February 22, 2010

Pemandu Kereta & Penunggang Motosikal, siapa yang lebih berhemah?




"Gua..Takkan Mati selagi di hadapan Gua TAKDA jalan mati"


Agak ganas dan kurang mesra kata-kata yang digunakan oleh mereka ini..suka hati lah... Bila dikaitkan dengan motorsikal kebanyakan daripada kita berpendapat  bahawa majoriti "kalau yang tunggang tuh muda-muda confirm "Mat Rempit".. Betulkah anggapan itu??Mungkin disebabkan itu, mereka-mereka ini kurang digemari bila berada di atas jalan raya? Dan yang lain-lain, juga menunggang motosikal tetapi bukan Mat Rempit bagaimana pula? Mat Rempit terkenal dengan aksi-aksi luar biasa dan juga kehebatan mencilok selagi masih ada ruang yang cukup untuk mencilok..Situasi macam ini mengakibatkan pemandu kereta rasa kurang senang, kerana kereta mereka besar...!Mana boleh cilok? Adakah itu bermakna pemandu kereta tidak pernah melakukan kesalahan yang sama?

Aku bukan nak menilai..siapa lebih betul atau siapa sebenarnya salah.Situasi yang sama dihadapi bila berada di kedua-dua buah kenderaan ini.Baik motorsikal atau kereta masing-masing boleh menyebabkan bahaya pada orang lain sekiranya tidak digunakan dengan cara yang betul..cara yang betul mungkin agak skema, cara yang menunjukkan "kamu adalah manusia"...manusia di sini bermaksud mempunyai akal fikiran yang waras dan juga dari segi tahap emosi yang seimbang...jangan emo,kenderaan jadi tempat melepaskan emo, orang lain pulak mungkin menjadi mangsa.

Yang penting perlu sentiasa berwaspada dan juga peka setiap kenderaan yang ada di sekeliling...Buat perancangan dalam setiap perjalanan...Nak pergi mana-mana pon perlu tahu jalan yang di lalui,bila perlu memberi isyarat apabila hendak memasuki sesuatu simpang,jangan brek secara emergency kerana boleh membahayakan pengguna yang lain...Jangan pentingkan diri sendiri di atas jalan raya, bukan kita seorang yang menggunakannya...dan yang paling aku panas bila bercakap di handphone, berhentilah atau memandu di lorong yang sesuai sekiranya tidak dapat fokus pada pemanduan juga pada perbualan di telefon...kang tak pasal-pasal melekat pulak sebijik kereta atau motor dekat tepi korang?salah siapa...? Fikirkan lah...!

Kes Bas Ekspress Langgar Motorsikal Berkuasa Tinggi :



P/s : seram sejuk tunggang motor pastuh duk potong sebelah lori....boleh rasakan betapa kuatnya anginnya?


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics