Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

March 7, 2011

Jangan Lari Dari Masalah, Cuba belajar Untuk Selesaikan


Masalah... Datang dan pergi, datangnya selalu,setiap hari tak kira masa,tempat dan situasi. Time menulis entri ini, memang terasa beban sangat kot masalah kali ini. Zaman-zaman baru dapat harta kan, harta yang paling susah untuk aku nak dapatkan, mak bapak pon gerenti tak boleh bagi.. Semunya kene datang dari diri sendiri.Untung ada pinjaman masa-masa belajar dulu kan. Cukup nak beli sebijik kuda kepang.


 Disebabkan tahap jakun sangat, pandai-pandai ubah suai, kasi setting itu ini... Perginya pon entahlah, sendiri rasa puas kadang-kadang cuma makan asap je. Betapa mudahnya aku buat semua tu, memang pikir panjang, tapi biarlah masa berlalu. Dah tiba masanya dia buat hal, baru fikir ape nak buat, pening kepala lah sebab risau berapa banyak nak kene keluar. Tambah-tambah lagi, gaji sekarang belum naik, tunggu bulan Mac nanti. Itu pon takut kalau masih tak cukup. Hari-hari berasap, mana nak cukup.. sekali asap mau habis RM 10.00, belom campur makan minum lagi.

Sekarang dah fikir dengan tenang, ape nak jadi pon kene maintain dulu... Tunggu cuti panjang - 2 hari je, baru pergi balik tempat terakhir ketika peristiwa terakhir terjadinya masalah tu. Mungkin ada kesilapan masa memasang kot, bukan nak kata pomen dekat situ tak terer dan hebat, cuma kenyataannya memang 'YA'... Harap-harap kuda kepang aku dapat bertahan, malu kot nak tolak agak-agak kalau semua minyak dah tumpah kot. Muka tak hensem, menolak lagi...jatuh lagi saham kan....! Aku cuma ganti mende nih je, kalau ada rosak yang lain, memang kene sediakanlah belanja sebulan punyer untuk kuda kepang je...memang tak berasaplah beberapa minggu nie kan!... Sedih btol lah....


P/s : Duit oh duit, duit senang dicari... tapi makin dicari, makin tak cukup?

[Sambung Baca...Disini]

December 15, 2010

Makan menggunakan tangan,bukannya sudu dan garfu?


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya : Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?” Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain.

Katanya:

“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:”

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Credit : Pakcik Google

P/s : Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.

[Sambung Baca...Disini]

July 25, 2010

Kipas Angin Tanpa Bilah


Dyson,mereka cipta sebuah kipas angin tanpa satu elemen penting pada sesebuah kipas angin iaitu bilah.kipas ini memberikan kelajuan angin 15 kali lebih laju berbanding kipas angin biasa,juga terdapat keistimewaan lain seperti aliran angin terus menerus,memberikan kita sumber angin yang segar tanpa gangguan.

Tetapi bagaimana terhasilnya angin tanpa bilahnya?Tipu muslihat ini dapat dilihat pada bahagian atas kipas,kerana bilah tersebut ada di dalam seperti di dalam gambar ini :


Original :


Dyson is a fan home fan is characterized by that it does not contain the most important characteristic of any fan, the blades!! Although it is this "fan" to accelerate the air that passes through them for more than 15 times faster than regular fans, not only this but also offers continuous, uninterrupted stream of fresh air!

But how come the air without blades? The trick is that you see in the box at the bottom of the fan, because the
blades are inside as you see in this picture:

Moving blades that engine capacity of 40 watts is paying for the air to the large plastic window which, in turn speed up the air inside the private channels to air out the window length of plastic air stream in the form of
continued strong contrast to the regular fans:

Fan made regular stream of hesitant air as the status codes for arming, and fan Dyson Vtkdk steady constant flow of air regardless of the status codes for arming, because they do not have any codes! We had talked then about expectations that the success of the product because of the high price of 300 dollars, times the price can buy by any fan! But the surprise was the Declaration of the British inventor James Dyson for a 300% increase in sales of those fans from last month. Not only that, but Dyson took advantage of growing fears of a summer hotter than Bmentgen new:

Says Dyson air conditioning does not offer good solutions because of poor ventilation (as he says!) And because of the difficulty to install and consume too much electricity, so it made rotor new to competitive air
conditioners through the ability to accelerate the air 18 times within the private channels to come in the form of fresh air with the consumption of a few electricity! Not only that, but can these fans out 405 liters of air per second!Consists of producers of the new AM02 Tower:

A linear fan reaches a height up to a meter thick, while for 19 cm only and are thus suitable for narrow spaces, and you can withdraw 33 per liter of air per second and sped up 16 times.
The second is the fan AM03 Pedestal: Changes in height between 1.2 meters and 1.4 meters and fit large spaces, and you can withdraw 33 liters of air and accelerated 18 times.

Two new Almrouhtan will be available in the UK soon and will be priced at 449.99 dollars (the price of air conditioning)!!

It is worth mentioning that the fact that the Dyson Pachtraath technological empire, which has more than 190 million euros, and has become one of Britain's richest people with a personal fortune of more than 500 million
euros!




P/s : mana nak cari?owh...teknologi!

[Sambung Baca...Disini]

July 19, 2010

Israel dan juga Zionisme


Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi. Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini bersabit dengan negara yang dipanggil negara Israel. Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.

Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine. Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar. Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang mempengaruhi masyarakat Eropah. Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?

Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah P Syria, Turkey. Libanon , Mesir termasuk Palestine. Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.

Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib. Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis. Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. 


 Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian. Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite? Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama. Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warag berbangsa semite. Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa. 

Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negar Arab. Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British. "His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."[

Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour. Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British. Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahulu sebelum tertubuhnya Israel. Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.

Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua. Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi. Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi
berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.

Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine. Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya. Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler. Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat. Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler. Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.

Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka. Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi. Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi beragama dan budaya yang sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan. Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika. 

Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya. Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi bari dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah. Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian.

Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama. Malah pandangan sebagijni akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa merka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.

sumber : google

P/s : menindas dan ditindas....!

[Sambung Baca...Disini]

June 26, 2010

Love Vs Marriage

Image : Google

"Love VS Marriage"

Love is holding hands in the street
Marriage is holding arguments in the street

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant
Marriage is a Chinese take-out

Love is cuddling on a sofa
Marriage is deciding on a sofa

Love is talking about having children
Marriage is talking about getting away from children

Love is going to bed early
Marriage is going to sleep early

Love is a romantic drive
Marriage is a tarmac drive

Love is losing your appetite
Marriage is losing your figure

Love is sweet nothing in the ear
Marriage is sweet nothing in the bank

Love is a flickering flame
Marriage is a flickering television
Love is 1 drink and 2 straws

 Marriage is "Don't you think you've had enough!"

In short,
Love is blind,
Marriage is an eye opener

credit : kiriman email (google)

P/s : begitu ker?pendapat anda?
[Sambung Baca...Disini]

June 24, 2010

Dia Wanita & Juga Terkuat Di Dunia


Varya Akulova , juga digelar 'girl hercules' berupaya mengangkat berat sehingga 350 kg sedangkan beratnya cuma 40 kg dan dia juga merupakan gadis terkuat di dunia.Fakta ini telah disahkan sebanyak dua kali oleh Guinness Book of World Records.

Otot-otot Varya Akulova adalah agak sukar untuk dilihat tetapi mempunyai kuasa yang agak hebat, menerusi badan dan bertindak seperti urat otot.Menurut Varya, "saya berharap supaya boleh menjadi lebih tinggi, setinggi 190 cm dan menambahkan berat badan sehingga 100 kg, seperti ayahnya." Walaupun menjalani senaman angkat berat setiap hari, Varya merupakan pelajar terbaik di dalam kelas.Sekarang ini berada di gred 7.


Gambar-Gambar lain Varya Akulova :





P/s : Apalah rahsia dia ek?makan apa nih?bayam?


[Sambung Baca...Disini]

June 7, 2010

Posisi Ketika Tidur Dan Maksud Disebaliknya


Tidur dengan menutup dari hujung kepala hingga kaki dengan selimut/gebar :

- Anda mungkin merupakan seorang jejaka yang macho di khalayak ramai.Tapi jauh di dalam hati, anda adalah seorang yang pemalu dan lemah.
-Anda lebih gemar untuk menyimpan berbagai-bagai rahsia.Sekiranya dilanda masalah, anda lebih suka memendamkan saja dan ego untuk meminta pertolongan.



Tidur dengan tangan dibelakang kepala :

- Anda merupakan seseorang yang bijak dan bersungguh-sungguh untuk belajar.Walaupon kadang-kadang anda mempunyai idea yang pelik yang dimana orang lain sukar untuk mengikutinya.
-Anda mampu menjaga keluarga dengan baik tetapi yang sukarnya anda sukar untuk menyanyangi orang lain.Mungkin agak memilih la tu!



Tidur dengan tangan dibelakang dan kaki bersilang

- Sesiapa yang tidur dalam posisi begini mungkin menjadi orang yang terlalu obses dan mendapati diri agak sukar dalam menerima sesuatu perubahan.



Tidur secara mengiring dengan kedua belah kaki ke atas :

- Pentingkan diri sendiri, cemburu dan dan hasad dengki merupakan perkataan yang dapat menggambarkan diri anda.
- Orang di sekeliling anda perlu berhati-hati dengan anda



Tidur secara mengiring dengan sebelah kaki ke atas :

- Kecenderungan menjadi orang yang cerewet, selalu mengeluh dan mengadu. Juga seorang yang gementar.Mudah tertekan dan terlebih gembira untuk sesuatu perkara yang remeh.
-Menjalani kehidupan bukanlah suatu yang sukar, belajar untuk lebih relax.



Tidur mengiring dengan baring di atas sebelah lengan :

-Berdasarkan penerangan tidur mengiring dengan kedua kaki ke atas, anda adalah seorang yang lemah lembut,bersopan santun,iklas dan penyayang?...
-Bagaimanapun,tiada siapa yang sempurna.Bina keyakinan dalam diri dan belajar untuk menerima kesilapan atau ketidaksempurnaan. Kebahagiaan akan datang dengan cara begitu.



Tidur mengiring baring atas satu sisi :

- Posture ini menunjukkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri. Anda akan berjaya dalam apa jua perkara yang diusahakan, atas usaha diri sendiri dan percubaan yang tidak putus-putus.



Tidur terlentang dengan tangan dan kaki terbongkang 

P/s : macam mengarut?Entri ini di tulis di kala Demam Melanda...Demam bola ker?

[Sambung Baca...Disini]

June 3, 2010

Amaran Kepada Pengguna Lebuhraya MRR2


* Entri Ini Berdasarkan Kiriman Email *

Pls Avoid using the MRR2 at area of Kepong and roads below at the affected places

Report By A Structural Engineer

Is this stale news? Are these pictures of fresh cracks? Most road users, though fully aware of the imminent danger, actually have no choice as there is no quicker alternative route.

To put it bluntly, can we say that the JKR has "intentionally" (because till to-date no actions or penalties have been taken against the Consortium who designed & constructed the MRR2) used public funds to create a LIFE threatening "time bomb" (may be equivalent,

if not greater, in magnitude when compared with C4 explosives) to "murder" road users. Let us wait and see who are the "unfortunate" ones who will be hit by this massive RUSSIAN ROULETTE. God bless the road users. They are the victims of the corrupters and the collaborators of this heinous conspiracy.

Bolehland has lots of "exciting" dangers which the goons have planned to endanger its citizens. The very recent incident of the collapse of cable suspension foot bridge (which should be simple engineering and construction)
is a classic example.




[Gambar] Bukti Kerosakan :





P/s : ish,betul ke tidak? Sila berikan kepastian...serammmm je.

[Sambung Baca...Disini]

May 19, 2010

[Contest] Key Kaspersky Internet Security 2010 Selama 1 Tahun


Pasti ramai yang tahu akan kelebihan menggunakan Antivirus di Komputer masing-masing.Lebih-lebih lagi jika berkongsi penggunaakn komputer tersebut dengan rakan-rakan yang lain ( bagi student IPTA/IPTS) sudah pastinya akan berlakunya cucuk mencucuk buntut USB komputer dengan pelbagai jenis dan kapasiti pendrive yang makin canggih di masa kini...

Canggih-canggih pon, lagi besar kapasiti pendrive tersebut maka makin besarlah risiko pada komputer yang menerimanya.Lebih ditakuti jikalau pendrive tersebut tidak pernah di scan dengan Antivirus bagi memastikan tiada sebarang kehadiran virus yang akan meranapkan sistem komputer tersebut. Tapi sekarang pon ada macam-macam jenis Antivirus dan setelah hampir 3 tahun saya bergelar student IPTA dulu, saya hanya mempercayai pada Antivirus jenis AVG dan juga Kaspersky.

Terbukti Kaspersky berkesan, cuma key selalu kene block...pirate lah katakan... Jadi, sapa yang nak key Kaspersky Internet Security selama 1 tahun marilah join contest yang ditaja oleh Mr Piratz

Syarat-syarat Penyertaan :

- Membuat Satu Entri Bebas mengenai contest ini di blog korang dan hantarkan Link Entri tersebut melalui ruangan komen di Link  Ini

- Follow twitter Piratz atau Like Fan Page ini di Facebook

- Korang mestilah mempunyai blog yang menggunakan platform Wordpress, Blogspot dan lain-lain. (Forum, Komuniti atau Laman Web tidak layak untuk turut serta)

Kontest ini akan berjalan selama 10 hari bermula dari 17 Mei hingga 26 Mei 2010.Pemenang akan dipilih melalui kreativiti penulisan pada entri tersebut. Pemenang akan diumumkan pada hari Khamis, 27 Mei 2010. Laman blog pemenang kedua dan ketiga akan diiklankan pada blog ini selama 3 bulan/lebih.

Top referal juga akan menerima habuan periklanan selama 3 bulan/lebih. Kepada kesemua peserta, link blog korang akan diletakkan pada bahagian Blogsphere jika masih belum ada. Jika ada individu yang ingin menaja hadiah lain untuk pemenang blog ini, boleh la hubungi  di alamat email ‘howdy[at]mrpiratz.com‘.

Untuk pertanyaan korang boleh terus hubungi  melalui Twitter Piratz atau melalui ruangan Hubungi Aku yang terdapat di bahagian atas blog ini.

P/s : Jom join kontest...saya dah tak fobia dengan kontest...errr

[Sambung Baca...Disini]

May 17, 2010

Kini Gigi Berfungsi Sebagai Handphone


Macam-macam ada sekarang kan??? Zaman Dah berubah, Dunia dah maju...Teknologi pon makin lama makin berkembang, makin maju dan kadangkala makin membuat kita rasa terkejut dengan apa yang tidak pernah terfikir dalam minda masing-masing akan betapa pesatnya teknologi membangun serta peralatan-peralatan baru yang tercipta dari kesan kemodenan teknologi.

Kali ini, terkejut lagi...Kalau dulu berkenaan telefon bimbit atau hanphone yang boleh bertukar fungsinya daripada sebagai salah satu alat telekomunkasi mobile atau mobiliti yang mudah untuk di bawak kemana sahaja.Ia berubah menjadi Telefon Bimbit - Senjata Api dari entri post sebelum ini.Cuma ia belum dikenalpasti samada pernah melepasi Lapangan Terbang di Malaysia.

Kali ini, berkenaan telefon bimbit lagi dimana ia boleh ditanam di dalam gigi manusia.Jadi ia berfungsi sama seperti telefon bimbit cuma perlu bercakap seperti biasa dan telinga kita akan mendengar suara dari orang yang kita panggil.Teknologi ini dicipta oleh Jurutera Dari British..dasat ker?


Original :
British engineers announced that they have received an organ can be grown in a phone mobile dental work is characterized by persistence and the difficulty removed

The device consists of engineers, designed by James Auger and Jimmy Loizou, one of two precise sends vibrations and the other receives radio waves planting within a dental surgery during normal dentist's
office.

The device was planted so far, but its inventors say the technology used has been tested and tested and which to install a fully functional mobile phone in a very short time.

According to Al Auger sound that goes up to age in the form of digital radio signals to the inner ear transmission resonance in the bones, this means that information can be received anywhere and anytime no one else can be heard.

That is more than the invention of the possibility that speculators have the latest stock prices of bonds and stock as they watched a film in the cinema and to receive confidential information from politicians, their
advisers during their answer to the questions of their opponents.

It is believed that the inventors of the device may become the first among a full range of non-medical equipment that can be cultivated within the human body.


P/s : kan best kalau ada dekat Malaysia... Ada Ker? maaf kerana ia berbahasa english...pening nak kasi translate.kalau translate pasti maksud dia pon korang tak faham kan?


[Sambung Baca...Disini]

April 27, 2010

Amaran Daripada Kementerian Kesihatan British


Ini adalah amaran dari Pihak Kerajaan Kementerian British berkenaan bahayanya mentol penjimatan kuasa. Mentol-mentol sebegini banyak digunakan dimana-mana sahaja tidak kira di kawasan kediaman, pejabat-pejabat mahupun kedai runcit dan pusat membeli belah. Harganya agaklah mahal tetapi kualitinya terbaik dari segi penggunaan kuasa elektrik yang sedikit mampu untuk memberikan pencahayaan yang terang dan terbaik.



Tetapi ada bahaya disebaliknya yang kita tidak ketahui. Ia amat berbahaya apabila mentol tersebut pecah atau retak kerana apa yang terkandung di dalamnya sangatlah berbahaya jika terdedah kepada sesiapa sahaja. Setiap orang perlu keluar dari tempat tersebut selama 15 minit kerana di dalam mentol itu terkandungnya bahan kimia seperti merkuri (beracun) dimana penyebarannya boleh menyebabkan migrain.


Original Entry : 

Warning from the British Ministry of health about Energy Saving bulbs

These type of bulbs which are called Energy Saving or low Energy bulbs, if it broken i t causes serious danger! As much that everybody will have to leave the room for at least 15 minutes.Because it contains Mercury
(poisonous) which cause migraine, disorientation, imbalances and different other health problems while inhalation.
 
And many people with allergies, causes them severe skin condition and other diseases just by touching this substance or inhaling it.

Also the ministry warned by NOT cleaning the debris of the broken bulb with the vacuum cleaner, because it would spread the contamination to other rooms in the house while using the vacuum cleaner again.

It must be cleaned through normal broom or brush and be kept in a sealed bag and thrown right away from the house in the ban for hazardous materials.

Notice: Mercury is dangerous, more poisonous than lead or arsenic!!!!

It is better not to buy/use it for your health and the environment.

P/s : bahaya ek???tapi tak pernah pecah lagi guna mentol nih...berjaga-jaga kerana ada bahayanyaa!!! 

[Sambung Baca...Disini]

April 21, 2010

Dakwat Printer Guna Pensil


Pelik tapi benar kot...itulah konsep printer atau pencetak ini...Dakwatnya boleh digunakan dengan pensil selain ia juga mesra alam...kenapa mesra alam..????

Printer atau pencetak ini mudah menukar dari isi kandungan ink printer laser kepada isi kandungan pensil.Jadi ia boleh dicetak dan dipadam.Kita juga boleh mengitar semula kertas yang sudah digunakan.Juga ada fungsi khas untuk menggiling pensil tersebut.


Cara lain bagaimana proses menjadikan pensil tersebut sebagai dakwat...Juga proses pemadaman supaya kertas yang sudah diguna boleh dikitar semula, seterusnya digunakan semula.


Proses sepenuhnya dari mula mencetak, memadam dan segala-galanya adalah mesra alam...dapat menjimatkan penebangan pokok secara berleluasa.

P/s : memang mesraaaaa alam kan....mana nak carik?



[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics