Showing posts with label aeon jusco. Show all posts
Showing posts with label aeon jusco. Show all posts

January 23, 2011

Kenapa Aku Bosan? Zaman sudah berubah, Apa yang mereka beri?


Makin hari aku semakin bosan... Semangat hendak bekerja pon makin hari makin berkurang.. Mungkin kesan dari kawan-kawan sekerja yang semakin hari berkurangan.. Sikit demi sedikit, tak mampu lagi untuk bertahan walau di dalam hati masing-masing sudah menanam niat mahu berkhidmat selagi umur masih ada, tapi siapa mampu bertahan kan? Mengharap apa yang tiada, tunggu dan terus menunggu... Yang pasti tidak diketahui bila dan sampai bila hendak terus menunggu.

Lebih-lebih lagi, zaman sekarang semuanya sudah maju, teknologi sudah bertambah dan bercambah.. Dengan jumlah yang sebegitu, bersyukur dengan adanya ia mampu untuk menanggung apa yang ada, tapi realiti yang sebenarnya masih tidak mencukupi. Kerja lebih, tenaga lebih... bayaran masih sebegitu? Penat kalau sentiasa asik nak kene 'kipas'.... Tenaga terbuang, apa pon tak dapat.... Dari ikhlas menjadi? Jawablah sendiri..... 

Walau aku masih baru... masih menunggu tempoh 3 bulan percubaan untuk berakhir, kesian melihat kawan-kawan yang sudah lama bekerja di sini. Ada yang naik ada yang masih kekal... Dalam tempoh yang lama sebegitu masih kekal dengan tahap yang sama. Ada yang masih dikira baru dalam tempohnya, tapi sudah boleh naik... Dikira dengan cara yang bagaimana? Memang benar, "itu rezeki dia"... cuma terasa ada sesuatu yang tidak kene disini... Terasa sangat dan akan, tak mahu bersubahat walaupun tiada bukti... 

Tapi naluri hati dan pemerhatian di sekeliling kuat menyatakan, sesuatu yang tidak kena...  Biasalah, dimana-mana pon sama kan? Masalah yang sama, situasi yang sama cuma berlainan tempat dan syarikatnya. Aku harap peluang untuk percubaan kali ini berjaya.. Kalau setahun yang dulu, menanti dan terus menanti walau masih gagal. Sekarang, sudah ada pekerjaan dan pengalaman berharap agar majikan tidak lagi memilih dan yang pasti demand yang terlebih-lebih... Doakan ye, moga-moga dapat kali ini. Berharap sangat-sangat....

P/s : 

Pada geng-geng sekerja yang sudah berhasrat untuk blah, selamatlah di tempat kerja yang baru... Mulakan yang baru... Lupakan yang lama...! 

Kalau dapat kerja yang itu, sure 100% aku akan terus berhenti! Kalau tak? 

[Sambung Baca...Disini]

December 28, 2010

6 Bulan sudah lepas,tinggal lagi 3 bulan seterusnya


Macam baru semalam je kan start kerja? Ayat paling tak boleh belah! standart sangat kan? Aku memang standart plus-plus skema! Cuma insan biasa je... Ayat skema lagi! Sekejap sangat dah cukup 6 bulan... rasa sekejap sangat, masih banyak perkara yang belom diperoleh... Yang pasti, pengalaman... Sepanjang tempoh 6 bulan, tak banyak sangat yang aku dapat...rasa hampa, kempunan pon ada kot? tapi masih bersyukur sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dipelajari sepanjang tempoh 6 bulan yang kadang-kadang seksa, best yang terlampau sangat dan amat lah lemah/lemau!

Aku risau, sampai bila nak keje jadi kuli? Tak tergerak nak cari kerja lain.Mungkin dah rasa serik barangkali. Dulu dah kerap kali pergi interview, masa/tenaga/kos dah banyak habis. Keputusan yang sama diperoleh, kurang pengalaman... kurang tua... kurang hajar? Sampai bila kan nak dapat kerja yang tetap dan cocok dengan kelulusan yang ada? Persoalan yang masih ada dalam kepala otak aku dari dulu sampai sekarang... Siapa yang memilih? Siapa yang tak nak memilih? Tambah risau dalam hati, rakan sekerja dah semakin susut, berkurang dan tak lama lagi..mungkin seketul dua je... Tapi takpa,mereka muda lagi... aku dah tua, mereka patut pergi cari peluang yang lebih baik... sambung belajar lagi... jangan dapat diploma main-main macam aku!

Tak ada lagi lah, kaki-kaki nak mengajing manager kan... cakap pandai,arah sana arah sini, turun padang bukan nak tolong ke apa... turun bawah, hura-hara sikit..lepas tu blah naik office. Cakap pandai,nasihat orang bawahan, larang itu jangan buat yang ini... Tolong-tolonglah amik cermin, lihat diri sendiri. Cakap kene serupa bikin... Barulah orang bawah kasi respect tahap baik punyer kan. Kene marah dengan orang atas, pergi marah orang bawah... Cuma untuk memahami masalah, bukan merumitkan lagi masalah dengan beri arahan tanpa soal siasat dulu... Oranga bawahan terbaik datangnya dari leader yang terbaik!

Dan yang paling Last...tindakan yang paling tak disangka-sangka... Big Boss dah mula naik darah.. Mau bertambah-tambah peluh tiap pagi kene tolong buat kerja orang lain. Habis tu orang lain tu buat apa? gaji sama je kan? kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Kalau sekadar tolong menolong takpa kan? tapi tolong orang tak ditolong semula? Robot pon boleh mati terkang-kang gitu..

P/s : Marah dengan customer arabian, tahulah duit banyak...!

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics