November 20, 2009

INFO : Student Politeknik Dan PTPTN







Sape sini ex-students Politeknik ????Dapat pinjaman PTPTN atau biasiswa???Kebanyakkan mesti dapat pinjaman dari PTPTN dan jumlah pinjaman mengikut jenis pengajian yang diambil seperti sijil atau diploma..Kalo sijil jumlah pinjaman ye sikit jek sebab 2 tahun dan diploma memang masyuk sikit sebab tempoh pengajian selama 3 tahun.Tapi satu bebanan apabila dah grade atau tamat pengajian still tidak dapat mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan dan last-last keje lah mane-mane yang boleh [mcm tuan pnyer blog nih]...


Baru terbaca dalam harian metro hari nih , amaran yang oleh Jabatan Pengajian Politeknik yang mengarahkan semua politeknik di Malaysia mengadakan satu majlis khas mengingatkan bekas-bekas graduannya membayar pinjaman selepas tamat pengajian.Sesi khas itu dicadangkan diadakan melalui dua program politeknik iaitu ketika majlis orientasi pelajar baru dan malam graduan pelajar yang tamat pengajian yang akan dimulakan selewat-lewatnya Disember ini.

Menurut Kate Ketua Pengarahnya, Datuk Imran Idris :

Strategi berkenaan diperkenalkan bagi mengingatkan setiap pelajar supaya tidak liat membayar pinjaman terbabit demi memberi kemudahan kepada pelajar lain pada masa depan.
Kita tengok jumlah pelajar yang liat membayar pinjaman PTPTN semakin ramai. Walaupun saya belum pernah menerima aduan mengatakan pelajar politeknik liat nak bayar pinjaman PTPTN, tetapi strategi ini adalah sebagai salah satu langkah yang kita lakukan untuk memberi peringatan kepada pelajar supaya bayar balik pinjaman terbabit.
Kita akan laksanakan strategi ini selewat-lewatnya bulan depan kepada pelajar yang sudah tamat pengajian di politeknik seluruh negara,


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics