Showing posts with label cabaran kerjaya. Show all posts
Showing posts with label cabaran kerjaya. Show all posts

January 20, 2012

"Bosan", satu perkataan Banyak Maksudnya


Permulaan sesuatu yang baru, yang lama? Jangan dibuang, jadikan kenangan, teladan dan peringatan. Aku tak pandai bab-bab seperti ini, maaf kalau ayat yang ditulis tak berapa cantik maksudnya atau memang tiada maksud disebaliknya. Sebelum dan selepas tahun baru, ada yang mengharapkan sesuatu permulaan yang terbaik. Siapa yang mahukan sesuatu perkara yang buruk kan? Tapi begitulah hidup, kita rancang dan segala-galanya sudah ditentukan. Apa yang aku mahukan tahun baru ini masih dalam samar-samar lagi. Menantikan perkabaran yang baik dari sahabat baik, tentang tawaran yang dia sendiri sudah sahkan mungkin akan aku dapat, cuma perlukan pengesahan yang lebih tepat.

Itu yang aku mahukan sangat-sangat untuk tahun baru ini, selain dari apa yang orang lain mahukan. Sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri dan orang sekeliling, syukur kerana masih diberikan peluang untuk terus menikmati tahun baru ini, dan tahun-tahun yang seterusnya… InsyaALLAH. Itu memang sesuatu yang semua orang mahukan. Sebagai insan dan hamba kepadaNYA, terus berdoa dan berusaha sehingga mendapat restu dariNYA. Bila tahun sudah mula berubah angkanya, umur masing-masing pon sudah pasti akan bertambah, salah satu kerisauan yang bermain diminda sesiapa sahaja lebih-lebih lagi mereka yang bujang-bujang dan dara-dara pingitan. Bukan gatal atau nakal, tapi itulah perjalanan normal dalam kehidupan kita semua. Semuanya saling berpasang-pasangan. Dah ada pasangan?

Tinggalkan pasal yang itu, fokuskan pada yang ini. Apa sebenarnya yang membuatkan rasa penat lelah, sudahlah ditambah dengan keadaaan kesihatan yang tidak berapa baik kebelakangan ini. Itulah musim namanya, musim demam, batuk, selsema dan apa sahaja yang berkaitan. Bukan mahu mengatakan diri ini memang kuat bekerja, memang sudah menjadi tugas dan perlu dibuat. Cuma rasa kesal dengan mereka yang tidak faham akan situasi atau lebih mudah lagi tidak ada perasaan rasanya. Berhempas pulas kala keadaan yang kurang sihat, tugas yang memang mencabar buat mereka yang tidak boleh berada dalam keadaan yang sedemikian. Susah bila tugas berkait dengan orang lain yang ada kaitan dengan orang atasan, tidak fahamkan erti penat. Akibatnya yang terlupa apa yang seterusnya. Dan sebagai sifat biasa manusia, sudahlah penat… Terima Kasih tiada, yang dapat hanyalah teguran yang tidak memberangsangkan. Susah bila ada kaitan dengan orang atasan, report mereport sahajalah kerjanya!

Sudahlah, penat sudah hilang. Rasa kesal dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Cuma harapkan moga cepatlah perubahan dalam sistem pengurusan berlaku. Walaupon dalam beberapa bulan yang akan datang. Jika bernasib baik, mungkin sudah tiada kaitan dengan company ini lagi, atau masih terus berkhidmat disini sementara mencuba apa sahaja kekosongan yang ada diluar sana. Cuma satu perkataan sahaja yang aku mahu berikan pada orang atasan : Kalau tidak suka dengan sesuatu, sekiranya baik tidaklah dipuji, tetapi buruk semakinlah dikeji. Kalau sudah suka dengan sesuatu, sekiranya baik semakin dipuji melambong-lambung, riuh segalanya, sekiranya buruk? Anda jawablah sendiri……!

P/s : Tahun baru... Apa yang baru?

[Sambung Baca...Disini]

June 26, 2011

Rasa begini, lebih baik angkat kaki




Aku dah rasa tak berapa tahan dengan situasi macam sekarang. Lepas apa yang dah jadi dengan rakan sekerja, digantung akibat kecuaian yang kalau difikirkan secara logik akal pon memang takkan dapat tahu apa jawapannya. Tempoh hukuman yang agak lama, selepas ini masih tidak tahu lagi akan dihukum perkara yang sama cuma yang peritnya sudah pasti tidak akan dibayar. Tapi kesannya pada aku dan yang lain-lain, kekurangan tenaga yang sememangnya diperlukan dalam masa-masa terdekat ini.

Boleh agaknya dilabelkan pada pengurusan yang tidak berperihatinan… Apa yang berlaku pon tidak lah memberi kesan yang dasat pada mereka yang terlibat. Cuma nampaknya pengurusan agak ragu-ragu untuk memberi keputusan yang adil kerana perkara seperti ini tidak pernah sama sekali berlaku selama mereka beroperasi untuk jangka masa yang agak lama sebelum ini. Memang sukar kan ada pengurusan seperti ini, terlalu banyak ‘songeh’ perlu dilayan.. bila dah berlaku kes-kes yang agak berat, keputusan untuk memutuskan agaklah sukar dan kadangkala berat sebelah.


Ketua aku pon seperti endah tak endah dengan keputusan seperti ini, apa yang dia kisah sangat… kerja-kerja berat bukannya dia yang perlu buat sebab semuanya balaci merangkap kuli orang bawahannya ini yang akan perlu buat juga. Memang tahu itu adalah satu tanggungjawab, tapi semua ketua pon tidak seperti dia, masing-masing sama-sama penat, sama-sama peluh, sama-sama buat kerja. Kalau berterusan rasanya lebih baik cari peluang yang lain, tak lama lagi pon akan mula kekurangan tenaga, ada rakan-rakan yang lain sudah plan untuk angat kaki dan pergi dari sini…!

Cuma harapan, dapat peluang yang lain selepas ini. Dah lama sangat melekat dengan kerja seperti ini, rasa malas pon dah semakin meningkat!

P/s : Ada kelulusan, tapi kerjanya? Hmm… hampeh!

[Sambung Baca...Disini]

June 10, 2011

Hidup kini semakin BAHAGIA , Inilah Sebabnya

Tak tahu macam mana nak mula, tapi mudah macam mana nak akhir. Terasa hidup makin lama makin sukar, semua rasa mesti ada.. tak semestinya setiap hari adalah hari yang paling best. Tak setiap hari adalah setiap hari yang membosankan. Aku rasa semua orang pernah rasa & alami ape yang aku rasa sekarang. Bukan nak mengeluh dekat belakang, cuma sedar ruang untuk bersuara tu memang ada tapi tak sesuai untuk digunakan, lagi-lagi siapalah ko tu kan? 

Pekerja biasa, masih baru dan walaupon bukan masih mentah cuma separuh masak – nampak? dah lari topik dah nie… Kalau aku susun semula rentetan kehidupan aku, rasanya semuanya akan ada masalah yang sama. Perubahan? Mungkin dari segi kawan-kawan dan kawasan persekitaran.Kalau duk sibuk nak cakap hidup nie selalu tak adil, rasanya ramai yang rasa macam tu. Tak guna mengeluh, sepanjang kehidupan ko akan rasa tak senang.. sentiasa susah sebab tak habis-habis mengeluh. Hadapi dengan tenang… 

Tapi macam mana nak tenang bila aku disuruh buat sesuatu yang bukan diamanahkan, diberikan sedikit kata-kata yang mirip-mirip ugutan. Masalah jugak kan, bila dah jadi kuli.. ikut semua arahan walau dalam hati rasa tak ikhlas. 

Tapi ikhlas tu akan datang bila membantu rakan-rakan yang tahu memberikan kata “terima kasih”…. Rakan-rakan yang ucapkan bukannya si “Kuku Besi”…! Kalau dari post-post sebelum ini, mesti akan ada mention si “Kuku Besi”… Tahu mengarah, tak tahu untuk buat.. Teori takkan berguna tanpa sebarang praktikal…

P/s : BAHAGIA sangat, tiada satu gambaran mampu menggambarkan.... 

[Sambung Baca...Disini]

April 21, 2011

Bukan Cerita Pasal Kacang Lupakan Kulit



Lama sangat tak menulis dekat sini, idea dah semakin kurang.. hari-hari buat perkara yang terlalu rutin tapi minda masih tak berkembang. Hari-hari berselang seli dengan macam-macam hal. Sekejap ketawa, sekejap termenung, paling teruk tak boleh nak senyum. Aku masih harapkan perubahan, masa berlalu terlalu laju. Tapi masih tiada perubahan. Bosan, harap akan berubah sama macam orang lain, cuba ketepikan taraf yang ada sekarang sebab kita dalam pasukan yang sama.

Hari-hari mengharap, akan keajaiban. satu hari pon cukuplah, kerana tanggungjawab yang banyak?ramai lagi yang banyak tanggungjawab, tapi tak pernah mengakibatkan sehingga terabai dan mengabaikan. Tinggi sangat rasa ego dalam diri. Tak layak untuk itu untuk ini, hanya layak untuk sesuatu yang dipandang 'pro' . Mungkin juga malu sekiranya terserempak oleh orang lain. Bosan bila beri alasan, tak sesuai dengan fizikal diri antara yang kuat & lemah. Seterusnya akan terus mengarah! mengarah! mengarah! Lady Boss sungguh!

Kalau seperti biasa aku memang selalu akan menguji, hari ini aku sendiri di uji. Terus kaku diam, baguslah ada jugak peningkatan setelah lama di sini, barulah boleh menjadi team yang mantap. Tidaklah akan ada orang lain yang cuba untuk membeza-bezakan aku dan team sekerja bila dibelakang. Tak kira belakang aku atau sebaliknya. Bagus, syabas.. Lepas ini aku rasa lega jika dapat pergi dari sini.

P/s : tulisan datang dari tangan dengan mata dalam keadaan tertutup. tak faham? sila tutup mata. sekian

[Sambung Baca...Disini]

November 24, 2010

Bukan terasa nak jadi,cuma layak dan gajinya agak lumayan


Beberapa minggu yang lepas, memang agak memenatkan. Seperti biasa sudah menjadi rutin tahunan di tempat kerja aku akan dibuat pemeriksaan semula stok-stok barang. Juga beberapa minggu sebelum itu akan dibuat juga pemeriksaan stok tetapi cuma sekadar di tempat-tempat tertentu sahaja, tidak keseluruhannya. Apa kaitannya aku cerita tentang hal-hal kira stok nie dengan tajuk entri di atas?

Kerana selepas semuanya selesai, akan keluarlah satu keputusan menyeluruh mengenai semua pemeriksaan yang telah dilakukan. Masa inilah, mereka yang bergelar Group Leader/ Section Leader suatu masa dulu yang pernah diberi gelaran, mereka perlu mencari sebab musabab jika berlaku kerugian disebabkan barang/stok yang sepatutnya ada tetapi tiada berdasarkan jualan yang telah dibuat.

Apa yang buat aku tak sentap sangat?fahamkan dengan teliti dialong dibawah?dialog ker?eh....

Group Leader X : Pening betul kepala memikirkan mana nak cari sebab loss/kerugian nih... nah,ko nak sangat jadi SL/GL kan?

                  Aku : Eh,tiba-tiba je? Bila masa aku cakap nak sangat jadi SL/GL? (cakap dalam hati sendiri)

Faham ke tak?Lantak lah... yang penting aku tak sentap sangat kot...luaran je tak sentap,dalaman tersentap sikit...cis,dah lah GL tu dikira yang terbaik dan berpengalaman menjadi GL.Entah bila masa dia tau aku pernah mintak position tersebut...Tetapi bukan sebab kerana kuasa yang ada... hanya kerana position tersebut sesuai dengan tahap pendidikan dan juga gajinya agak lumayan bro!...ceh...

P/s : Bila nak jadi GL nih?......

[Sambung Baca...Disini]

November 16, 2010

Masanya semakin hampir, selepas itu?



Tik..Tok...Tik..Tok............. Dari bulan Jun, sampai lah sekarang..........sekejap saja kan?dan tak lama lagi, tibalah masanya itu! Lepas tu? Apa nak jadi pon jadilah...tak kisah,tak peduli....Redha saja yang aku mampu.Lagipon, semuanya itu cuma untuk sementara waktu dan sampai sekarang aku masih menunggu peluang untuk apa yang sepatutnya untuk diri aku.

Banyak perkara-perkara baru aku dapat daripada bekerja sebagai _________ .... dan juga membuka mata dan pemikiran aku selama ini...yang mana tak pernah nampak dan tahu akan cabaran mereka-mereka yang bekerja dalam bidang kerja yang sebegini....Mungkin sebab kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan seperti ini tidak setinggi tahap yang diperlukan? 

Atau mungkin kerana ada yang sengaja bersikap demikian? Owh, kenapa aku cakap begitu? Ini antara perkara-perkara yang perlu dilalui dalam kerja seharian :
  • Berhadapan dengan karenah customer-customer 'alien' yang sememangnya ingin dilayan seperti VIP.Dan juga bersikap degil dan sesuka hati ingin membuat sesuatu permintaan mengikut kepala keras mereka itu sesuka hati.
  • Perlu selesaikan masalah-masalah jiran-jiran sebelah menyebelah (department), itu masih okey kerana sifat tolong menolong itu amalan mulia.Cuma sakit hati bila jiran tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap tanggungjawab mereka sendiri...Ish, gaji kan sama, buat kerja lebih gaji pon sama..Tak adil lah begitu kan? Sudah jadi tak ikhlas lah begini.
  • Staff yang semakin kurang...tapi bukan kurang hajar...jumlahnya semakin berkurang! Wahai HR,tolonglah tambahkan lagi ye...yang perlu saja untuk department tertentu.
  • Tidak kisah kerja penat dan bertambah lebih-lebih lagi bila ada stok-stok baru masuk...Cuma,kan lebih bagus jika gaji yang masuk juga sama lebih kurang dengan kerja yang sedia ada? 
Itulah masalahnya...biasa-biasa saja, mungkin bagi mereka-mereka yang sesuai dengan tahap kelayakan kerja tersebut.Cuma bagi aku, agak rugi kerana apa yang ada selama 3 tahun dulu dengan kerja sementara yang ada sekarang memang benar-benar agak merugikan. Cuma berharap agar cepatlah sampai ke tahun depan, kerana peluang yang sebenar untuk aku akan dibuka ketika itu... 

P/s : Bukan mengeluh.....

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics