Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

April 16, 2010

[Filem] Hooperz - Lelaki Pon Boleh Tengokkan?


Sinopsis :

Filem hooperz mengisahkan kehidupan 7 orang remaja perempuan bermain dalam sebuah pasukan bola jaring.Menjadikan gelanggang bola jaring sebagai tempat melepaskan rasa bosan terhadap rutin kehidupan mereka.Lantas membentuk kumpulan mereka yang dinamakan Hooperz.


Malangnya,pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang berpunca dari masalah peribadi masing-masing,hinggakan sukar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.Dari filem ini juga dapat dilihat akan kesungguhan setiap ahli pasukan 'Hooperz' dalam menghadapi dugaan serta sesuatu yang lucu dalam perjalanan mereka ke untuk sampai ke peringkat akhir pertandingan bola jaring tahunan.






Dibintangi oleh :

Atilia - watak sebagai Intan Nor Saina
Melissa Maureen Rizal - watak sebagai Wan Zulaikha
Nur Zazleen Zulkafli - watak sebagai Aj
Juliana Evan - watak sebagai Nino
Anita Baharom - watak sebagai Saidatul
Akma AF - watak sebagai Azwa
Dawn Jeremiah - watak sebagai Azwa
Amy Mastura - watak sebagai Jurulatih
Adibah Noor - watak sebagai Jurulatih


P/s : Lelaki pon boleh tengok kan???nantikan 22nd April nih...

[Sambung Baca...Disini]

April 3, 2010

[Trailer] Lagenda Budak Setan,Dari novel kini Di Filemkan


Ada apa dengan Lagenda Budak Setan.. Kalau aku tak baca betul-betul daripada entri-entri yang telah diupdate oleh Knizam dan Rotikaya pasti aku terlepas mengenai filem ini walau dah dipublishkan di salah sebuah fan page favourite aku? Pasti ada yang pernah dengar tajuk di atas malah dah pernah baca dulu…sebab novel hasil tulisan ahadiat akasyah ini dah lama berada di pasaran kan? Lama tuh..pernah baca tapi bukan yang ini rasanya…


Membuatkan aku terus berminat melihat sediri trailernya yang sudah sedia ada di youtube dan seperti biasa loading yang amat lama gila, internet ini pon seperti komuter bila hujan pasti lambat? Lagi senang kasi sedut guna…..IDM atau yang sewaktu dengannya..Lagi feel nak tengok kan… Dari apa yang aku faham, sudah pastilah berkaitan cinta..nak lagi faham tanyer mereka yang dah baca sampai habis novel tersebut, lagi best kalau dah dah khatam entah berapa ratus kali membacanya..


Memang menarik sungguh…tambahan pula dilakonkan oleh Lisa Surihani,Farid Kamil,Raja Farah dan…tu je lah yang aku nampak dalam trailer tersebut. Betul-betul feel kan…meh sini tengok sendiri video yang dah di youtubekan..



Sebab yang menguatkan lagi kenapa ia best sangat,baca lah komen blogger ini :

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi. 

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.
Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.
Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice!

credit :rotikaya


 Adakah ini endingnya?....apa kata korang? aku kata menarik sangat...korang???


P/s : Saper pernah baca novel lagenda budak setan nih???Nak pinjam boleh??.....


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics