April 5, 2010

Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania


Dah habis pon drama bersiri kesukaan ramai? Awan Dania...Pada yang menonton dari siri satu dan dua pasti tak rasa puas kan? Kerana nak tengok sangat lakonan Scha Al-yahya...Kali ini sekali lagi astro ria membawakan satu drama bersiri K.I.T.A yang pastinya menggamatkan malam isnin anda. Akan bermula pada 5 April 2010 bersamaan hari ini lah pukul 10.00 malam.Drama arahan Michel Ang dan Amo Mizal ini dijayakan lagi dengan lakonan dari Scha Al-Yahya yang cukup dikenali ketika dalam drama Awan Dania, Marsha, Dawn Jeremiah (Pemenenang tempat ke-2 Ratu Cantik Malaysia 2007/2008) dan Wany Omar.


Drama K.I.T.A ini mengisahkan pasal persahabatan empat orang chikaro ketika di zaman persekolahan. Kiera (scha), Ilma(Marsha), Tania(Dawn), Alia(Wany). Bagi menguatkan lagi tali persahabatan mereka, satu perjanjian antara mereka ketika berumur 16 tahun dibuat iaitu perjanjian mereka berikrar untuk menyokong dan membantu antara satu sama lain dalam apa jua keadaan
.


Permulaan cerita drama K.I.T.A ini bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah mengumpulkan kembali rakan lamanya dan bermulalah kisah mereka bersama-sama menyusuri kembali kenangan lampau ketika masih di bangku sekolah.Kiera yang berperwatakan kasar dan berjaya menjadi doktor sementara Ilma pula seorang pelakon popular,kurang kasih sayang dari keluarga.Tania yang lurus dan baik hati dan Alisa pula menjadi pengarang majalah fesyen walaupon membesar dalam keluarga yang bermasalah.

Kerja Sapa lah nih ek?Scha ker?

credit to : mangga online
               Scha Al-yahya Fan Page

Updates : Kini Legasi Piston Pecah ber PR Baru...terima kasih kepada yang rajin mengomen dan juga follower-follower yang menyokong secara terus atau sekadar silent reader...



P/s : layan jommm....Petang layan AdaMaya ...Malam Layan drama K.I.T.A nih..

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics