Salam tahun baru 2010....mulakan hidup dengan kisah yang baru,sikap yang baru? dan apa sajalah yang baru janji tak membazir...cuma tang sikap yang berkait dengan entry nih mungkin tak ada kesudahannya...sebelum ini pon aku pernah jumpa situasi begini dan pernah mempostnya kat blog nih....satu masalah sikap segelintir masyarakat di Malaysia nih bila jumpe parking kereta...kalau motosikal tak kisah...boleh main "drift" atau seret-seret tayar jek pon still boleh keluar dengan tenang dan aman dari tempat parking...
Biasa yang bermasalah parking bila jumpe jenis parking tegak dan juga parking sisi (pernah buat masa amik lesen kan)...jenis-jenis malas nak parking kasi masuk ikut line putih terang benderang tuh dan juga supaya bontot kete tak terjulunq ke tengah jalan raya yang sememangya makin lama makin kecil sebab "kete kancil parking macam lori"...sori kalau terasa....aku pon kadang-kadang cuba cover supaya orang lain still boleh lalu-lalang tanpa mencalarkan dan menyebabkan bumper dan sirkit??yang kt bahagian depan tuh dari terlanggar...ceh...!
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.
Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.
Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.
Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.
Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.
P/s : hari-hari aku jumpe kes macam nih...bukan dekat tempat parking jek, depan rumah aku pon camtuh...rumah sebijik kereta sampai 3-4 bijik...kasi parking sampai luar gate, memang susah nak lalu...sabar je lah yek...."sabar itu separuh daripada iman"...