February 19, 2010

Hukuman Sebat Ditangkap Berzina


Itulah dia akibat mengikutkan sangat nafsu serakah yang sering menjerat diri kita sendiri.Kurang didikan agama dan kesedaran akan dosa yang di lakukan mungkin menjadi faktor kes-kes seperti ini sering berlaku yang juga sehingga ke peringkat serius apabila terdapat pasangan yang berzina/terlanjur mengandung anak luar nikah hasil daripada hubungan haram yang telah mereka lakukan.Agak kesian apabila difikirkan apalah nasib anak yang tidak berdosa itu setelah ia lahir ke dunia?Dibuang atau dibakar...sekiranya bernasib baik mungkin diserahkan pada pihak berwajib agar dapat hidup seperti insan lain atas dunia ini.

Hukuman sebat yang dijalankan terhadap 3 orang wanita baru-baru ini telah membuatkan mereka insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.Terlebih dahulu, mereka diberikan khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan. Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah. 

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong penuh pelaksanaan hukuman sebat dan membuktikan kerajaan serius mahu melaksanakan hukuman itu.Pelaksanaan ini (hukuman sebat syarie) menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah hukuman sebat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Perbezaan Hukuman Sebat antara Kaedah Sivil & Kaedah Syariah :

Kaedah Sivil :
  • Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.
  • Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
  • Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.
  • Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.
  • Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.
  • Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum. 

 Kaedah Syariah :
  • Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.
  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.
  • Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan ’sederhana’ di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.
  • Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.
  • Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.





P/s : pernah kene rotan gaks...tapi rotan tersalah target....

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics