



/* Kotak Banner===================== */#Box-Banner-ads{margin:0px;padding:5px;text-align:center}#Box-Banner-ads img{margin:0px -5px 4px 0px;padding:3px;text-align:center;border:3px outset #c0c0c0}#Box-Banner-ads img:hover{margin:0px -5px 4px 0px;padding:3px;text-align:center;border:3px inset #333} /* Social Box */ #g-plusone, .fbleft, .tweetright { margin: 20px 0 0px; padding: 15px 12px 12px 15px; border-radius: 4px; -moz-border-radius: 4px; -webkit-border-radius: 4px; } .fbleft { background: #ECEEF5; background-image: url('http://dl.dropbox.com/u/1960768/fb.png';); background-repeat: no-repeat; background-position: right bottom; border: 1px solid #9DACCE; margin: 2px 0 0 0; width: 325px; height: 25px; float: left; } #g-plusone{ background: #F9F9F9; background-image: url('http://dl.dropbox.com/u/1960768/gp.png';); background-repeat: no-repeat; background-position: right bottom; border: 1px solid #CCCCCC; margin: 2px 0 0 8px; width: 70px; height: 25px; float: left; } .tweetright { background: #E8F3F9; background-image: url(http://dl.dropbox.com/u/1960768/tw.png;); background-repeat: no-repeat; background-position: right bottom; border: 1px solid #A4CCE5; margin: 2px 0 0 8px; float: right; width: 100px; height: 25px; } -->
menulis lebih mudah dari berkata-kata
KES buang bayi perlu diangkat menjadi isu besar yang membawa kepada hukuman setimpal kepada pesalahnya. Tidak ada kalam yang sesuai untuk kita gambarkan kekejaman yang dilakukan itu.Ia layak disamakan dengan kes bunuh yang lain. Maka, pesalah yang terbukti terlibat perlu dibawa ke tali gantung. Ini adalah pendapat yang memerlukan perincian mendalam ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat.
Saya bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu.
Bayi yang dilahirkan sempurna sifatnya layak diiktiraf sebagai manusia normal yang mendapat perlindungan undang-undang seperti manusia lain. Cuma seorang bayi tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mempertahankan dirinya baik dalam bentuk tenaga ataupun tutur kata. Membuang bayi yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal adalah satu perbuatan membunuh manusia.
Membunuh
Kalau kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, tidak ada bezanya dengan kesalahan membuang bayi yang membawa kepada kematian kepada bayi itu.Hukuman penjara boleh dipraktikkan jika bayi ditemui dalam keadaan masih bernyawa. Tetapi cadangan untuk mengheret kedua-dua manusia kejam ke muka pengadilan amat tepat. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.
Dalam hal ini, peranan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri di kementerian yang dianggap memperjuangkan martabat wanita diperlukan. Kajian perlu disegerakan akan pesalah buang bayi dihukum seperti seorang pembunuh.Masyarakat harus melihat gejala buang bayi ini sebagai isu sejagat yang amat terkutuk di bumi Allah s.w.t ini.Perlakuan maksiat harus diangkat menjadi agenda utama yang segera untuk ditangani. Jabatan Agama Islam Negeri dengan kerjasama seluruh penguat kuasa undang-undang negara perlu meningkatkan keazaman untuk membanteras gejala tidak bermoral itu.
Kes yang dilaporkan adalah salah satu kes yang dapat dikesan oleh masyarakat. Tetapi dalam masa yang sama ada banyak lagi kes bayi malang yang ‘dibunuh’ dan dilenyapkan terus dari bumi ini.Kita bersetuju agar semua pihak bertanggungjawab dan mengambil bahagian menangani masalah ini.Usaha membanteras gejala sosial pula seakan lebih berkesan jika ia diketuai oleh pihak pendukung undang-undang sendiri. Ahli masyarakat boleh dilibatkan dengan cara menjana idea dan saranan tentang bagaimana kaedah untuk memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak.
Jika respons sudah diberikan oleh pihak polis dalam kes buang bayi ini, pihak-pihak lain hanya perlu meneruskan sokongan untuk melihat satu cara penyelesaian yang lebih pantas.
KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.
Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.
Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.
Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.
"Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan," katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dan Ketua Polis Daaerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. - Bernama
Rasbollah berkata, orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). "Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini," katanya.
Musa pula berkata, tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi
Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini," katanya.
Musa berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid di sekitar kawasan itu supaya insiden serupa tidak berulang.
Katanya, keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut.
Amerika Syarikat mungkin mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia jika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih gagal menangani dua isu yang dianggap serius oleh masyarakat antarabangsa, menurut sumber-sumber diplomatik.
Pentadbiran Presiden Barrack Obama menuntut penjelasan penuh dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersabit kecurian dua enjin pesawat F-5E dan siri serangan ke atas gereja serta rumah ibadat lain bersabit penggunaan kalimah Allah sejak dua minggu lalu.
Menurut sumber Wisma Putra, sekiranya Najib memandang ringan terhadap kedua-dua isu berkenaan, Washington mungkin mengenakan sekatan ekonomi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara bernilai lebih dari AS43.7 bilion.
Sebarang sekatan ekonomi akan memberi kesan buruk kepada Negara yang sudah pun ditimpa defisit belanjawan yang begitu besar. Sumber-sumber Wisma Putra memberitahu bahawa nota diplomatik yang dihantar oleh Washington mencerminkan keseriusan pentadbiran Obama yang sebelum ini hanya membuat bantahan menerusi kenyataan.
“Selepas ini, sekiranya kerajaan masih berdolak dalik dan tidak serius menangani masalah ini, tekanan lebih hebat mungkin dikenakan termasuk sekatan ekonomi,” kata sumber berkenaan.
Dalam SMSnya kepada Suara Keadilan, Pegawai Media Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Tina Malone Washington memandang berat laporan media mengenai kehilangan ejin pesawat buatan negara itu.
“Kerajaan Amerika Syarikat memandang berat laporan mengenai kecurian enjin pesawat F-5E yang dibekalkan kepada Malaysia. Kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Malaysi membentangkan laporan komprehensif berkaitan penyiasatan mengenai perkara ini.
Sumber Wisma Putra turut mengesahkan Amerika Syarikat juga menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Malaysia bersabit serangan bom petrol dan vandlisme ke atas beberapa buah gereja Kristian.
Serangan itu bertujuan mencetuskan provokasi dan ketegangan agama setelah Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan kalimah Allah dalam laporannya.
Kebimbangan Amerika Syarikat itu disuarakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Antarabangsa Amerika Mengenai Kebebasan Agama, Leonard Leo.
“Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus
Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...
Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan
jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??
Keputusan mahkamah benar gereja guna kalimah cetus kegusaran, kekeliruan masyarakat
KEPUTUSAN Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lalu yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly adalah suatu tamparan hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai 'agama rasmi.' Masyarakat Islam arus perdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam.
Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon, e-mel dan surat bertanyakan kesan penghakiman itu terhadap kedudukan agama Islam di Malaysia khususnya. Dalam beberapa hari saja penghakiman berkenaan dikeluarkan, keluhan dan ketidakpuasan hati umat Islam ini dizahirkan di dalam media arus perdana dan media alternatif.
Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca atau mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka.
Malah pendirian diambil oleh umat Islam bukanlah 'peperangan antara kitab suci' tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warga negara Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuk orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.
Walaupun usaha beberapa majlis Islam negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), gagal mencelah di dalam kes ini, usaha itu haruslah diberi penghargaan tinggi kerana khususnya majlis agama sudah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA adalah NGO tunggal berbuat demikian.
Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain? Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak gereja di dalam penerbitan mereka? Majlis agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab majlis agama. Hanya Islam satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tiada agama lain disebut secara khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara. Ini adalah jaminan perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4), iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.
Umat Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Malaysia. Makna 'boleh diamalkan dengan aman dan damai' ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama rasmi Persekutuan, iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.
Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah difahami kerana wujud peruntukan lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranya:
a) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam;
b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembangunan syiar Islam;
c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam;
d) Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.
Penghakiman Lau itu memberi kesan ketara terhadap orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka selagi ia diedarkan di kalangan orang bukan Islam. Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ia tidak akan diedarkan kepada orang Islam?
Penerbitan itu bukan hanya diedarkan di gereja. Kenapakah pihak gereja begitu terdesak mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan? Malah kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya.
Enakmen yang wujud di beberapa negeri sejak berpuluh-puluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang meluluskan enakmen ini masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat negeri pula, iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak belum menggubal undang-undang sama walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika menjadi Perdana Menteri, berjanji dan mengarahkan negeri terbabit menggubal undang-undang berkenaan.
Sememangnya kepentingan agama Islam sering kali dipinggirkan ketika membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Kenapa kita terlalu mengabaikan perkara ini? Dalam keadaan yang agak tegang ini, saya meminta kerajaan segera memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim itu, serta memohon menggantung perintah dikeluarkan.
Saya juga menyeru kerajaan melaksanakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri yang belum menggubal undang-undang terbabit, hendaklah segera berbuat demikian.
Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri juga perlu membuat ketetapan tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Malah Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3 itu.
Perkara 13 berkenaan menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan ini yang sudah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.
Oleh yang demikian, jika Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan isu ini, mungkin akan meredakan ketegangan dihadapi umat Islam sekarang. Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang gereja menggunakan kalimah Allah kerana KDN sebagai sebuah badan kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang di-Pertuan Agong ketika menaiki takhta, iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa.
Oleh itu segala tindakan dibuat kerajaan perlu sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (seperti tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan itu mencabul ikrar yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
KDN perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia membabitkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.
KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.
Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.
Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.
Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.
Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.
Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.
Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.
wanna eat KFC?
It happened again!
One day usual my friend and I went to the nearby KFC to have our dinner. After ordered the burger and combo set, we found a place and sit down.
Everything was like normal, until one guy sitting next to us asked the waiter to his table. However, the waiter did not bother him so he ran to the counter and "invite" the waiter to his table. My friend and I thought that might be a prank or something.
This time, the waiter came to his table and he showed him the combo plate of chicken that he bought. The guy asked: what is this inside the chicken meat? Because it was quite a distance so we can't see real clear. The waiter look into the chicken and replied: sorry Sir, I think it must be our staff carelessly fell down the worms into the chicken while frying..
The guy shouted loudly: WHAT?!! It is not due to careless, it is grew inside the chicken itself!
When we heard the word "worm".. we was like.... Urggggg...crap...due to the guy shouted too loud, therefore the manager has come to comfort the guy and apologize that will return all his money. However, the guy continue yelling and said: how can you bring out such a thing for you customer.....