Showing posts with label Parking. Show all posts
Showing posts with label Parking. Show all posts

January 1, 2010

Parking ikut suka hati...orang lain jugak yang susah nanti.

Sumber :Berita Harian

Salam tahun baru 2010....mulakan hidup dengan kisah yang baru,sikap yang baru? dan apa sajalah yang baru janji tak membazir...cuma tang sikap yang berkait dengan entry nih mungkin tak ada kesudahannya...sebelum ini pon aku pernah jumpa situasi begini dan pernah mempostnya kat blog nih....satu masalah sikap segelintir masyarakat di Malaysia nih bila jumpe parking kereta...kalau motosikal tak kisah...boleh main "drift" atau seret-seret tayar jek pon still boleh keluar dengan tenang dan aman dari tempat parking...



Biasa yang bermasalah parking bila jumpe jenis parking tegak dan juga parking sisi (pernah buat masa amik lesen kan)...jenis-jenis malas nak parking kasi masuk ikut line putih terang benderang tuh dan juga supaya bontot kete tak terjulunq ke tengah jalan raya yang sememangya makin lama makin kecil sebab "kete kancil parking macam lori"...sori kalau terasa....aku pon kadang-kadang cuba cover supaya orang lain still boleh lalu-lalang tanpa mencalarkan dan menyebabkan bumper dan sirkit??yang kt bahagian depan tuh dari terlanggar...ceh...!


Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.

Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.

Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.

Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.



P/s : hari-hari aku jumpe kes macam nih...bukan dekat tempat parking jek, depan rumah aku pon camtuh...rumah sebijik kereta sampai 3-4 bijik...kasi parking sampai luar gate, memang susah nak lalu...sabar je lah yek...."sabar itu separuh daripada iman"...


[Sambung Baca...Disini]

November 30, 2009

Tegak Atau Tepi....Lu Pilihlah Sendiri




Ape yang korang nampak dari gambar ini???Ade kaitan dengan tajuk entri ke????


Baru jek lepas anta bonda tercinta gunting rambut disini....Betol ke ayat aku tuh,kalo laki biasa memang panggil gunting rambot,kalo perempuan???Hias/Dandan/Rebonding???Jangan merasa hebat bila melihat sign board di atas sebab dah tak da pilihan laen memandangkan masa pon dah agak suntuk jadi pergi lah mane-mane kedai untuk gunting rambut....

Memang lame gaks menunggu bonda tercinta menyudahkan guntingan rambutnya...Tapi kali ini entry aku bukan pasal pergi hanta mak gunting rambut yek.....Kali ini terselit sikit aktiviti harian aku berbanding entry yang lepas-lepas....Aku agak musykil dengan perangai sesetengah orang yang mungkin boleh dikatakan sempoi atau slumber....memang perangai cam tuh la baru cool kan kalo tak orang cakap skema jek...cume kali ini aku cube pikirkan sendiri(mcm Ahmad Nabil cakap tuh) apesal malas sangat orang-orang ini yek....slumber sangat kot...Taw pasal ape???

 

Nampak ke tak???Mungkin biase kot kalau alasannya cume sekejap atau tak ada parking yang kosong atau "rileks lah,jalan nih bukan banyak kete lalu pon".....Mintak maaf ye pada owner van,gua pnyer potoshop "hang" pulak bila nak edit no plat lu...!

 

Dan inilah yang aku pelik sangat tuh....Bosar tuh parking die...Lori pon bole masuk kot...ini bukan boleh rileks tapi tak smart lah...walaupon cume bawak van saje....Parking lah tegak atau tepi...Lagi besh parking tegak nampak smart sikit....

Apepon....Kau Fikirlah ye.....


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics