Showing posts with label peluang kerja. Show all posts
Showing posts with label peluang kerja. Show all posts

October 2, 2011

Peringkat Ke-2.. Minggu Depan Penentunya



Dah dekat seminggu dari tarikh interview tersebut. Buat kali ke berapa entah rasanya, tapi aku masih tak putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja, cuma rezeki yang sebenar-benarnya saja masih tak nampak? Syukur dengan apa yang ada sekarang, cuma peluang yang terbaik dari sekarang tak patut dilepaskan. Kerja dimana-mana pon sama sahaja masalahnya, cuma masalah dengan apa dan apa yang berbeza.

Memang benar, dari tempat kerja sekarang ada berbagai department yang berbeza tugasan dan masalah. Cuma, masa dan tenaga yang diberikan kadang-kadang tak dibalas dengan apa yang sepatutnya. Sakit rasanya, setahun sudah di sini... Mahukan sesuatu yang mungkin lebih terbaik, bukan kerana tamak atau tak sabar nak cepat kaya... Hanya sekadar mahukan masa depan yang cerah dan lebih terjamin. InsyaALLAH....

P/s : Risau dan bimbang menunggu kata putus untuk Kali Yang Ke-2.....

[Sambung Baca...Disini]

July 2, 2010

Dah Penat tanam anggur,sekarang sudah menanam AV


Sekejap sudah masuk hari ke-5,ada masa penat tapi ada masa terasa sangat bosan menunggu masa dan waktu untuk terus berlalu. Bukan menyesal, lagilah bukan mengeluh.. luahan rasa hati kecil saja. Yang penting sudah berubah... dari menanam anggur sekarang ini sudah mula menanam AV. Hasil mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang sudah dibuat selama 3 tahun dahulu. Tetapi takpa, ini mungkin sementara saja..menunggu peluang yang sebenar dibuka semula.


Selamat jalan zaman menanam anggur...selamat datang kepada bidang penananaman terbaru... AV! taw ke apa AV tu? Walau dah sibuk menanam AV, blog tetap blog...entri pasti akan ada, cuma updatenya kadang-kadang kurang...!!!

P/s : syukur...Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak....



[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics