May 6, 2010

Kewujudan fan page Kami Benci Dani Adamaya??? Marah betul ye..


Berbekalkan kata kunci 'dani adamaya' akhirnya berjaya juga saya mencari fan page ini yang amat membenci pada satu watak dalam Drama Bersiri di sebuah stesen televisyen terkenal. Dah lama sebenarnya perasan akan kewujudan fan page facebook ini, cuma baru hari ini saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca blog ini serta rakan-rakan di twitter yang bertanyakan tentang ini.


Rasanya ketika saya perasan akan fan page tersebut fansnya baru mencecah 800..tapi kini sudah hampir 2k??Ish..ish..ish, memang kuat betul kesan dari watak dani lakonan Faizal yusup dan juga maya - lisa surihani dalam drama bersiri AdaMaya ... Juga watak Adam - Syed Hussein .

Tapi perlu diingatkan...ia hanyalah sekadar watak & perwatakan... kalau benci watak sahaja takpe kot ek?jangan benci orangnya sudah...tak pasal-pasal gambar dani - faizal yusup jadi mangsa dalam fan page tersebut..


Jom layan fan page Mia Sara lak...cute sungguh dak kecik nih...

P/s : adakah anda salah seorang dari fan page ini...juga ada ke fan page benci maya lak?ish..sudah-sudah la yer..hihi

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics