Showing posts with label drama bersiri. Show all posts
Showing posts with label drama bersiri. Show all posts

May 6, 2010

Kewujudan fan page Kami Benci Dani Adamaya??? Marah betul ye..


Berbekalkan kata kunci 'dani adamaya' akhirnya berjaya juga saya mencari fan page ini yang amat membenci pada satu watak dalam Drama Bersiri di sebuah stesen televisyen terkenal. Dah lama sebenarnya perasan akan kewujudan fan page facebook ini, cuma baru hari ini saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca blog ini serta rakan-rakan di twitter yang bertanyakan tentang ini.


Rasanya ketika saya perasan akan fan page tersebut fansnya baru mencecah 800..tapi kini sudah hampir 2k??Ish..ish..ish, memang kuat betul kesan dari watak dani lakonan Faizal yusup dan juga maya - lisa surihani dalam drama bersiri AdaMaya ... Juga watak Adam - Syed Hussein .

Tapi perlu diingatkan...ia hanyalah sekadar watak & perwatakan... kalau benci watak sahaja takpe kot ek?jangan benci orangnya sudah...tak pasal-pasal gambar dani - faizal yusup jadi mangsa dalam fan page tersebut..


Jom layan fan page Mia Sara lak...cute sungguh dak kecik nih...

P/s : adakah anda salah seorang dari fan page ini...juga ada ke fan page benci maya lak?ish..sudah-sudah la yer..hihi

[Sambung Baca...Disini]

April 19, 2010

Review drama bersiri : Chapalrela


Mengisahkan tentang anjang merah ( zizan ) yang telah kematian emaknya angkara kebakaran yang dicetuskan sendiri olehnya sehingga menyebabkan dia kehilangan rumah serta emaknya.Akibatnya dia terpaksa menumpang di rumah ayahnya (Pak Tam RL 3) yang sudah berkahwin lain bersama anak (Jali Puteh) dan mak tiri(Mek Nab) yang suka mendera anjang merah..Anjang juga ditugaskan untuk menjaga kandang kambing Pak Manap selain menjadi hamba mak tirinya ketika bapanya tiada dirumah.Tanpa anjang ketahui arwah ibunya ada mewasiatkan harta pusaka,sepasang capal baldu biru..Apakah keistimewaan capal baldu biru ini?Jom tengok...baru masuk episod 7.


- Cita nih memang best..dah macam bawang putih bawang merah lah plak tapi versi lelaki...tambah lagi dengan komedi yang diselitkan membuatkan saya tak bosan untuk menontonya...

- Ada perbezaan dalam watak johan dan zizan yang dalam cita nih..korang tengok mesti geram giler dengan watak johan yang menjadi saudara tiri yang agak kejam versi komedi...

- Banyak persoalan yang memang ingin dipersoalkan, macam penghantar surat yang dari entah mana dia datang still boleh antar surat kat anjang merah di mana saja dia berada.Malah surat dari arwah mak anjang merah yang seakan-akan tahu apa yang terjadi pada anjang setiap kali di dera oleh mak tirinya..memang kelakar lah!


- Watak puteri ( sherry ibrahim) memang jadi tarikan dalam cita nih..sebab dia direbut oleh kedua-dua saudara tiri ini.Tapi puteri hanya minat pada anjang merah..walaupon dia busuk macam kambing....

Kambing tuh...kasi cover line sikit...! 

- Nak taw lebih lagi..jom ar tengok...saje jek nak cita pasal nih, cuba cari blog lain yang buat takda plak...aku memang minat cita-cita sebegini...lawak diorang spontan weyh, tiada lawak bodoh sebenarnya... 

Pelakon : Zizan Rj Lawak, Johan Rj Lawak, Shery Ibrahim, Maimon Talib, Pak Tam Rj Lawak 3, Zaibo, Man Belon Rj Lawak 3,Fadhil Dani.

P/s : jom saksikan chapalrela di astro warna,setiap khamis 9.00 malam.


[Sambung Baca...Disini]

April 5, 2010

Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania


Dah habis pon drama bersiri kesukaan ramai? Awan Dania...Pada yang menonton dari siri satu dan dua pasti tak rasa puas kan? Kerana nak tengok sangat lakonan Scha Al-yahya...Kali ini sekali lagi astro ria membawakan satu drama bersiri K.I.T.A yang pastinya menggamatkan malam isnin anda. Akan bermula pada 5 April 2010 bersamaan hari ini lah pukul 10.00 malam.Drama arahan Michel Ang dan Amo Mizal ini dijayakan lagi dengan lakonan dari Scha Al-Yahya yang cukup dikenali ketika dalam drama Awan Dania, Marsha, Dawn Jeremiah (Pemenenang tempat ke-2 Ratu Cantik Malaysia 2007/2008) dan Wany Omar.


Drama K.I.T.A ini mengisahkan pasal persahabatan empat orang chikaro ketika di zaman persekolahan. Kiera (scha), Ilma(Marsha), Tania(Dawn), Alia(Wany). Bagi menguatkan lagi tali persahabatan mereka, satu perjanjian antara mereka ketika berumur 16 tahun dibuat iaitu perjanjian mereka berikrar untuk menyokong dan membantu antara satu sama lain dalam apa jua keadaan
.


Permulaan cerita drama K.I.T.A ini bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah mengumpulkan kembali rakan lamanya dan bermulalah kisah mereka bersama-sama menyusuri kembali kenangan lampau ketika masih di bangku sekolah.Kiera yang berperwatakan kasar dan berjaya menjadi doktor sementara Ilma pula seorang pelakon popular,kurang kasih sayang dari keluarga.Tania yang lurus dan baik hati dan Alisa pula menjadi pengarang majalah fesyen walaupon membesar dalam keluarga yang bermasalah.

Kerja Sapa lah nih ek?Scha ker?

credit to : mangga online
               Scha Al-yahya Fan Page

Updates : Kini Legasi Piston Pecah ber PR Baru...terima kasih kepada yang rajin mengomen dan juga follower-follower yang menyokong secara terus atau sekadar silent reader...



P/s : layan jommm....Petang layan AdaMaya ...Malam Layan drama K.I.T.A nih..

[Sambung Baca...Disini]

April 2, 2010

Adamaya - Slot Akasia TV3 - Mulai 6 April,6.30 Petang


Drama bersiri 23 episod ini menggunakan konsep dari Filem I'm Not Single,dan pengarah kali ini dipegang oleh Feroz Kader menggunakan judul lebih menarik dengan pemilihan barisan pelakon lama dan baru.Hanya Lisa Surihani satu-satunya pelakon asal Filem I'm Not Single yang menjayakan drama ini.Pelakon lain seperti Diana Amir, Putri Mardiana, Faizal Yusup,Hafizuddin, Mustapha Kamal. Menghasilkan drama bersiri dari filem sudah menjadi tradisi MIG bermula dengan Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Adnan Sempit dan kini Adamaya.


DALAM filem I'm Not Single, Lisa Surihani terpaksa berkahwin dengan Farid Kamil, tetapi untuk drama bersiri Adamaya, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu akur dengan jodoh ditetapkan keluarga untuk mengahwini Sein Ruffedge.Antara Sein dan Lisa juga sudah mengenali satu sama lain sebagai kawan, tetapi kini perlu menjayakan watak masing-masing sebagai Adam dan Maya

Drama ini memulakan penggambaran sejak 13 Mac lalu dan bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula awal bulan depan. Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

 "inilah dia anak Lisa Surihani", dalam drama AdaMaya
Nota Kaki : Untuk gambar keseluruhan dari episod 1-23,ada di dalam album AdaMaya  Fan Page Legasi Piston Pecah

Barisan Pelakon :


Faizal yusup, Lisa Surihani , Diana Amir , Hussein Ruffedge , Dian P.Ramlee , Mustapha Kamal , Puteri Mardiana , Mia Sara


P/s : AdaMaya,Slot Akasia Tv3 Mulai 6 April -6.30 Petang.


[Sambung Baca...Disini]

March 9, 2010

Asmaradana - Slot Samarinda TV3 - Mulai 9 Mac 2010

 

Drama Terbaru menggantikan Nigina ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Puteri Sarah Liyana, Shaheizy Sam, Iqram Qinzly, Norish Karman, Rozita Che Wan, Natasha Hudson, Memey Suhaiza & Mustapha Kamal.


Drama berunsurkan cinta, konflik dan kekeluargaan yang juga meletakkan Tiz Zaqyah sebagai watak utama dalam drama 25 episod ini.Sedikit review mengenai Drama ini , bermula apabila Rafeah, ibu kepada Tengku Farouk (mustapha kamal) tidak bersetuju dengan hubungan anaknya dengan gadis pilihan Narimah Muda (memey).Segalanya kerana Narimah merupakan gadis kelab serta tidak mempunyai darah keturunan.(special darah dia kot..!)


Disebabkan itu Rafeah memandang hina terhadap gadis kelab tersebut atas dasar perbezaan darjat dan keturunan yang juga selepas itu berkahwin dengan adik Tengku Farouk, iaitu Tengku Saiful.Hasil daripada perkahwinan mereka, narimah akhirnya mengandung dan akibat perkara itu kedua-dua pasangan suami isteri ini akhirnya di halau oleh Rafeah, senang cerita dah kene halau dan juga dibuang dari keluarga sendiri.

Nasib Narimah bertambah susah lagi bila suaminya Tengku Saiful meninggal dunia. Akhirnya tinggallah Narimah dan anak yang dikandungya, lakonan Tiz...(jalan cerita sama jek ek)...apa pon tengok lah slot terbaru samarinda tv3 nih..sure ramai yang tengok lebih-lebih lagi makcik-makcik yang minat sangat dengan Tiz Zaqyah tuh.....layannnnn...!

 

P/s : Tiz Zaqyah tuh...suci je dari jauh...



[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics