Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

April 16, 2010

[Filem] Hooperz - Lelaki Pon Boleh Tengokkan?


Sinopsis :

Filem hooperz mengisahkan kehidupan 7 orang remaja perempuan bermain dalam sebuah pasukan bola jaring.Menjadikan gelanggang bola jaring sebagai tempat melepaskan rasa bosan terhadap rutin kehidupan mereka.Lantas membentuk kumpulan mereka yang dinamakan Hooperz.


Malangnya,pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang berpunca dari masalah peribadi masing-masing,hinggakan sukar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.Dari filem ini juga dapat dilihat akan kesungguhan setiap ahli pasukan 'Hooperz' dalam menghadapi dugaan serta sesuatu yang lucu dalam perjalanan mereka ke untuk sampai ke peringkat akhir pertandingan bola jaring tahunan.






Dibintangi oleh :

Atilia - watak sebagai Intan Nor Saina
Melissa Maureen Rizal - watak sebagai Wan Zulaikha
Nur Zazleen Zulkafli - watak sebagai Aj
Juliana Evan - watak sebagai Nino
Anita Baharom - watak sebagai Saidatul
Akma AF - watak sebagai Azwa
Dawn Jeremiah - watak sebagai Azwa
Amy Mastura - watak sebagai Jurulatih
Adibah Noor - watak sebagai Jurulatih


P/s : Lelaki pon boleh tengok kan???nantikan 22nd April nih...

[Sambung Baca...Disini]

March 26, 2010

[Filem] EVOLUSI KL DRIFT 2


Pasti ramai yang sudah tahu akan kemunculan filem Evolusi KL Drift 2 ini. Pertama kali aku melihat kereta-kereta drift seperti ini secara lebih lanjut lagi time Evolusi KL Drift yang pertama.. Memang banyak kereta-kereta seperti ini di Malaysia, cuma ia lebih kepada cara pemanduan biasa dengan setting-setting enjin mereka yang pelbagai untuk memberikan satu impak maksima terhadap kelajuan kereta serta pengubahsuaian / penambahan dari segi bodykit dan aksesori-aksesori kereta yang lain.


Aku sebenarnya masih belum tengok lagi Filem ini, cuma memberikan kamu semua review tentang sinopsi yang telah berjaya di copy paste dan pasti akan diberikan creditos kepada blog-blog tersebut. Ada yang menyatakan aksi-aksi kereta di dalam filem ini tidak masuk akal / logik akal..... Pendapat korang macam mana? Tengok dulu baru taw atau tunggu dvdrip saja seperti ?? haha....



Copy Paste :


Sinopsis Evolusi KL Drift 2 

Litar lumba kehidupan Zack dan Sham masih panas dengan geseran tayar-tayar episod cerita yang bertimpa pada iklim manusiawi yang sentiasa keras hati,sukar menunduk diri walau apa jua yang terjadi dalam diksi-diksi kompleksiti.

Status jaguh handalan pada litar perlumbaan haram sudah berubah menjadi jaguh lumba drift profesional bagi Zack.
Bagi Sham pula,cita-citanya untuk menjadi drifter telah terkubur setelah diragut oleh tragedi malang yang menimpanya sehingga dia menjadi tempang berteman tongkat sebagai bantuan. Denyut nadinya menghambat hangat membawa kenangan berdarah sebagai dinding pemisah jiwanya dan jiwa Zack.

Prasyarat agar diajarkan ilmu drift dijadikan sebagai persetujuan untuk Sara berkerja sebagai mekanik di bengkel Zack.

Joe terselamat dari kemalangan yang lepas tanpa diketahui sesiapa seawalnya. Saga dendam episod dua jelas tertera pada raut wajah Joe yang kini berparut.

Pihak polis gagal mencungkil rahsia yang mampu dijadikan bukti agar Carl ditahan dan dikenakan hukuman.Lantas dia dibebaskan dengan amaran keras dia akan dipantau pada setiap anjakan masa.

Joe dan Carl bersatu semula membina empayar dari keruntuhan silam.Dendam pada Zack dan Sham ingin segera dilunaskan namun mereka sedar,empayar perniagaan dadah di kota metropolitan Kuala Lumpur perlu dikuasai terlebih dahulu agar dengan kuasa yang mereka ada,mereka mampu menakluk semua strata masyarakat kota bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan Zack dan Sham.

Beberapa kes pembunuhan telah dikenal pasti berlaku di beberapa lokasi yang disyaki merupakan ‘sarang’ aktiviti Joe dan Carl.Inspektor Azmi telah membuat penyiasatan terperinci dan semua bukti yang diperoleh seolah cebisan-cebisan gambar yang mampu disatukan,membentuk wajah kejam Joe dan Carl.

Hubungan Zack dan Sara makin intim.Dalam diam,Zack menaruh hati pada Sara.
Antara Zack dan Sham pula,hubungan mereka baik namun jelas masih ada rasa yang bersisa pada jiwa Sham yang masih tidak mampu diterka.Dia sering emosi dan mudah berkecil hati ekoran rasa cemburu pada kejayaan Zack menjadi jaguh lumba drift profesional.Tanpa jemu,Zack menggunakan pelbagai cara untuk mengambil hati dan meraih kepercayaan Sham pada dirinya semula.

Dalam masa yang sama,Inspektor Azmi cuba mendekatkan diri dengan Zack,dengan harapan agar Zack mampu membantunya dalam penyiasatan.Namun Zack sudah serik dengan semua insiden yang telah terjadi sebelum ini dan enggan memberikan kerjasama kepada Inspektor Azmi.

Tanpa dijangka,Zack telah diperangkap oleh Joe dengan penemuan dadah oleh pihak polis di bengkelnya.Tanpa berfikir panjang,Zack melarikan diri kerana takut dituduh bersalah.Sara menjadi pendamping setia Zack dalam semua keributan yang berlaku.

Sham diasak dengan pelbagai pertanyaan dalam siri soal siasat yang dilakukan oleh Inspektor Azmi.Dia menyebelahi Zack dan tidak memberi maklumat mengenai kehilangannya bersama Sara.Keadaan menjadi lebih cemas apabila Sham diculik oleh Joe dan Carl.Dia dibelasah teruk dan diseksa habis-habisan agar memberitahu di mana Zack sebenarnya berada.

Zack diburu oleh polis dan Joe..Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini..

Adakah mereka mampu mencecah garis penamat tanpa sebarang komplikasi..Sama-sama kita saksikan..

Ketatkan tali keledar anda dan rasai gegarannya dalam pusingan drift pada layar EVOLUSI KL DRIFT II.

Pelakon-pelakon Utama EKLD 2:

Zack - Syamsul Yusof
Sham - Farid Kamil
Sara - Scha Al Yahya
Joe - Aaron Aziz
Carl - Shaheizy Sam
Inspektor Azmi - Remy Ishak








Juga : credit

Anwar Fazal Abu Bakar

(picture) : The Hitman Nazri


P/s : 25 mac 2010....drift....drift....!

[Sambung Baca...Disini]

March 15, 2010

[Filem] Kamsah - V3 Samseng Jalanan

aiyakkkk.....!amik ko....sepakan jarak dekat....

Itulah dia serba sedikit mengenai watak Kamsah ek yang di lakonkan oleh cik Lisa Surihani kita...Berbeza kali ini kerana ia agak antagonis (jahat ) dan menyeramkan. Filem arahan pertama Hero remp-it, Farid Kamil ini dah pon keluar dekat panggung wayang berhampiran rumah korang... Banyak yang memberikan komen yang agak positif + negatif dan juga negatif ++...... Ada yang menyatakan jalan cerita ketika di KL agak kelam kabut dan tidak tersusun di samping shot-shot camera yang agak kabur....serta aksi-aksi stunt yang tak masuk dek akal... Pasti mat-mat rempit champion di kawasan masing-masing sedang praktis aksi-aksi tersebut untuk di pertontonkan pada perlumbaan akan datang..yang pasti datang pasti lah radiocar (kete peronda polis)...

Biarlah sebab setiap orang ada pendapat dan aku juga rasa nak sangat tengok filem nih...tunggu dvd rip ajalah ye...nak pergi wayang takda partner tak besh...kalau geng confirm semua sibuk dengan kerja dan sesi pembelajaran menuju puncak mereka masing-masing.. Tunggu sajalan dvd rip yang akan keluar..... bila??? Aku sekadar suka tengok cerita ini sebab lisa surihani pegang watak jahat walau sekadar make-up, dari trailer nampak memang jahat kot....! Aku sokong beliau....!




Wajah-wajah lain Kamsah (Lisa Surihani ) :



Dan Juga Gambar terbaru Lisa Surihani (laman sosial facebook) :






Sinopsis : Copy & Paste (mygosip.com)

REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. 

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu  telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.

Tajuk Filem:
V3 Samseng Jalanan
Pengarah:
Farid Kamil
Penerbit:
David Teo
Pelakon V3 Samseng Jalanan:
Farid Kamil
Bront Palarae
Aqasha
Radhi (OAG)
Intan Ladyana
Lisa Surihani
Shaharuddin Thamby
Wan Nor Azlin
Adam Corrie Lee
Shah Kassim
Mohd Hafiz

P/s : tak kisah pon scene hisap rokok...hanya dalam Filem saje kan???.....lain lah dengan ..........!






[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics