December 9, 2009

Helmet ala-ala Terminator untuk pemandu pesawat pejuang F-35?

Aku terjakun sekejap tengok mende alah ni...Mungkin dekat malaysia ada terdapat pada pesawat pejuang kita kot tapi macam biasa lah teknologi luar negara sentiasa mendahului.Bangga dengan teknologi mereka bukan bermaksud bangga menjadi orang sana...Malaysia tetap malaysia,islam tetap islam....semangat 1Malaysia lah katakan.Sebelum ini cuma tengok dalam filem atau dokumentari mcm national geografi [ada ek,dah tak langga n nih dalam astro] kali ini kita boleh tengok sendiri pendedahan terhadap teknologi sebenar yang digunakan serta fungsi-fungsinya. 

Helmet ini digunakan dengan pesawat pejuang F-35

Helmet ala-ala terminator membolehkan pemandu pesawat pejuang F-35 melihat keadaan di sekeliling pesawat mereka.Dibahgian leher dan bahu dilengkapi dengan peranti pengesan kehadiran manusia...canggih kan?

Situasi ini menerangkan bagaimana generasi seterusnya [pemandu] menggunakan teknologi terbaru ini.Dengan terlihatnya mata hijau  yang boleh dilihat diluar visor,tidak khairan lah jika helmet ini dibandingkan watak arnold schwarzenegger's [robot pembunuh] dalam terminator.

Juruterbang menerbangkan Pesawat F-35 dengan teknologi menakjubkan iaitu 'encasing array' - teknologi yang membolehkan mereka melihat ke luar pesawat dan keadaan di bawah pesawat [ground].




 


Serangkaian Kamera di bahagian luar pesawat menyalurkan gambaran sebenar dengan resolusi tinggi ke dalam helmet terminator,termasuklah gambaran berbentuk infra merah pada waktu malam yang kemudian ditafsirkan terus ke dalam visor helmet supaya lebih mudah untuk dilihat / difahami objek sebenar,

Sensor khas di dalam kokpit digunakan untuk mengesan pergerakan helmet,sekiranya pemandu[pilot] memandang pada arah langit pemandangan sebenar di langit segera di pamerkan pada helmet juga sekiranya dia memandang pada arah yang lain helmet ini dengan segera memaparkan gambaran sebenar pada apa yang dipandang.

Juga apabila pemandu [pilot] memandang ke bawah apa yag dilihatnya bukan kakinya sendiri pada kokpit tetapi apa yang ada di bawah pesawat kelajuan pemandangan terus ke bawah kedalaman tanah  mencecah sehingga mencecah 100 miles / jam.

On-Board Komputer memaparkan data penerbangan dan kombat ,selain simbol target superimposing untuk mengesan pesawt musuh dan pesawat bukan musuh atau sasaran di bawah [ground] dan juga sekiranya sasaran dalam jarak yang jauh untuk dilihat dengan mata kasar


 

Cutting Edge : Kamera di letakkan di bahagian luar F-35 membolehkan pemandu [pilot] melihat gambaran di seluruh bahagian luar pesawat...atas-bawah-tengah-hujuhng-tepi...haha

Prototaip ini digunakan dalam ujian penerbangan oleh U.S pilot pada awal tahun ini dan sedang dinilai tahap kemampuan serta meningkatkan lagi tahap keupayaannya.

Simbol-simbol komputer dipaparkan terus ke bahagian visor helmet ini bagi memberi cue untuk terbang, navigasi dan melawan pesawat lain.




blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics