguh berjalan sejauh itu.. Memang tak dapat dinafikan lagi... tapi ia cumalah perjalanan dengan menaiki kenderaan 'der'.. kalau jalan kaki mau tak maut kaki saya ini. Memang nak sangat update pasal ini dari semalam tapi faham-faham sajalah kan konsep perkongsian internet dan juga bila berada di rumah orang kan..manalah sama dengan rumah sendiri.. Tempat saya pon berlambak internet, malah dekat saja nak pegi,tapi di sini (rujuk pada peta) jauh sedikit jadi baru hari ini dapat updates.

Sebab apa pergi ke destinasi itu sebab biasalah majlis perkahwinan.. Sepupu, dah kahwin dah dia.. Saya??? tak tahu lagi..nak tanggung diri sendiri pon belum tentu apalah lagi anak orang kan...Ada ke sapa-sapa dari tempat tersebut?rasa macam takda...okeyh! Sebenarnya cuma nak update sikit sahaja pasal itu tadi dan juga aplikasi foursquare ini... Apa tuh?Segi empat? tahukah anda? Pasti tahu...


Aplikasi yang memudahkan perkongsian status di mana anda berada...mungkin di tempat-tempat tertentu yang mungkin menjadi tumpuan orang ramai...atau tempat yang tak berapa pemes juga boleh di letakkan di sini.Caranya mudah sahaja..pastikan sudah memiliki akaun twitter, kalau takda pergi lah buat..senang sahaja kan.

Dan juga register akaun bagi foursquare anda di web foursquare.com .Saya cuma dapat berkongsi cara penggunaan foursquare ini bagi mereka yang mempunyai handphone dengan fungsi mobile web - wap/gprs/3g....Bagi pengguna iphone/blackberry dan seangkatan dengannya...maaf ye..


Fungsi-fungsi ringkas penggunaan foursquare - klik untuk view yang lebih besar.

1. Pertama sekali pergi ke alamat ini... http://m.foursquare.com
2.Isikan alamat email dan kata laluan anda (pastikan sudah register)
3.Setelah selesai, pada bahagian @ di atas ini..masukkan nama tempat yang anda berada sekarang.
(pastikan lokasi anda itu betul, contohnya negeri anda berada sekarang).


4. Seperti dekat atas nih, contohnya masukkan taman XXXX, tiba-tiba keluarlah tempat yang terdekat dengan taman tadi tuh..
5.Masukkan status pada kotak bertanda seru '!' tadi tuh...
6.Dah selesai masukkan, ia akan update status di mana anda berada sekarang terus ke twitter.

* tempat check in tadi boleh ditambah sekiranya rajin...maaf tidak dapat ditunjukkan disini*

P/s : menarik tak aplikasi web ini??? jom ramai-ramai meriahkan lagi....!

[Sambung Baca...Disini]

May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja Buat Mereka yang bekerja

Ikhsan dari : Google


Dengan ini Legasi Piston Pecah mengucapkan Selamat Hari Bekerja / Labour Day pada mereka-mereka yang bergelar Pekerja. Tidak kira apa sahaja pekerjaan anda, janji rezeki yang diterima itu halal dan diberkati Tuhan.Tanpa pekerja siapalah Majikan.. Majikan tidak mampu buat semua kerja-kerja tanpa pekerja di bawah arahannya....Walau belum bekerja tetapi ini lah kerja saya...menulis..menulis..menulis...

Hasil daripada bekerja selama 3 tahun :


Maaf sekiranya kualiti gambar kurang memuaskan hati 


3 tahun memasang iklan dari Nuffnang barulah sekarang dapat hasilnya. Sebab?? baru 1 tahun lepas dapat tahap gilerati. Terima Kasih kepada bro juju yang mengingatkan saya. Dulu tak tahu, main taruk iklan nuffnang dan advertlest di dalam blog. Sudah dibuang iklan advertlest barulah dapat tahap gilerati...lagipon advertlets tidak sekencang nuffnang rasanya.

Masih tak tahu nak buat apa dengan cek ini. Silap,dengan duit selepas tunaikan cek ini.Semalam ingatkan nak hidupkan lesen memandu...tapi agak lawak kerana menyangka tahun ini adalah tahun 2011.Tak pasal-pasal malu dan segan dengan akak dekat pejabat pos tuh..akak ker?nampak macam belum kahwin... Terasa seperti hendak beli hanphone baru...saya suka beri hitam tapi tak mampu...tambahkan sikit saja duit mungkin mampu beli beri biru yang harganya dalam myr 399... buatan malaysia kan? Sokonglah barang buatan Malaysia...!

Sekali lagi..terima kasih..juga pada yang mengklik iklan tersebut ..... tengkiu...!

P/s : 1st time tengok cek...owh, gitu ek cek rupernyerrrrr

[Sambung Baca...Disini]

April 23, 2010

Selamat Tinggal Legasi Piston Pecah


Sekejap rasanya sudah hendak masuk ke bulan Mei...tik..tok..tik..tok dalam diam-diam saja sudah genap setahun rupanya berlalu tanpa saya sedari. Memang masa berlalu dengan pantas tanpa disedari bila diri ini dalam keadaan yang tidak tertekan dengan aktiviti seharian dan juga rutin-rutin yang satu masa dulu dianggap beban dan memenatkan sehingga boleh mengira waktu dan masa yang dirasakan terlalu lama untuk berlalu... Itu Kisah Dulu... memori 3 tahun ketika bergelar pelajar dulu, saya cuma mahu ingat suka dan duka sahaja?Duka? Duka bersama sahabat sejati...Susah dan Senang bersama ketika bergelar pelajar ketika itu...

Tempoh setahun ini dari bulan Mei 2009, saya banyak menghabiskan masa bersama blog ini. Tiada apa yang mahu dibuat selain blog..blog..blog...! Dari satu masa dulu yang berwarna hitam ke warna putih...dan kini berwarna oren.... Cukuplah sekadar sampai di sini sahaja, nanti yang mengikuti blog ini akan keliru dengan perubahan yang selalu dibuat... Selamat Tinggal Legasi Piston Pecah...bermula dari Sabtu 24 April 2010 hingga Isnin 26 April 2010.... Korang ingat aku nak tutup terus blog ke hapa?Gila lah sanggup buat gitu, blog ni baru nak warming up aka panaskan badan nih...rugi, usaha perlu diteruskan....!

Sebab apa bermula dari hari sabtu sampai isnin??? Sini lihat di sini....

Ini bukan iklan sebenar...iklan sebenar dalam surat khabar,dah hilang abang aku pi bawak tempat kerja lak!

Pada Sape-sape yang masih mencari kerja atau berminat dengan kerja-kerjaan boleh lah datang ke Danga City Mall pada 24 & 25 April 2010.... Ada satu pameran kerjaya/expo atau pon datang je lah...Ada juga temuduga terbuka diadakan di sana..Jom pergi... Juga pada bro Xpo ada kaitan kot...haha!

Juga satu lagi event khas untuk orang Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya....


Karnival Jom Heboh Johor Bahru 2010....
24 & 25 April 2010
Danga Bay, Johor Bahru....


Dan lagi satu.... Hari isnin nih....Rasa malas nak gi...tapi pegi ajalah...!


Konvokesyen Ke- 12 Politeknik Johor Bahru....
Saya konvo pada 26 April 2010...
Sesi Januari 2009... Diploma Kejuruteraan Elektronik....Akhirnya dapat jugak diploma yek!Yeaaaaah!!!!!

P/s : Selamat Datang Kembali Legasi Piston Pecah...hari selasa nanti lah....! Tapi AdaMaya takkan miss tengok punya lah...! 

[Sambung Baca...Disini]

April 13, 2010

Bola dan Gol


Semua orang suka tengok perlawanan bola,
Tak kiralah negara sendiri atau luar,
Seronok bila tengok bola bergolek,digelecek,ditendang,
Bertambah seronok bila ia mendatangkan jaringan golll!!!!!


Saya rasa seperti berkaitan dengan bola,
ditendang,disepak,dicampak ke sana ke mari,
dengan pelbagai cara yang gigih dan bersungguh-sungguh,
Tapi walaubagaimanapon, persoalannya...masih tiada gol! 



Kenapa masih tiada gol???!!!!,
Dah buat berbagai-bagai dan pelbagai,
Tapi saya tahu kenapa dan mengapa begitu akhirnya,
Mungkin belum tiba masanya untuk saya merasakannya...


Cuma....
Satu sahaja yang kerap bermain di fikiran ini,
kalau tiada yang memberi peluang untuk mendapatkan apa yang mereka hendakkan,
bagaimana hendak ada apa yang mereka hendakkan itu??? ..serius pening dan bilurrrrr seketika...


P/s : dah lah, last entry... jangan nak kerepek lagi lepas nih!

[Sambung Baca...Disini]

April 11, 2010

Saya Perlukan Faktor 'X' Untuk Masa Hadapan


Pernah dengar soalan sebegini??? " Apakah kekuatan dan kelebihan diri anda"??? Pasti masing-masing akan menjawab.. "Saya merupakan seorang yang minat belajar tentang sesuatu yang baru, mampu memahami sesuatu kemahiran dalam jangkamasa yang singkat, tidak jemu dan putus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah"... Pasti itu adalah jawapan yang mungkin terbaik boleh diberikan untuk kita menyakinkan seseorang itu agar memilih kita.

Dalam setiap kehidupan kita, perlu untuk kita menonjolkan apa yang terpendam di dalam diri...tidak kiralah dalam bentuk apa pon..Mungkin ada yang pandai dari segi pembelajaran - teori yang beratus muka surat....praktikal yang  yang mungkin selama setengah tahun atau sekadar 2 minggu sahaja... Yang pandai dari segi pengalaman hidup - hidup dalam kesusahan membuatkan mereka lebih tabah dan gigih untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bentuk, asalkan halal.... cuma, aku tergolong dalam golongan yang mana satu???

Saya rasa seperti kosong...empty...terkadang juga seperti tidak berguna, useless...!

P/s : luahan rasa saya yang masih keliru....


[Sambung Baca...Disini]

February 15, 2010

Majlis Merisik dan Bertunang


Ahad 14 Februari 2009 - Majlis merisik dan bertunang...
Lokasi : Batu Pahat,Johor....
Masa : 12 tengahari.....

Ceh...! Details la pulak, macam strategi nak pergi perang...jangan agak pelik dengan tajuk di atas...aku kurang tahu sangat dengan perkara di atas yang di jalankan serentak...Sebab pergi sekali jek terus merisik dan bertunang..kalau musykil tanyalah pada yang sudah bertunang....

Alhamdulillah,akhirnya hajat yang dah lama diinginkan telah tercapai dengan selamatnya...Pertunangan merupakan satu ikatan antara lelaki dan perempuan sebelum mereka pergi ke peringkat yang seterusnya iaitu kahwin...eh silap,nikah...sebab bila nak kira sah suami isteri yang dijalankan adalah akad nikah....Tempoh pertunangan yang di janjikan ini kurang dari setahun hidup...satu tempoh untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kedua-dua pasangan yang bakal bergelar suami dan isteri ini...

MEMINANG DAN BERTUNANG 
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. 
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. 
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. 
Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih. 
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya. 
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu : 
•  Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin. 
•  Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Hantaran Dari Pihak Lelaki(biru) dan Wanita(duit tanda tersalah masuk da..)


P/s : Tahniah pada abang dan bakal aka ipar aku...tunang suda...tunggu kahwin je yek...cepat-cepat pastu dapat anak...tak sabar nak dapat anak buah ke-2 atau ke-3 kot....


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics