June 10, 2010

Panas Dan Sejuk dalam Bahasa Melayu


Wah! Panasssss? Sejukkkk? Apa itu? Video panasss ker atau pon cuaca sekarang yang semakin 'sejuk'? Dah masuk hari ke-5 rasanya. Dari hari 1st rasanya sungguh menggigil kepanasan.Ish, demi ALLAH tidak pernah terasa sebegitu panasnya sebelum ini. Memang terasa benar akan panasnya...sampaikan peluh pun tak boleh keluar angkara Demam. Tetapi hari ini, syukur kerana sudah mula pulih dan beransur-ansur hilang demam itu..yang lain-lain itu biasalah...

Terasa juga kenapa saya mudah terkena penyakit ini.Mungkin sebab tidak menjaga kebersihan dengan sempurna ketika berada di luar rumah.Rasanya mulai sekarang saya harus mengamalkan mengambil vitamin yang dicadangkan oleh cik ailebiu .Nak tahu lebih lanjut boleh baca dari screenshot entri beliau di sini atau di bawah ini


Dan juga mungkin kurang meminum air masak.Setiap kali berjumpa doktor, pasti ingatan agar sentiasa minum air masak secukupnya akan disyorkan kerana khasiat air masak itu lebih bagus dari air-air yang lain.Memang benar rasanya kerana jumlah air masak yang diminum oleh saya teramatlah kurang setelah membaca entri dari blog Pn Ladynoe dari entri semuanya tentang air.Boleh di baca di sini atau screenshot di bawah


P/s : Hari ini dah mula boleh merasa makanan tanpa rasa yang sama saja - 'tawar' aja..syukur...

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics