Showing posts with label pistonpecah. Show all posts
Showing posts with label pistonpecah. Show all posts

April 23, 2010

Selamat Tinggal Legasi Piston Pecah


Sekejap rasanya sudah hendak masuk ke bulan Mei...tik..tok..tik..tok dalam diam-diam saja sudah genap setahun rupanya berlalu tanpa saya sedari. Memang masa berlalu dengan pantas tanpa disedari bila diri ini dalam keadaan yang tidak tertekan dengan aktiviti seharian dan juga rutin-rutin yang satu masa dulu dianggap beban dan memenatkan sehingga boleh mengira waktu dan masa yang dirasakan terlalu lama untuk berlalu... Itu Kisah Dulu... memori 3 tahun ketika bergelar pelajar dulu, saya cuma mahu ingat suka dan duka sahaja?Duka? Duka bersama sahabat sejati...Susah dan Senang bersama ketika bergelar pelajar ketika itu...

Tempoh setahun ini dari bulan Mei 2009, saya banyak menghabiskan masa bersama blog ini. Tiada apa yang mahu dibuat selain blog..blog..blog...! Dari satu masa dulu yang berwarna hitam ke warna putih...dan kini berwarna oren.... Cukuplah sekadar sampai di sini sahaja, nanti yang mengikuti blog ini akan keliru dengan perubahan yang selalu dibuat... Selamat Tinggal Legasi Piston Pecah...bermula dari Sabtu 24 April 2010 hingga Isnin 26 April 2010.... Korang ingat aku nak tutup terus blog ke hapa?Gila lah sanggup buat gitu, blog ni baru nak warming up aka panaskan badan nih...rugi, usaha perlu diteruskan....!

Sebab apa bermula dari hari sabtu sampai isnin??? Sini lihat di sini....

Ini bukan iklan sebenar...iklan sebenar dalam surat khabar,dah hilang abang aku pi bawak tempat kerja lak!

Pada Sape-sape yang masih mencari kerja atau berminat dengan kerja-kerjaan boleh lah datang ke Danga City Mall pada 24 & 25 April 2010.... Ada satu pameran kerjaya/expo atau pon datang je lah...Ada juga temuduga terbuka diadakan di sana..Jom pergi... Juga pada bro Xpo ada kaitan kot...haha!

Juga satu lagi event khas untuk orang Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya....


Karnival Jom Heboh Johor Bahru 2010....
24 & 25 April 2010
Danga Bay, Johor Bahru....


Dan lagi satu.... Hari isnin nih....Rasa malas nak gi...tapi pegi ajalah...!


Konvokesyen Ke- 12 Politeknik Johor Bahru....
Saya konvo pada 26 April 2010...
Sesi Januari 2009... Diploma Kejuruteraan Elektronik....Akhirnya dapat jugak diploma yek!Yeaaaaah!!!!!

P/s : Selamat Datang Kembali Legasi Piston Pecah...hari selasa nanti lah....! Tapi AdaMaya takkan miss tengok punya lah...! 

[Sambung Baca...Disini]

December 13, 2009

Cyril Simple Magik...Mata aku kabur kot....

Magic...Silap Mata....Sape tak pernah tengok?Mase time sekolah siap nak jual lagi peralatan-peralatan untuk buat magic (mendedahkan helah sebenar)......Baru-baru ni tengok kt channel AXN betapa hebatnya magic yang mamat nih buat Cyril Takayama dekat malaysia dan singapura kot...Tensi aku tak dapat cari video die dekat Youtube sebab masalah hak cipta terpelihara...."ko memang terror ah bro...aku pon tak dapat pikir trick ape ko pkai...". Ada mende-mende tu ke???sememangnya nama pon silap mate....(mesti ada helahnya)...


Video promo jek...Cume tang anak ayam kuar dari telur tuh musykil cikit...



P/s : kalo piston moto aku pecah boleh buat magik kasi dia balik macam asal tak???Kalo dapat nak piston kriss baru mantap cikit...hua3


[Sambung Baca...Disini]

September 28, 2009

Ape barang 3g...amik nih aku bagi 8g(awek2 mesti baca)

8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

tp yg no.8 ni susah sikit hehehe......
[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics