January 2, 2010

Cinta Itu Memang buta...Nasib baik awek tu tak lompat...


Salam hujung minggu...salam tahun baru 2010 yang masuk hari ke-2 hari ini.....

cinta itu buta???memang lah buta kan...kerana cinta sanggup korban apa sahaja, tetapi tidak sampai terkorban maruah diri dan keluarga....kerana cinta juga seseorang itu mampu berubah dari yang baik kepada buruk? dari yang malas kepada rajin?


aku nak cerita mengenai tafsiran cinta memang senang...taip sahaja di dalam enjin pencarian google -" ko tau ape itu google" .....berlambak keputusan/result mengenai carian berkaitan cinta (kecuali 18sx)....aku pon masih mencari cinta tapi....

Jangan jadi seperti di bawah ini....ini bukan cinta, tapi cari penyakit...!

KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.

Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.


P/s : carilah cinta yang lebih diberkati dan direstui orang tua...kalau kau pilih jalan yang salah , terumbang-ambinglah kehidupan selepas itu.....


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics