June 7, 2010
Posisi Ketika Tidur Dan Maksud Disebaliknya
Tidur dengan menutup dari hujung kepala hingga kaki dengan selimut/gebar :
- Anda mungkin merupakan seorang jejaka yang macho di khalayak ramai.Tapi jauh di dalam hati, anda adalah seorang yang pemalu dan lemah.
-Anda lebih gemar untuk menyimpan berbagai-bagai rahsia.Sekiranya dilanda masalah, anda lebih suka memendamkan saja dan ego untuk meminta pertolongan.
Tidur dengan tangan dibelakang kepala :
- Anda merupakan seseorang yang bijak dan bersungguh-sungguh untuk belajar.Walaupon kadang-kadang anda mempunyai idea yang pelik yang dimana orang lain sukar untuk mengikutinya.
-Anda mampu menjaga keluarga dengan baik tetapi yang sukarnya anda sukar untuk menyanyangi orang lain.Mungkin agak memilih la tu!
Tidur dengan tangan dibelakang dan kaki bersilang
- Sesiapa yang tidur dalam posisi begini mungkin menjadi orang yang terlalu obses dan mendapati diri agak sukar dalam menerima sesuatu perubahan.
Tidur secara mengiring dengan kedua belah kaki ke atas :
- Pentingkan diri sendiri, cemburu dan dan hasad dengki merupakan perkataan yang dapat menggambarkan diri anda.
- Orang di sekeliling anda perlu berhati-hati dengan anda
Tidur secara mengiring dengan sebelah kaki ke atas :
- Kecenderungan menjadi orang yang cerewet, selalu mengeluh dan mengadu. Juga seorang yang gementar.Mudah tertekan dan terlebih gembira untuk sesuatu perkara yang remeh.
-Menjalani kehidupan bukanlah suatu yang sukar, belajar untuk lebih relax.
Tidur mengiring dengan baring di atas sebelah lengan :
-Berdasarkan penerangan tidur mengiring dengan kedua kaki ke atas, anda adalah seorang yang lemah lembut,bersopan santun,iklas dan penyayang?...
-Bagaimanapun,tiada siapa yang sempurna.Bina keyakinan dalam diri dan belajar untuk menerima kesilapan atau ketidaksempurnaan. Kebahagiaan akan datang dengan cara begitu.
Tidur mengiring baring atas satu sisi :
- Posture ini menunjukkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri. Anda akan berjaya dalam apa jua perkara yang diusahakan, atas usaha diri sendiri dan percubaan yang tidak putus-putus.
Tidur terlentang dengan tangan dan kaki terbongkang
P/s : macam mengarut?Entri ini di tulis di kala Demam Melanda...Demam bola ker?
blog comments powered by Disqus