Showing posts with label harga rokok 2010. Show all posts
Showing posts with label harga rokok 2010. Show all posts

January 2, 2010

Cinta Itu Memang buta...Nasib baik awek tu tak lompat...


Salam hujung minggu...salam tahun baru 2010 yang masuk hari ke-2 hari ini.....

cinta itu buta???memang lah buta kan...kerana cinta sanggup korban apa sahaja, tetapi tidak sampai terkorban maruah diri dan keluarga....kerana cinta juga seseorang itu mampu berubah dari yang baik kepada buruk? dari yang malas kepada rajin?


aku nak cerita mengenai tafsiran cinta memang senang...taip sahaja di dalam enjin pencarian google -" ko tau ape itu google" .....berlambak keputusan/result mengenai carian berkaitan cinta (kecuali 18sx)....aku pon masih mencari cinta tapi....

Jangan jadi seperti di bawah ini....ini bukan cinta, tapi cari penyakit...!

KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.

Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.


P/s : carilah cinta yang lebih diberkati dan direstui orang tua...kalau kau pilih jalan yang salah , terumbang-ambinglah kehidupan selepas itu.....


[Sambung Baca...Disini]

January 1, 2010

Parking ikut suka hati...orang lain jugak yang susah nanti.

Sumber :Berita Harian

Salam tahun baru 2010....mulakan hidup dengan kisah yang baru,sikap yang baru? dan apa sajalah yang baru janji tak membazir...cuma tang sikap yang berkait dengan entry nih mungkin tak ada kesudahannya...sebelum ini pon aku pernah jumpa situasi begini dan pernah mempostnya kat blog nih....satu masalah sikap segelintir masyarakat di Malaysia nih bila jumpe parking kereta...kalau motosikal tak kisah...boleh main "drift" atau seret-seret tayar jek pon still boleh keluar dengan tenang dan aman dari tempat parking...



Biasa yang bermasalah parking bila jumpe jenis parking tegak dan juga parking sisi (pernah buat masa amik lesen kan)...jenis-jenis malas nak parking kasi masuk ikut line putih terang benderang tuh dan juga supaya bontot kete tak terjulunq ke tengah jalan raya yang sememangya makin lama makin kecil sebab "kete kancil parking macam lori"...sori kalau terasa....aku pon kadang-kadang cuba cover supaya orang lain still boleh lalu-lalang tanpa mencalarkan dan menyebabkan bumper dan sirkit??yang kt bahagian depan tuh dari terlanggar...ceh...!


Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.

Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.

Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.

Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.



P/s : hari-hari aku jumpe kes macam nih...bukan dekat tempat parking jek, depan rumah aku pon camtuh...rumah sebijik kereta sampai 3-4 bijik...kasi parking sampai luar gate, memang susah nak lalu...sabar je lah yek...."sabar itu separuh daripada iman"...


[Sambung Baca...Disini]

Ingin Kelihatan Awek muda???


 10 peraturan atau syarat kelihatan awek muda (nampak muda la..)


1.Membuang angka-angka yang tidak penting merangkumi umur,ketinggian dan berat (berat sangat bahaya plak).Biarkan doktor yang risau akan keadaan itu,"itulah tugas mereka"...

2.Berkawan dengan mereka-mereka yang ceria sahaja...The grouches pull you down.(tolong translatekan untuk aku)...

3. Terus belajar. Belajar tentang komputer, kraf tangan, berkebun,apapun. Jangan biarkan otak menganggur. "Sebuah pikiran menganggur adalah bengkel Syaitan." Dan nama Syaitan Alzheimer.(translate dari google translate).

4.Merasa seronok walaupon dengan sesuatu yang biasa/simple...Jangan tension-tension.

5. Ketawa dengan kerap, dengan kuat dan sampai mengilai-ngilai...sampai termegah-megah dan kuar air mata..seronok sangat la tuh.

6.Kesedihan melanda diri, bertahan,berduka dan terus maju ke hadapan.Satu-satunya yang menjadi penguat diri selama kita hidup adalah diri sendiri...Be ALIVE while you are alive

7. Sibukkan diri sendiri dengan sesuatu yang digemari samaada bersama dengan keluarga,binatang peliharaan,kenangan indah,muzik,berkebun atau menanam bunga atau hobi-hobi lain.Jadikan rumah sesuatu tempat yang menyeronokkan.

8. Menjaga kesihatan diri, sekiranya dalam keadaan baik,kekalkan ia.Sekiranya dalam keadaan sebaliknya,tingkatkan ia...jika tidak mampu tingkatkan ia dapatkan bantuan dari mereka yang pakar.

9. Jangan pergi berjalan ke tempat yang mendatangkan rasa keresahan dan menggugat keceriaan dalam diri.Berjalan ke saja ke pusat membeli belah atau ke negara lain - luar negara asalkan tidak ke tempat-tempat yang sunyi serta menyedihkan.

10. Sentiasa menyatakan rasa sayang pada mereka-mereka yang korang sayang sangat setiap kali mempunyai peluang tersebut.


P/s : hidup bukan diukur oleh jumlah nafas yang diambil,tapi diukur oleh setiap detik kehidupan yang memuatkan nafas kita pergi.


[Sambung Baca...Disini]

December 31, 2009

Senarai...List entry pilihan tahun 2009 saje


Aku pon nak kongsi jugak senarai entry sepanjang 2009...tak banyak sangat boleh tapi still berada pada tahap yang tidak membosankan untuk membacanya...


Petua & Tips :


[Sambung Baca...Disini]

Walaupun kau besi...Top ranking of the year 2009

Tahun baru akan tiba dan meninggalkan segala kenangan pada tahun 2009 ini...tak banyak kenangan 2009 cumalah kebebasan daripada bergelar student poli....hoho...memang besh...aku bagi korang semua koleksi nih...kereta-kereta sport dari ranking 1-20 yang terbaik dari segi model dan rekabentuknya juga yang penting kelajuannya....slm tahun baru semua yek....still counting???jangan main sabun sudah...!



1. Paling wow sekali jatuh kepada Shelby Supercars dan 257mph SSC Ultimate Aero. (413.60Km/hr)



2.Sapa kata bugati veyron paling laju????dah jatuh ranking beb...!(403Km/hr)


3.Porsche 9ff GT9 adalah salah satu dari 3 buah kereta yang mampu mencecah  kelajuan 250mph (402 Km/hr)




4.Kereta buatan Amerika Syarikat Saleen S7 mampu mencecah 248mph. tak masuk akal kan...(399Km/hr) *



5.Lihat dari luaran Koenigsegg CCX saja sudah diketahui ia mampu mencecah kelajuan 245mph.seram ke design dia??? (394Km/hr)


6.F1 McLaren melakukan 240mph 17-tahun yang lalu! Hanya menunjukkan seberapa besar
kejuruteraan keajaiban itu. (386 Km / jam)




7.Sebelum ini  standard Apollo tidaklah laju (atau buruk),berbanding kelajuan Gumpert Apollo selaju 230mph  sekarang ini. (370Km/hr)


8.Kejuruteraan Edonis menjalankan naiktaraf sehingga 680bhp daripada quad turbo 3.7litre V6 untuk mencecah kelajuan 227mph. (365 Km/hr)


9.Gumpert Apollo ,namanya mungkin sedikit kelihatan agak janggal, tetapi berapa banyak kereta mampu mencapai kelajuan ini... 224mph? ...


10.Buatan British Ascari A10 menggunakan setting BMW V10 untuk mencapai kelajuan 220mph. (354
Km/hr)


11.Kelajuan yang sama dengan keluaran sebelum ini,terbaru Ferrari Enzo, dinamakan berdasarkan pencipta Ferarri.


12.Mungkin bukan menjadi pilihan,tetapi  Jaguar XJ220 masih mampu mencecah 217mph. (349 Km/hr)



13.Lamborghini ' s Italian neighbour Pagani telah mencapai kemajuan dengan kelajuan memberangsangkan, 215mph - Zonda F. (346 Km/hr)

14.Keluaran Terbaru Lamborghini Murcielago SV lebih ringan,kukuh dan kelajuan sehingga 213mph, lebih laju (342 Km/hr).


15.Retro-Rekaan Ford GT masih digunakan selaras dengan kemodenan supercharged 5.4-litre V8 untuk mencecah 212mph. (341 Km/hr)


16.Kereta sport keluaran Itali 211mph Lamborghini Murcielago LP640. (339 Km/hr)


17.One Dodge Viper V10 + an eccentric British coach builder = the 525bhp, 210mph Bristol Fighter. (337 Km/hr)


18.Mercedes McLaren SLR mencapai kelajuan 207mph. Dan juga ia Gear Automatic. (333 Km/hr)

19.Kelajuan sehingga 205mph Porsche Carrera GT merupakan kejuruteraan Stuttgart yang terbaik.(329
Km/hr)

20.204mph, 621bhp Bentley Continental Supersport merupakan model terpantas dan terlaju dalam keluarannya.(328 Km/hr)


P/s: inikah azam baru aku???korang???mungkin kalau aku 10 tahun lagi kot belum tentu...

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics