October 2, 2011

Peringkat Ke-2.. Minggu Depan Penentunya



Dah dekat seminggu dari tarikh interview tersebut. Buat kali ke berapa entah rasanya, tapi aku masih tak putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja, cuma rezeki yang sebenar-benarnya saja masih tak nampak? Syukur dengan apa yang ada sekarang, cuma peluang yang terbaik dari sekarang tak patut dilepaskan. Kerja dimana-mana pon sama sahaja masalahnya, cuma masalah dengan apa dan apa yang berbeza.

Memang benar, dari tempat kerja sekarang ada berbagai department yang berbeza tugasan dan masalah. Cuma, masa dan tenaga yang diberikan kadang-kadang tak dibalas dengan apa yang sepatutnya. Sakit rasanya, setahun sudah di sini... Mahukan sesuatu yang mungkin lebih terbaik, bukan kerana tamak atau tak sabar nak cepat kaya... Hanya sekadar mahukan masa depan yang cerah dan lebih terjamin. InsyaALLAH....

P/s : Risau dan bimbang menunggu kata putus untuk Kali Yang Ke-2.....

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics