April 3, 2010

[Trailer] Lagenda Budak Setan,Dari novel kini Di Filemkan


Ada apa dengan Lagenda Budak Setan.. Kalau aku tak baca betul-betul daripada entri-entri yang telah diupdate oleh Knizam dan Rotikaya pasti aku terlepas mengenai filem ini walau dah dipublishkan di salah sebuah fan page favourite aku? Pasti ada yang pernah dengar tajuk di atas malah dah pernah baca dulu…sebab novel hasil tulisan ahadiat akasyah ini dah lama berada di pasaran kan? Lama tuh..pernah baca tapi bukan yang ini rasanya…


Membuatkan aku terus berminat melihat sediri trailernya yang sudah sedia ada di youtube dan seperti biasa loading yang amat lama gila, internet ini pon seperti komuter bila hujan pasti lambat? Lagi senang kasi sedut guna…..IDM atau yang sewaktu dengannya..Lagi feel nak tengok kan… Dari apa yang aku faham, sudah pastilah berkaitan cinta..nak lagi faham tanyer mereka yang dah baca sampai habis novel tersebut, lagi best kalau dah dah khatam entah berapa ratus kali membacanya..


Memang menarik sungguh…tambahan pula dilakonkan oleh Lisa Surihani,Farid Kamil,Raja Farah dan…tu je lah yang aku nampak dalam trailer tersebut. Betul-betul feel kan…meh sini tengok sendiri video yang dah di youtubekan..



Sebab yang menguatkan lagi kenapa ia best sangat,baca lah komen blogger ini :

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi. 

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.
Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.
Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice!

credit :rotikaya


 Adakah ini endingnya?....apa kata korang? aku kata menarik sangat...korang???


P/s : Saper pernah baca novel lagenda budak setan nih???Nak pinjam boleh??.....


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics