November 19, 2009

Tabiat standart di Stesen Minyak....

Sebut pasal Stesen Minyak mesti semua orang taw pnyer kn.Sebab boleh dikatakan sebilangan besar penduduk bumi kt Malaysia nih mesti akan pergi ke sini tak kira yang mempunyai kenderaan atau tak ada kenderaan pon boleh tumpang pasti akan menggunakan kemudahan yang sedia ada di sini.



Amaran-amaran standart seperti Dilarang merokok dan menggunakan telefon bimbit. Kenyataan itu biasa dilihat di stesen minyak namun, berapa ramai pengguna yang mematuhinya serta berapa ramai pengusaha atau pekerja stesen minyak berani mencegah pengguna yang melanggar larangan itu?


Walaupun kebakaran di stesen minyak jarang berlaku, namun langkah pencegahan harus sentiasa diambil. Stesen minyak boleh dianggap sebagai lokasi bahaya khas kerana petrol adalah bahan pembakar yang berkesan. Tanggungjawab keselamatan seharusnya terletak pada tangan pengusaha dan terpulang kepada mereka untuk melaksanakan larangan sedia ada dengan lebih tegas



 Jika kita pergi ke stesen minyak pasti akan terlihat papan tanda larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit. Namun, terdapat pengguna yang degil dan tidak menghiraukan larangan itu.Oleh itu, pengusaha seharusnya tampil dan melarang pelanggan mereka daripada berbuat demikian kerana ia boleh mencetuskan kebakaran seterusnya membahayakan nyawa dan menyebabkan kemusnahan seluruh premis



Wap hidrokarbon yang terhasil daripada proses mengisi minyak itu boleh menjadi punca pembakaran dan sebab itulah pengguna dilarang menggunakan telefon bimbit serta merokok.Walaupun kejadian kebakaran seumpama itu jarang berlaku, namun pengusaha perlu mengambil tindakan pencegahan kerana sekiranya sudah berlaku maka tidak ada apa boleh diselamatkan,” katanya.Pengusaha stesen minyak perlu mengambil melatih kakitangan bertugas mengenai isu keselamatan dan tindakan perlu diambil ketika berlaku kecemasan.



Jangan hanya fikirkan keuntungan dengan mengambil pekerja asing yang mungkin tidak faham cara berurusan dengan pelanggan. Beri latihan kepada kakitangan mengenai aspek keselamatan kerana tindakan mereka boleh menyelamatkan harta benda...

Suatu Kenyataan Untuk peringatan aku sendiri serta mereka-mereka yang sedia untuk berubah.... 






blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics