Sihir???Ilmu Hitam???Hasad dengki - tidak boleh melihat orang lain hidup dalam keadaan yang serba mewah dan sempurna sedangkan diri sendiri hidup dalam keadaan sederhana atau kesusahan juga malas mencari rezeki dengan terpaksa bekerja kuat memerah tenaga untuk mendapatkan rezeki yang lebih banyak???Lebih mudah dikategorikan kepada mereka-mereka yang lebih suka "short-cut" atau jalan pintas dalam mendapatkan kemewahan dalam hidup dengan cara menyihir orang lain tanpa memikirkan akan balasan dosa dan akibat perbuatan tersebut pada orang di sihir serta diri sendiri akan dosa yang tak tertanggung akibat berdampingan dengan iblis dan syaitan.
Dendam - akibat sesuatu perkara yang membuatkan diri tidak dapat mengawal kemarahan tapi tidak berani ditunjukkan secara berdepan dengan orang tersebut...maka memilih cara "halus" yang lebih cepat dan tidak dapat dikesan dengan pandangan mata kasar lebih-lebih lagi jika kurang mengerjakan amal-amal soleh atau tanggungjawab seperti solat lima waktu serta amalan-amalan yang disuruh kadangkala memudahkan diri sendiri menerima akibat dendam orang lain....cuma ia juga berlaku pada meraka yang beramal soleh cuma kenapa dan mengapa itu hanya ALLAH S.W.T sahaja yang lebih mengetahuiNYA.
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
December 24, 2009
Pertolongan bukan dari manusia
Credit pada Berita Harian
Dari apa ditulis diatas memang bagus sekiranya perkara melibatkan sihir juga amalan-amalan bertentangan dengan ajaran Islam diberikan penguatkuasaan dari segi Undang-Undang kerana perkara ini semakin lama semakin ada sahaja berlaku walaupon kita hidup di zaman yang serba canggih ini...Media-media cetak dan elektronik juga makin galak menerbitkan buku serta drama / filem berkaitan dengan ilmu sihir seperti Filem Jangan Pandang Belakang,Santau dan bla...bla..bla..
Aku tak pernah mengalami cuma mintak di jauhkan dari perkara tersebut cuma ada pernah mengetahui dari seorang Hamba Allah yang juga rakan mengenai perkara ini...Cuma mangsa terkena itu agak kasihan kerana sudah lama pergi ke sana sini tapi masih tidak elok...Kesan di dalam badan masih ada...ketika tidur diganggu...ini kisah benar dan tiada pembohongan...1st time bila cuba pergi ke suatu tempat yang memang dikendalikan oleh ustaz dan pelajar tahfiznya menemui jalan buntu apabila mereka meminta agar mencari ke tempat lain kerana ianya sudah terlalu lama....(cukup sampai sini kang bosan lak)
P/s : Dasyat kan perkara-perkara seperti ini...Kadang-kadang berpunca dari nenek moyang kita yang mengambil dan seterusnya di wariskan kepada keturunannya tanpa disedari ia disalahgunakan.
blog comments powered by Disqus