November 3, 2009

Wajib Tengok.....Setiap Petang(Slot Akasia TV3)



Baru Ditayang @slot akasia(TV3).....Cinta Balqis

Percintaan tiga segi yang cukup tragis, dibintangi oleh Eira Syazira , Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza , Mak Engku, Aripah Damanhuri .Ezani nekad berkahwin dengan Balqis(lakonan eira syazira) secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang.


Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.

Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.



blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics