January 23, 2011

Kenapa Aku Bosan? Zaman sudah berubah, Apa yang mereka beri?


Makin hari aku semakin bosan... Semangat hendak bekerja pon makin hari makin berkurang.. Mungkin kesan dari kawan-kawan sekerja yang semakin hari berkurangan.. Sikit demi sedikit, tak mampu lagi untuk bertahan walau di dalam hati masing-masing sudah menanam niat mahu berkhidmat selagi umur masih ada, tapi siapa mampu bertahan kan? Mengharap apa yang tiada, tunggu dan terus menunggu... Yang pasti tidak diketahui bila dan sampai bila hendak terus menunggu.

Lebih-lebih lagi, zaman sekarang semuanya sudah maju, teknologi sudah bertambah dan bercambah.. Dengan jumlah yang sebegitu, bersyukur dengan adanya ia mampu untuk menanggung apa yang ada, tapi realiti yang sebenarnya masih tidak mencukupi. Kerja lebih, tenaga lebih... bayaran masih sebegitu? Penat kalau sentiasa asik nak kene 'kipas'.... Tenaga terbuang, apa pon tak dapat.... Dari ikhlas menjadi? Jawablah sendiri..... 

Walau aku masih baru... masih menunggu tempoh 3 bulan percubaan untuk berakhir, kesian melihat kawan-kawan yang sudah lama bekerja di sini. Ada yang naik ada yang masih kekal... Dalam tempoh yang lama sebegitu masih kekal dengan tahap yang sama. Ada yang masih dikira baru dalam tempohnya, tapi sudah boleh naik... Dikira dengan cara yang bagaimana? Memang benar, "itu rezeki dia"... cuma terasa ada sesuatu yang tidak kene disini... Terasa sangat dan akan, tak mahu bersubahat walaupun tiada bukti... 

Tapi naluri hati dan pemerhatian di sekeliling kuat menyatakan, sesuatu yang tidak kena...  Biasalah, dimana-mana pon sama kan? Masalah yang sama, situasi yang sama cuma berlainan tempat dan syarikatnya. Aku harap peluang untuk percubaan kali ini berjaya.. Kalau setahun yang dulu, menanti dan terus menanti walau masih gagal. Sekarang, sudah ada pekerjaan dan pengalaman berharap agar majikan tidak lagi memilih dan yang pasti demand yang terlebih-lebih... Doakan ye, moga-moga dapat kali ini. Berharap sangat-sangat....

P/s : 

Pada geng-geng sekerja yang sudah berhasrat untuk blah, selamatlah di tempat kerja yang baru... Mulakan yang baru... Lupakan yang lama...! 

Kalau dapat kerja yang itu, sure 100% aku akan terus berhenti! Kalau tak? 

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics