Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Showing posts with label keagamaan. Show all posts

June 28, 2014

Menjelang bulan Ramadhan, Amalan-amalan yang boleh dilakukan.






Amalan di Bulan Ramadan......

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - *Memperbanyakkan doa sebelum berbuka*.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.





P/s : akhirnya ramadhan tiba lagi.. Selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.

[Sambung Baca...Disini]

June 12, 2010

Gangguan Atau Sekadar Ilusi?


Pernah rasa diganggu atau terganggu oleh sebarang pergerakan dari segi bunyi atau seperti rasanya ada sesuatu di sebelah atau dibelakang anda ketika berseorangan di dalam bilik atau rumah? Tiba-tiba teringat cerita ketika bergelar pelajar IPT suatu ketika dahulu... Pengalaman hidup di asrama walaupun tidak lama hanya sekadar 6 bulan / 1 semester pasti ada banyak cerita yang pernah didengar atau di alami.Sehinggalah masuk ke dalam rumah sewa. Pasti pernah duduk bersendirian di dalam bilik ketika tengah malam kerana sibuk membuat assigment yang berlambak-lambak mengalahkan housmate yang lain...haha, padan muka kau... elak ada orang teman kan aja kang....

Masa duduk di asrama tak banyak sangat cerita yang di dengar, kerana sudah letih mendengar opening yang hebat seram sangat dan ending yang sama je... cuma tertarik dengan suatu cerita yang tidak perlu di dengar kerana sudah siap di coret di dinding.Kerja sapa lagi kalau bukan senior yang duduk di bilik asrama sebelum itu kan..antara ayat yang ditulis..memang menarik hati untuk membaca...mencuba? "apabila tepat pukul 1- 3 pagi, jika anda seorang yang berani dan mahukan melihat sesuatu yang menyeramkan sila duduk di hadapan tingkap bilik ini dan lihat terus ke arah pokok pisang...dan akan ada sesuatu yang akan melintas?ish...pokok pisang lagi?tapi dari cakap-cakap rakan yang duduk di dalam bilik itu, tiada apa yang berlaku ketika masa itu.bohongan aja!

Cuma ketika duduk di rumah sewa [rumah sewa kawan]...ini mungkin kerana perangai kawan saya yang memang setan laknat..sebab itu benda-benda itu suka berkawan... Satu malam, rakannya membawa balik seorang wanita ke rumah sewa... ketika betina itu berada di bilik tingkat atas, sedang dia menyidai tuala yang telah di hanger berhampiran tingkat tiba-tiba suatu kelibat kelihatan di depan matanya [imagine apa dia]...ambik kau, menjerit tak tentu pasal, berlari ke tingkat bawah. Jantan-jantan yang berada di bawah tidak panik dan cuba untuk melihat ke tingkap depan rumah dan di bahagian dapur...ternyata benda itu muncul dan ketika itu barulah masing-masing terkumat-kamit membaca apa yang patut...Pengajaran buat beliau, nasib baik rumah sewa saya bersih...tak main ar bawak-bawak betina..dosa!

Banyak lagi kisah yang seram, tapi terlalu panjang nak di masukkan di sini....Nak lagi seram? Dah masuk episod ke-3 Ilmu Alam Ghaib terbitan TV3 nih... setakat ini banyak berkaitan cara-cara perubatan tradisional yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam....Marilah tengok, bukan sekadar itu saja, dihujung rancangan ada petua dan cara-cara menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus yang akan diajar oleh ustaz-ustaz yang pakar dalam perubatan cara islam ini...Apo laie jom tengok...Setiap Rabu, 10 malam di TV3.




P/s : Seram ke tak?tak seram kan......

[Sambung Baca...Disini]

May 27, 2010

[Pendedahan] Gereja Dihiasi 40 Ribu Tulang Umat Islam? Benarkah ini?


* Entri berdasarkan kiriman email * 

Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil
Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan biasa.

Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat Islam untuk dijadikan binaan dinding.pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut.Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja tersebut.





Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang syahid di bumi Bosnia.

P/s : seram dan kesal akan apa yang telah terjadi.Pernah juga melihat suatu ketika rakaman akan kekejaman mereka... Tapi, perlu ingat bahawa hari tersebut akan juga tiba dan mereka-mereka yang kejam ini takkan terlepas dari balasan atas kezaliman itu. 

[Sambung Baca...Disini]

March 18, 2010

Renung-renungkan Dan Selamat Beramal

Sebuah coretan dari seorang Hamba Allah yang tidak dikenali...Sebuah email forwading berkaitan pendapatnya dan apa yang dapat dilihatnya di sekitar sekelilingnya...Aku pon rasa seperti itu apabila membaca coretan ini, mungkin masih tidak sempurna...cuba lebihkan menjadi,kurangkan dari mencari....



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagiMaha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebihkurang1,000 jemaah....tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata andmembawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari parajemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasukPak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya
lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau

SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah PakIman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat... tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dIdalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni berapa orang yang akan luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam

P/s : harap tiada yang marah atau terasa hati...sekadar renungan kita sahaja... [Sambung Baca...Disini]

February 19, 2010

Hukuman Sebat Ditangkap Berzina


Itulah dia akibat mengikutkan sangat nafsu serakah yang sering menjerat diri kita sendiri.Kurang didikan agama dan kesedaran akan dosa yang di lakukan mungkin menjadi faktor kes-kes seperti ini sering berlaku yang juga sehingga ke peringkat serius apabila terdapat pasangan yang berzina/terlanjur mengandung anak luar nikah hasil daripada hubungan haram yang telah mereka lakukan.Agak kesian apabila difikirkan apalah nasib anak yang tidak berdosa itu setelah ia lahir ke dunia?Dibuang atau dibakar...sekiranya bernasib baik mungkin diserahkan pada pihak berwajib agar dapat hidup seperti insan lain atas dunia ini.

Hukuman sebat yang dijalankan terhadap 3 orang wanita baru-baru ini telah membuatkan mereka insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.Terlebih dahulu, mereka diberikan khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan. Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah. 

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong penuh pelaksanaan hukuman sebat dan membuktikan kerajaan serius mahu melaksanakan hukuman itu.Pelaksanaan ini (hukuman sebat syarie) menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah hukuman sebat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Perbezaan Hukuman Sebat antara Kaedah Sivil & Kaedah Syariah :

Kaedah Sivil :
  • Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.
  • Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
  • Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.
  • Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.
  • Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.
  • Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum. 

 Kaedah Syariah :
  • Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.
  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.
  • Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan ’sederhana’ di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.
  • Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.
  • Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.





P/s : pernah kene rotan gaks...tapi rotan tersalah target....

[Sambung Baca...Disini]

February 16, 2010

Kes buang bayi...sampai ke tahap membunuh?



Kalau hidup tak campur orang susah jugak kan...kalau campur pon susah jugak kan kalau bercampur dengan yang jenis sosial sangat-sangat. Takut salah bercampur gaul sampai ke peringkat sanggup membuat apa sahaja walaupon di larang di sisi agama... Itulah salah satu masalahnya, penting untuk menentukan siapa yang bakal dianggap kawan bukan memilih yang terbaik tapi berhati-hati takut terjerat nanti...tak pasal-pasal cukup bulan je...Oppsss,meletup...kawin belum nikah lagi lah, dah ada anak..bukan nak kata diri sendiri bagus cuma perlu ada kesedaran dalam diri jangan ikut sangat kata hati nanti mati,ikutkan nafsu lesu.....

Alih-alih di buang pulak bayi yang di angaap membawa aib pada diri dan keluarga...masa buat dulu tak fikir apa akibatnya...dah sedap, baru nak menyesal tak sudah... sehingga baru-baru ini kes berkaitan bayi di bakar untuk menutupi bukti kehadirannya di dunia ini amatlah dikesali...apa jenis manusia sampai sanggup berbuat begitu? Sebenarnya masih ada ruang pada mereka yang sudah terlanjur dan mempunyai anak luar nikah untuk insaf dan bertaubat...cuma mereka sahaja tidak tahu....









KES buang bayi perlu diangkat menjadi isu besar yang membawa kepada hukuman setimpal kepada pesalahnya. Tidak ada kalam yang sesuai untuk kita gambarkan kekejaman yang dilakukan itu.Ia layak disamakan dengan kes bunuh yang lain. Maka, pesalah yang terbukti terlibat perlu dibawa ke tali gantung. Ini adalah pendapat yang memerlukan perincian mendalam ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat.
Saya bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu.

Bayi yang dilahirkan sempurna sifatnya layak diiktiraf sebagai manusia normal yang mendapat perlindungan undang-undang seperti manusia lain. Cuma seorang bayi tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mempertahankan dirinya baik dalam bentuk tenaga ataupun tutur kata. Membuang bayi yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal adalah satu perbuatan membunuh manusia.

Membunuh

Kalau kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, tidak ada bezanya dengan kesalahan membuang bayi yang membawa kepada kematian kepada bayi itu.Hukuman penjara boleh dipraktikkan jika bayi ditemui dalam keadaan masih bernyawa. Tetapi cadangan untuk mengheret kedua-dua manusia kejam ke muka pengadilan amat tepat. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.

Dalam hal ini, peranan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri di kementerian yang dianggap memperjuangkan martabat wanita diperlukan. Kajian perlu disegerakan akan pesalah buang bayi dihukum seperti seorang pembunuh.Masyarakat harus melihat gejala buang bayi ini sebagai isu sejagat yang amat terkutuk di bumi Allah s.w.t ini.Perlakuan maksiat harus diangkat menjadi agenda utama yang segera untuk ditangani. Jabatan Agama Islam Negeri dengan kerjasama seluruh penguat kuasa undang-undang negara perlu meningkatkan keazaman untuk membanteras gejala tidak bermoral itu.

Kes yang dilaporkan adalah salah satu kes yang dapat dikesan oleh masyarakat. Tetapi dalam masa yang sama ada banyak lagi kes bayi malang yang ‘dibunuh’ dan dilenyapkan terus dari bumi ini.Kita bersetuju agar semua pihak bertanggungjawab dan mengambil bahagian menangani masalah ini.Usaha membanteras gejala sosial pula seakan lebih berkesan jika ia diketuai oleh pihak pendukung undang-undang sendiri. Ahli masyarakat boleh dilibatkan dengan cara menjana idea dan saranan tentang bagaimana kaedah untuk memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak.

Jika respons sudah diberikan oleh pihak polis dalam kes buang bayi ini, pihak-pihak lain hanya perlu meneruskan sokongan untuk melihat satu cara penyelesaian yang lebih pantas.

P/s : "oh dunia, penuh dengan cerita, ada suka ada pula dukanya"......!





[Sambung Baca...Disini]

February 8, 2010

Mereka Perlu minta maaf pada Seluruh Umat Islam

Tak habis-habis lagi isu agama... Bermula dengan isu penggunaan kalimah ALLAH sehinggalah berbagai perkara terjadi susulan dari isu tersebut kini timbul lagi perkara yang berkaitan dengan penghinaan kalimah tersebut... Memang mudah untuk menggunakan laman-laman sosial sebagai tempat untuk menyatakan rasa geram dan tidak puas hati... buatlah..! buat sesuka suku hati, ikutkan sangat rasa hati itu tapi perlu diingat juga akan ada akibat buruk di sebalik setiap tindakan kita.... Segalanya teknologi, dan ia semakin berkembang dan membangun dengan pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan mereka-mereka yang telah terlepas cakap dan amarah mereka ketika menggunakan laman-laman sosial ini...


 

Kata-kata Lynette Lincoln dan juga Joanna Ann yang rasanya terlebih suda ini boleh membangkitkan rasa yang kurang senang terhadap seluruh umat islam..... Boleh kene dakwa tak??? 


Juga sebuah group di facebook yang bernama Lynette Lincoln and Joanna Ann, should appologize to all MUSLIMS yang kini telah mencecah 19 k member.... sapa sokong??marilah join yek....

P/s : Terlajak perahu boleh undur..terlajak kata??? delete profile????...."Lu pikirlah sendiri"...!


[Sambung Baca...Disini]

January 20, 2010

Halal ke...Adakah Kita Tahu??


Dah kebiasaan bila nak nak melepak bersama geng, member atau rakan-rakan lama pasti korang akan pilih Restoran Mamak yang lebih cepat dari biasa...lagipon makan pon cuma sekeping roti canai dan teh tarik...kos pulak agak murah dan cepat di siapkan salah satu faktor ramai lebih gemar memilih tempat-tempat seperti ini untuk melepak dengan kengkawan...kalau dengan family jarang la kot....

Pernah korang terfikir adakah halal makan dekat situ???walaupon tahu pemilik tuh india muslim..adakah pekerja dia juga muslim??? serta tahu halal haram dari segi makanan kita??? kalau aku senang aje, pi panggil sorang pekerja mamak tuh, suruh dia mengucap dua kalimah syahadah..kan, settle??? tapi zaman sekarang ramai yang dah peka cuma kadang-kadang, kita perlu berwaspada....

PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.

Perkara itu hanya akan terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPNDKK).

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna yang keliru dengan tindakan segelintir pemilik restoran menggunakan pelayan wanita bertudung sebagai pekerja sedangkan restoran itu diragui status halalnya.

“Kami mengesan banyak kes seumpama ini selepas membuat pemantauan, siasatan dan pemeriksaan premis. Biasanya pekerja yang digaji adalah wanita warga Indonesia yang tidak diketahui sama ada mereka Islam atau tidak.

“Biasanya pemilik pandai berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak mereka ditahan termasuk mengatakan ‘saya tak kata restoran saya halal’,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Saimah berkata, tindakan boleh diambil ke atas pemilik restoran terbabit kerana melakukan perbuatan yang boleh mengelirukan pengguna dan difahami sebagai halal dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.

“Kes ini sama seperti restoran mamak dimiliki orang bukan Islam yang menggantung pelbagai ayat al-Quran dan kalimah Allah serta Nabi Muhammad dengan tujuan mengelirukan pengguna Islam.

“Tindakan mereka menyebabkan umat Islam terpedaya dan makan di restoran itu tanpa mengetahui mereka sebenarnya menghidangkan makanan tidak halal,” katanya.

Namun, katanya, tindakan tidak boleh diambil terhadap pekerja yang digaji, tetapi hanya terhadap pemilik atau pengusaha restoran saja.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik segelintir pemilik restoran yang ingin meraih keuntungan cepat, sebaliknya diminta menyelidik terlebih dulu status halal restoran itu.

“Kami ada menyenaraikan nama restoran atau syarikat yang mendapat pengesahan sijil halal daripada Jakim di laman web kami. Semak nama restoran yang ingin dikunjungi sebelum pergi, jangan sesuka hati redah saja tanpa mengetahui status halalnya.

“Jika ragu-ragu jangan masuk ke kedai itu walaupun terdapat pelanggan atau pekerja bertudung di dalam premis terbabit. Kami tidak boleh mengukur status halal sesebuah kedai itu hanya dengan melihat mereka yang bertudung, kalau begitu keadaannya terlalu tipis kepercayaan kita sebagai seorang Muslim,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap segelintir pengusaha restoran bukan Islam yang menggantung ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal selain menggaji pekerja wanita bertudung bagi menarik pelanggan Islam menjamu selera di restoran mereka.

Noraini Deris, 52, berkata tindakan pengusaha terbabit mengakibatkan pelanggan tertipu dengan taktik terbabit kerana selalunya orang ramai beranggapan restoran itu halal apabila ternampak logo halal, ayat suci al-Quran serta terdapat pekerja wanita bertudung di restoran terbabit.

“Sebelum memasuki mana-mana restoran, saya akan memastikan terdapat logo dan sijil halal dipamerkan di premis terbabit bagi memastikannya diiktiraf jabatan agama,” katanya.

Pekerja swasta, Norehan Kamarudin, 24, berpendapat pengusaha restoran tidak seharusnya mengeksploitasi logo halal dan pekerja wanita bertudung untuk menarik ramai pelanggan.

“Langkah terbaik untuk mengelak daripada tertipu, pelanggan perlu peka dengan persekitaran restoran seperti pelanggan yang datang, logo halal dan sijil diperakui jabatan agama,” katanya.

Pelajar kolej, Muhamad Farhan Hashim, 22, mencadangkan kerajaan mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan pelanggan terus tertipu.

Kakitangan kerajaan, Mohd Ezuan Jumanir, 24, berkata pihak berkuasa harus membuat pemantauan berkala bagi restoran diusahakan orang bukan Islam yang menyalah guna logo dan sijil halal.


P/s : kadang-kadang aku ragu-ragu nak makan ayam yang dia selalu letak dalam nasi goreng atau mee goreng...terbayang jek...




[Sambung Baca...Disini]

January 19, 2010

Hati-hati melancong di Indonesia???

Tak berani nak cakap banyak....salah cakap nanti jadi macam pelajar aswara yang dikenakan hukuman sebab keterlanjuran mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman dekat laman sosial terpopular sekarang, facebook..ape lah nasib dia kan...apa pon sekadar satu bacaan.




Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia . Saya tidak berniat memburukkan Indonesia .. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin... that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2... "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya...

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid... Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak klu jadi camni kat M’sia ...

di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.


P/s : kenapakah.....???





[Sambung Baca...Disini]

January 13, 2010

Tanda-Tanda Sebelum Meninggal




TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal " Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari ujung rambut  hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... ..

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat...

Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "

  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ... 
  • Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... 
  • Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. ....... 

" Tanda 7 hari "

  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan... 

" Tanda 3 hari "

  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini  dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... 
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... 
  • Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan Beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan... 

" Tanda 1 hari "

  • Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan  ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.... 

" Tanda akhir "

  • Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... 
  • Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK



P/s : aku kurang arif mengenai perkara ini..tetapi hakikatnya jangan ditunggu tanda-tanda ini, malah lebih baik kita bersedia sebelum ia berlaku...


[Sambung Baca...Disini]

January 4, 2010

Kalimah Allah Hak Milik Orang Islam Sahaja

Memang kecoh sudah perkara ini...mana tidaknya apabila soal agama Islam mula dibangkitkan....Rasanya dah lama isu penggunaan Kalimah Allah ini dipertikaikan...Pada mula aku rasa agak bengang dan marah kenapa agama mereka sentiasa berusaha untuk memesongkan ajaran dan akidah umat kita???Apakah tujuan asal perkara ini tiba-tiba berlaku...Pada awal berlakunya perkara ini aku mendapat tahu mereka memang ada menggunakan cuma ia tidak diletakkan secara rasmi dalam kitab ajaran mereka....dan sekarang ia telah pon terjadi.

Impak sekiranya kalimah ALLAH ini diberikan kepada golongan bukan beragama islam amat teruk sekali.Takut golongan muda juga kanak-kanak akan terkeliru dengan ALLAH yang di sembah dengan ALLAH yang disembah oleh gologan bukan beragama islam...



Keputusan mahkamah benar gereja guna kalimah cetus kegusaran, kekeliruan masyarakat

KEPUTUSAN Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lalu yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly adalah suatu tamparan hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai 'agama rasmi.' Masyarakat Islam arus perdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam.

Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon, e-mel dan surat bertanyakan kesan penghakiman itu terhadap kedudukan agama Islam di Malaysia khususnya. Dalam beberapa hari saja penghakiman berkenaan dikeluarkan, keluhan dan ketidakpuasan hati umat Islam ini dizahirkan di dalam media arus perdana dan media alternatif.

Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca atau mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka.

Malah pendirian diambil oleh umat Islam bukanlah 'peperangan antara kitab suci' tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warga negara Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuk orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.

Walaupun usaha beberapa majlis Islam negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), gagal mencelah di dalam kes ini, usaha itu haruslah diberi penghargaan tinggi kerana khususnya majlis agama sudah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA adalah NGO tunggal berbuat demikian.

Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain? Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak gereja di dalam penerbitan mereka? Majlis agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab majlis agama. Hanya Islam satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tiada agama lain disebut secara khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara. Ini adalah jaminan perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4), iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Umat Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Malaysia. Makna 'boleh diamalkan dengan aman dan damai' ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama rasmi Persekutuan, iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.

Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah difahami kerana wujud peruntukan lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranya:

a) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam;

b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembangunan syiar Islam;

c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam;

d) Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.

Penghakiman Lau itu memberi kesan ketara terhadap orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka selagi ia diedarkan di kalangan orang bukan Islam. Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ia tidak akan diedarkan kepada orang Islam?

Penerbitan itu bukan hanya diedarkan di gereja. Kenapakah pihak gereja begitu terdesak mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan? Malah kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya.

Enakmen yang wujud di beberapa negeri sejak berpuluh-puluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang meluluskan enakmen ini masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat negeri pula, iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak belum menggubal undang-undang sama walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika menjadi Perdana Menteri, berjanji dan mengarahkan negeri terbabit menggubal undang-undang berkenaan.

Sememangnya kepentingan agama Islam sering kali dipinggirkan ketika membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Kenapa kita terlalu mengabaikan perkara ini? Dalam keadaan yang agak tegang ini, saya meminta kerajaan segera memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim itu, serta memohon menggantung perintah dikeluarkan.

Saya juga menyeru kerajaan melaksanakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri yang belum menggubal undang-undang terbabit, hendaklah segera berbuat demikian.

Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri juga perlu membuat ketetapan tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Malah Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3 itu.

Perkara 13 berkenaan menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan ini yang sudah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

Oleh yang demikian, jika Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan isu ini, mungkin akan meredakan ketegangan dihadapi umat Islam sekarang. Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang gereja menggunakan kalimah Allah kerana KDN sebagai sebuah badan kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang di-Pertuan Agong ketika menaiki takhta, iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa.

Oleh itu segala tindakan dibuat kerajaan perlu sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (seperti tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan itu mencabul ikrar yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

KDN perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia membabitkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.


P/s : sensitif dan perlu pengadilan yang lebih telus.


[Sambung Baca...Disini]

January 2, 2010

Cinta Itu Memang buta...Nasib baik awek tu tak lompat...


Salam hujung minggu...salam tahun baru 2010 yang masuk hari ke-2 hari ini.....

cinta itu buta???memang lah buta kan...kerana cinta sanggup korban apa sahaja, tetapi tidak sampai terkorban maruah diri dan keluarga....kerana cinta juga seseorang itu mampu berubah dari yang baik kepada buruk? dari yang malas kepada rajin?


aku nak cerita mengenai tafsiran cinta memang senang...taip sahaja di dalam enjin pencarian google -" ko tau ape itu google" .....berlambak keputusan/result mengenai carian berkaitan cinta (kecuali 18sx)....aku pon masih mencari cinta tapi....

Jangan jadi seperti di bawah ini....ini bukan cinta, tapi cari penyakit...!

KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.

Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.


P/s : carilah cinta yang lebih diberkati dan direstui orang tua...kalau kau pilih jalan yang salah , terumbang-ambinglah kehidupan selepas itu.....


[Sambung Baca...Disini]

January 1, 2010

Parking ikut suka hati...orang lain jugak yang susah nanti.

Sumber :Berita Harian

Salam tahun baru 2010....mulakan hidup dengan kisah yang baru,sikap yang baru? dan apa sajalah yang baru janji tak membazir...cuma tang sikap yang berkait dengan entry nih mungkin tak ada kesudahannya...sebelum ini pon aku pernah jumpa situasi begini dan pernah mempostnya kat blog nih....satu masalah sikap segelintir masyarakat di Malaysia nih bila jumpe parking kereta...kalau motosikal tak kisah...boleh main "drift" atau seret-seret tayar jek pon still boleh keluar dengan tenang dan aman dari tempat parking...



Biasa yang bermasalah parking bila jumpe jenis parking tegak dan juga parking sisi (pernah buat masa amik lesen kan)...jenis-jenis malas nak parking kasi masuk ikut line putih terang benderang tuh dan juga supaya bontot kete tak terjulunq ke tengah jalan raya yang sememangya makin lama makin kecil sebab "kete kancil parking macam lori"...sori kalau terasa....aku pon kadang-kadang cuba cover supaya orang lain still boleh lalu-lalang tanpa mencalarkan dan menyebabkan bumper dan sirkit??yang kt bahagian depan tuh dari terlanggar...ceh...!


Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.

Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.

Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.

Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.



P/s : hari-hari aku jumpe kes macam nih...bukan dekat tempat parking jek, depan rumah aku pon camtuh...rumah sebijik kereta sampai 3-4 bijik...kasi parking sampai luar gate, memang susah nak lalu...sabar je lah yek...."sabar itu separuh daripada iman"...


[Sambung Baca...Disini]

December 30, 2009

"Blog Celaka"...kenapa dan mengapa dilabel begitu???

Blog "celaka"....blog memang biasa dijadikan ruang untuk menulis sesuatu dan kadangkala mendatangkan kemarahan pada sesiapa yang diperkatakan di dalamnya.....malas nak cita banyak...tengok je lah yek...



klik untuk zoom yang lebih baik





 



P/s : terkejut gaks...lepas nih aku pon kene title tuh ker???


[Sambung Baca...Disini]

December 28, 2009

Mengharap Yang Terbaik Tapi Diri Sendiri???

Tinggal lagi beberapa hari saje mengakhiri tahun 2009....bermacam-macam mende berlaku di sekeliling kita, yang disedari atau tidak disedari atau tidak di buat endah...Biar apa yang berlaku berlalu dengan sendirinya dan ambil pengajaran daripadanya supaya lebih berhati-hati di masa yang akan datang...Bukan nak kata diri ini baik atau bagus dan kerek cuma persoalan bermain dalam pikiran....mengharap terbaik tapi diri sendiri tidak tergerak ke arah itu....bolehkah???sekiranya dapat apa yang terbaik, apa yang ingin dilakukan???






Sumber : Izyan.com


P/s : "Lelaki baik untuk wanita baik".....


[Sambung Baca...Disini]

December 27, 2009

Bahana...Bahaya,kalo dah lapar mesti tak perasan???


Yeah...!weekend yang sama aje.....hujung minggu jek orang kawin,hujung minggu jek jalan masuk rumah kene tutup,hujung minggu jek........ Ada satu keluh resah sapa ntah nih yang memberikan satu pandangan negatif pada pengendali / penyedia makanan-makanan "fast-food"...macam-macam ada sekarang kan..ikot standart aku macam Mcd (tempat keje lama walau 2 bulan jek),KFC.Pizza Hut,Kenny Rogers dan Restoran mamak ahmad khan???

Bacalah keluh kesah dia nih...


wanna eat KFC?

It happened again!

One day usual my friend and I went to the nearby KFC to have our dinner. After ordered the burger and combo set, we found a place and sit down.

Everything was like normal, until one guy sitting next to us asked the waiter to his table. However, the waiter did not bother him so he ran to the counter and "invite" the waiter to his table. My friend and I thought that might be a prank or something.

This time, the waiter came to his table and he showed him the combo plate of chicken that he bought. The guy asked: what is this inside the chicken meat? Because it was quite a distance so we can't see real clear. The waiter look into the chicken and replied: sorry Sir, I think it must be our staff carelessly fell down the worms into the chicken while frying..

The guy shouted loudly: WHAT?!! It is not due to careless, it is grew inside the chicken itself!

When we heard the word "worm".. we was like.... Urggggg...crap...due to the guy shouted too loud, therefore the manager has come to comfort the guy and apologize that will return all his money. However, the guy continue yelling and said: how can you bring out such a thing for you customer.....

P/s : lepas ni makan kt KFC kene jaga-jaga ek...kasi scan dulu??hoho

[Sambung Baca...Disini]

December 24, 2009

Pertolongan bukan dari manusia

 Credit pada Berita Harian


Dari apa ditulis diatas memang bagus sekiranya perkara melibatkan sihir juga amalan-amalan bertentangan dengan ajaran Islam diberikan penguatkuasaan dari segi Undang-Undang kerana perkara ini semakin lama semakin ada sahaja berlaku walaupon kita hidup di zaman yang serba canggih ini...Media-media cetak dan elektronik juga makin galak menerbitkan buku serta drama / filem berkaitan dengan ilmu sihir seperti Filem Jangan Pandang Belakang,Santau dan bla...bla..bla..


Aku tak pernah mengalami cuma mintak di jauhkan dari perkara tersebut cuma ada pernah mengetahui dari seorang Hamba Allah yang juga rakan mengenai perkara ini...Cuma mangsa terkena itu agak kasihan kerana sudah lama pergi ke sana sini tapi masih tidak elok...Kesan di dalam badan masih ada...ketika tidur diganggu...ini kisah benar dan tiada pembohongan...1st time bila cuba pergi ke suatu tempat yang memang dikendalikan oleh ustaz dan pelajar tahfiznya menemui jalan buntu apabila mereka meminta agar mencari ke tempat lain kerana ianya sudah terlalu lama....(cukup sampai sini kang bosan lak)





Sihir???Ilmu Hitam???Hasad dengki - tidak boleh melihat orang lain hidup dalam keadaan yang serba mewah dan sempurna sedangkan diri sendiri hidup dalam keadaan sederhana atau kesusahan juga malas mencari rezeki dengan terpaksa bekerja kuat memerah tenaga untuk mendapatkan rezeki yang lebih banyak???Lebih mudah dikategorikan kepada mereka-mereka yang lebih suka "short-cut" atau jalan pintas dalam mendapatkan kemewahan dalam hidup dengan cara menyihir orang lain tanpa memikirkan akan balasan dosa dan akibat perbuatan tersebut pada orang di sihir serta diri sendiri akan dosa yang tak tertanggung akibat berdampingan dengan iblis dan syaitan.

Dendam - akibat sesuatu perkara yang membuatkan diri tidak dapat mengawal kemarahan tapi tidak berani ditunjukkan secara berdepan dengan orang tersebut...maka memilih cara "halus" yang lebih cepat dan tidak dapat dikesan dengan pandangan mata kasar lebih-lebih lagi jika kurang mengerjakan amal-amal soleh atau tanggungjawab seperti solat lima waktu serta amalan-amalan yang disuruh kadangkala memudahkan diri sendiri menerima akibat dendam orang lain....cuma ia juga berlaku pada meraka yang beramal soleh cuma kenapa dan mengapa itu hanya ALLAH S.W.T sahaja yang lebih mengetahuiNYA.


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


P/s : Dasyat kan perkara-perkara seperti ini...Kadang-kadang berpunca dari nenek moyang kita yang mengambil dan seterusnya di wariskan kepada keturunannya tanpa disedari ia disalahgunakan.




[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics