March 15, 2010

[Filem] Kamsah - V3 Samseng Jalanan

aiyakkkk.....!amik ko....sepakan jarak dekat....

Itulah dia serba sedikit mengenai watak Kamsah ek yang di lakonkan oleh cik Lisa Surihani kita...Berbeza kali ini kerana ia agak antagonis (jahat ) dan menyeramkan. Filem arahan pertama Hero remp-it, Farid Kamil ini dah pon keluar dekat panggung wayang berhampiran rumah korang... Banyak yang memberikan komen yang agak positif + negatif dan juga negatif ++...... Ada yang menyatakan jalan cerita ketika di KL agak kelam kabut dan tidak tersusun di samping shot-shot camera yang agak kabur....serta aksi-aksi stunt yang tak masuk dek akal... Pasti mat-mat rempit champion di kawasan masing-masing sedang praktis aksi-aksi tersebut untuk di pertontonkan pada perlumbaan akan datang..yang pasti datang pasti lah radiocar (kete peronda polis)...

Biarlah sebab setiap orang ada pendapat dan aku juga rasa nak sangat tengok filem nih...tunggu dvd rip ajalah ye...nak pergi wayang takda partner tak besh...kalau geng confirm semua sibuk dengan kerja dan sesi pembelajaran menuju puncak mereka masing-masing.. Tunggu sajalan dvd rip yang akan keluar..... bila??? Aku sekadar suka tengok cerita ini sebab lisa surihani pegang watak jahat walau sekadar make-up, dari trailer nampak memang jahat kot....! Aku sokong beliau....!




Wajah-wajah lain Kamsah (Lisa Surihani ) :



Dan Juga Gambar terbaru Lisa Surihani (laman sosial facebook) :






Sinopsis : Copy & Paste (mygosip.com)

REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. 

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu  telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.

Tajuk Filem:
V3 Samseng Jalanan
Pengarah:
Farid Kamil
Penerbit:
David Teo
Pelakon V3 Samseng Jalanan:
Farid Kamil
Bront Palarae
Aqasha
Radhi (OAG)
Intan Ladyana
Lisa Surihani
Shaharuddin Thamby
Wan Nor Azlin
Adam Corrie Lee
Shah Kassim
Mohd Hafiz

P/s : tak kisah pon scene hisap rokok...hanya dalam Filem saje kan???.....lain lah dengan ..........!






blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics