November 16, 2009

2012...



 

 




 

 



 

 




2012 mengisahkan kejadian penghujung dunia seperti yang diramalkan dalam kalendar kaum Mayan. Kisahnya bermula apabila pada tahun 2009 seorang ahli geologi telah ditunjukkan oleh rakannya di India tentang perkembangan kajian lapisan bawah bumi yang menjadi sangat panas sehinggakan bahan galian menjadi cair.

Beliau kemudian memaklumkan kepada Presiden Amerika tentang itu dan ramalan bencana besar kesan daripada kepanasan melampau dalam bumi pada tahun 2012. Atas perbincangan secara rahsia dengan beberapa pemimpin dunia, mereka memulakan satu projek membina sebuah kapal gergasi yang berpusat di bumbung Dunia Tibet China.Hanya beberapa kerat orang-orang kaya dan yang terpilih di dunia sahaja dimaklumkan tentang itu, selain daripada beberapa khazanah berharga dan binatang2 tersenarai untuk menaiki kapal itu kelak.

Seorang penulis terkenal bercuti bersama 2 orang anaknya di Taman Negara YellowStone. Di situ dia berjumpa dengan seorang yang kurang siuman. Lelaki itu kemudian bercerita kepadanya mengenai ramalan Hari Kiamat kaum Mayan yang yang akan berlaku pada 21/12/2012. Namun dia tidak mempercayainya walaupun lelaki itu menyentuh tentang pembinaan kapal gergasi secara rahsia.

Tetapi pada tarikh tersebut, apabila dia diberitahu oleh seorang anak hartawan yang mereka sekeluarga akan menaiki sebuah kapal sementara dia yang tinggal di situ akan mati, membawa kembali ingatannya kepada kata-kata orang kurang siuman di Yellowstone itu. Dengan pantas dia memandu menuju ke rumah bekas isterinya bagi menyelamatkan keluarganya itu.

Pelbagai usaha dijalankan untuk membawa keluarganya ke tempat kapal itu dibina iaitu di Tibet China berbekalkan peta yang diberitahu oleh orang kurang siuman itu, walaupun diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi yang sangat dahsyat dan percikan2 api kesan daripada ketidakstabilan dari dalam bumi. Namun mereka bernasib baik apabila akhirnya tiba di situ. Malangnya mereka kemudian dihalang daripada memasukinya kerana bukan terdiri daripada orang-orang yang terpilih itu.

Sementara ahli geologi itu terperanjat apabila mengetahui hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki kapal itu. Atas prinsip kemanusiaan dia berani menyuarakan sikap tidak bertamadun apabila hanya melihat sahaja ramai lagi orang-orang yang berada di sekeliling kapal itu mati kerana tidak dibenarkan memasukinya. Mendapat sokongan daripada yang lain, pelepasan terpaksa ditangguhkan bagi membenarkan orang-orang yang dilarang tadi menaiki kapal itu. Tindakan yang terlewat itu menyebabkan kapal tenggelam oleh tsunami besar dan air panas. Namun akhirnya masalah itu dapat diatasi.

Selepas kejadian 'Hari Kiamat' itu, tarikh telah dikira semula. Dan selepas 2 tahun lebih hidup dalam kapal itu akhirnya mereka yang terselamat itu dapat melihat bumi sama sekali berubah, dipenuhi laut dan wujud satu sahaja benua besar.

sinopsis credit :blog liriksemua lagu

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics