April 8, 2010

Adakah Saya Sudah Bersedia???


Aduyai....! Temuduga ini membunuh Saya...! Adakah saya sudah bersedia??? !!!!

Ini adalah kali ke-3 dalam masa 11 bulan saya  menanam anggur secara online... Kali terakhir adalah temuduga yang agak menghampakan bukan sahaja bagi penemuduga tapi saya yang juga ditemuduga..Satu soalan berbisa yang memang sepatutnya dapat dijawab tetapi disebabkan oleh kepakaran saya dalam meneka apa yang akan disoal telah mempunahkan segala harapan,impian dan cita-cita untuk bekerja dengan Syarikat berkenaan.Nasib baiklah mereka tak saman penganjur Earth Hour ye...


Kali ini bertempat di Petaling Jaya, tepat pukul 3.00 petang esok akan bermulalah lagi satu temuduga untuk kali ke-3 bagi saya.Persoalannya adakah saya bersedia??? Atau bersedia untuk melakukan satu lagi kesilapan yang sama sebelum ini.Dirasakan sangat rugi dan menyesal ketika pertama kali temuduga secara terbuka di sebuah kilang elektronik - Saya amik jurusan elektronik ye,take notes...! Dirasakan prosedur mereka lebih mudah dan senang sahaja tetapi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.


Untuk itu agak rugi jika saya tidak melakukan persediaan menghadapi temuduga walaupon untuk kali yang ke-3. Berbekalkan buku "Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan" ini ada satu sahaja perkara yang memang saya ingin elakkan.Dan rasanya ia telah pon berlaku ketika temuduga yang ke-2.Saya tidak mahu mensia-siakan perjalanan sejauh 300km ++ ini dengan hasil yang menghampakan.Yang penting cuba...bukan cuba tetapi berusaha sehabis baik...itu lebih bagus berbanding tidak berbuat apa-apa..Doakan agar saya berjaya dalam temuduga kali ini wahai kawan-kawan,followers dan juga sesiapa yang mengenali saya...


Untuk sesiapa yang berminat mendapatkan buku ini silalah jangan segan dan malu klik banner di bawah ini :






P/s : Sambil buat entry pasal dapat intebiu yang memeningkan...promote sekali bisnes nih...percuma saja,tiada bayaran keahlian pon...


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics