October 7, 2011

Aku Seorang Yang Ego, Apa maksud Ego sebenarnya?



Kembali menulis lagi, tiada lagi tajuk-tajuk entri yang berbentuk info atau sesuatu yang menarik seperti satu masa dulu. Cuma hanya hendak berkongsi pendapat berkenaan dengan sifat dalaman seseorang manusia seperti tajuk entri di atas. Masing-masing pasti ada sifat seperti tersebut kan? Aku sendiri mengakui aku memang ada sifat begitu yang cukuplah kuat satu ketika dahulu, cuma dalam keadaaan sekarang semuanya sudah mula berkurangan. Mungkin disebabkan perjalanan hidup yang tak kadangkala tak stabil? Atau perubahan sekeliling – orang sekeliling, masyarakat atau masalah-masalah lain? 

Ada masanya dulu dengan sifat Ego yang terlalu kuat, aku sentiasa berupaya menentukan sesuatu keputusan dengan betul, cepat dan tepat. Entah kenapa lama kelamaan semuanya seperti berubah sedikit demi sedikit. Baguskah situasi yang sebegitu? Sekarang apabila hendak menentukan sesuatu keputusan pasti akan mengambil masa yang agak lama, tiba-tiba terasa tertekan bila terlalu sangat memikirkannya.

Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin sudah nampak kekurangan diri sendiri? 

Jawapan seperti itu memang tepat rasanya. Situasi sebegitu memang mampu mempengaruhi sifat seseorang sekelip mata sahaja. Luaran nampak biasa, tapi selebihnya tidak. Ego yang semakin berkurangan mampu mempengaruhi daya keyakinan diri, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada manusia untuk terus menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Apa Ego itu sebenarnya? Pasti ada beribu jawapan yang mampu diberikan. Masing-masing pasti ada jawapan untuk soalan sebegini kan? Ini maksud sebenar Ego, menurut kamus Dewan Edisi 2 dan 4.

sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.

perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain

perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi.

keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. 

persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaannya .

Tapi apa yang sebenarnya kenapa aku menulis berkaitan ego ini ada banyak sebabnya. Ego satu masa dahulunya merasakan tidak akan suka dengan apa yang ada sekarang, suka tapi buat-buat tak tahu – dikira Ego kan? Lain-lain hal ada yang berkait sedikit dengan Ego, kadangkala terpaksa melupakan rasa Ego tersebut, terpaksa melakukan sesuatu yang memang bukan dikira tanggungjawab tetapi terpaksa demi menjaga reputasi sebagai orang bawahan – ada kaitan dengan Ego tak?

credit : google, blog sheiswawa

P/s : Kalau diubah dari perkataan tersebut kepada "lebih mudah untuk menerima" adil tak? Tak Ego kan namanya? 

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics