P/s : Seram ke tak?tak seram kan......
June 12, 2010
Gangguan Atau Sekadar Ilusi?
Pernah rasa diganggu atau terganggu oleh sebarang pergerakan dari segi bunyi atau seperti rasanya ada sesuatu di sebelah atau dibelakang anda ketika berseorangan di dalam bilik atau rumah? Tiba-tiba teringat cerita ketika bergelar pelajar IPT suatu ketika dahulu... Pengalaman hidup di asrama walaupun tidak lama hanya sekadar 6 bulan / 1 semester pasti ada banyak cerita yang pernah didengar atau di alami.Sehinggalah masuk ke dalam rumah sewa. Pasti pernah duduk bersendirian di dalam bilik ketika tengah malam kerana sibuk membuat assigment yang berlambak-lambak mengalahkan housmate yang lain...haha, padan muka kau... elak ada orang teman kan aja kang....
Masa duduk di asrama tak banyak sangat cerita yang di dengar, kerana sudah letih mendengar opening yang hebat seram sangat dan ending yang sama je... cuma tertarik dengan suatu cerita yang tidak perlu di dengar kerana sudah siap di coret di dinding.Kerja sapa lagi kalau bukan senior yang duduk di bilik asrama sebelum itu kan..antara ayat yang ditulis..memang menarik hati untuk membaca...mencuba? "apabila tepat pukul 1- 3 pagi, jika anda seorang yang berani dan mahukan melihat sesuatu yang menyeramkan sila duduk di hadapan tingkap bilik ini dan lihat terus ke arah pokok pisang...dan akan ada sesuatu yang akan melintas?ish...pokok pisang lagi?tapi dari cakap-cakap rakan yang duduk di dalam bilik itu, tiada apa yang berlaku ketika masa itu.bohongan aja!
Banyak lagi kisah yang seram, tapi terlalu panjang nak di masukkan di sini....Nak lagi seram? Dah masuk episod ke-3 Ilmu Alam Ghaib terbitan TV3 nih... setakat ini banyak berkaitan cara-cara perubatan tradisional yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam....Marilah tengok, bukan sekadar itu saja, dihujung rancangan ada petua dan cara-cara menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus yang akan diajar oleh ustaz-ustaz yang pakar dalam perubatan cara islam ini...Apo laie jom tengok...Setiap Rabu, 10 malam di TV3.
P/s : Seram ke tak?tak seram kan......
blog comments powered by Disqus