Follow @pistonpecah
April 11, 2010
Saya Perlukan Faktor 'X' Untuk Masa Hadapan
Pernah dengar soalan sebegini??? " Apakah kekuatan dan kelebihan diri anda"??? Pasti masing-masing akan menjawab.. "Saya merupakan seorang yang minat belajar tentang sesuatu yang baru, mampu memahami sesuatu kemahiran dalam jangkamasa yang singkat, tidak jemu dan putus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah"... Pasti itu adalah jawapan yang mungkin terbaik boleh diberikan untuk kita menyakinkan seseorang itu agar memilih kita.
Dalam setiap kehidupan kita, perlu untuk kita menonjolkan apa yang terpendam di dalam diri...tidak kiralah dalam bentuk apa pon..Mungkin ada yang pandai dari segi pembelajaran - teori yang beratus muka surat....praktikal yang yang mungkin selama setengah tahun atau sekadar 2 minggu sahaja... Yang pandai dari segi pengalaman hidup - hidup dalam kesusahan membuatkan mereka lebih tabah dan gigih untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bentuk, asalkan halal.... cuma, aku tergolong dalam golongan yang mana satu???
Saya rasa seperti kosong...empty...terkadang juga seperti tidak berguna, useless...!
P/s : luahan rasa saya yang masih keliru....
Follow @pistonpecah
blog comments powered by Disqus