March 9, 2010

Asmaradana - Slot Samarinda TV3 - Mulai 9 Mac 2010

 

Drama Terbaru menggantikan Nigina ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Puteri Sarah Liyana, Shaheizy Sam, Iqram Qinzly, Norish Karman, Rozita Che Wan, Natasha Hudson, Memey Suhaiza & Mustapha Kamal.


Drama berunsurkan cinta, konflik dan kekeluargaan yang juga meletakkan Tiz Zaqyah sebagai watak utama dalam drama 25 episod ini.Sedikit review mengenai Drama ini , bermula apabila Rafeah, ibu kepada Tengku Farouk (mustapha kamal) tidak bersetuju dengan hubungan anaknya dengan gadis pilihan Narimah Muda (memey).Segalanya kerana Narimah merupakan gadis kelab serta tidak mempunyai darah keturunan.(special darah dia kot..!)


Disebabkan itu Rafeah memandang hina terhadap gadis kelab tersebut atas dasar perbezaan darjat dan keturunan yang juga selepas itu berkahwin dengan adik Tengku Farouk, iaitu Tengku Saiful.Hasil daripada perkahwinan mereka, narimah akhirnya mengandung dan akibat perkara itu kedua-dua pasangan suami isteri ini akhirnya di halau oleh Rafeah, senang cerita dah kene halau dan juga dibuang dari keluarga sendiri.

Nasib Narimah bertambah susah lagi bila suaminya Tengku Saiful meninggal dunia. Akhirnya tinggallah Narimah dan anak yang dikandungya, lakonan Tiz...(jalan cerita sama jek ek)...apa pon tengok lah slot terbaru samarinda tv3 nih..sure ramai yang tengok lebih-lebih lagi makcik-makcik yang minat sangat dengan Tiz Zaqyah tuh.....layannnnn...!

 

P/s : Tiz Zaqyah tuh...suci je dari jauh...



blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics