November 19, 2009

Jangan Tegur Lagi...[Slot Seram TV3]...malam ini




Diadaptasikan Dari Filem Jangan Tegur...........Mengisahkan tentang sepasang suami isteri lakonan Rebecca Nur Islam(natasha) dan Eizlan Yusuf(kamal) yang menjalani kehidupan serba moden dan kebaratan baru pulang dari berbulan madu.Natasha mengalami kemalangan dan mengakibatkan koma dan sering bermimpi kehadiran seorang wanita bernama baizura.Selepas sedar dari koma,dia mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (benda-benda ghaib).Disebabkan perkara ini natasha dibelenggu berbagai masalah dengan orang disekelilingnya yang beranggapan dia masih sakit,namun roh baizura tetap tidak mahu berhenti mengganggunya....dibintangi oleh Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim). Di bawah pengarahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth International Group Sdn Bhd (MIG)

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics