Showing posts with label harga gula naik. Show all posts
Showing posts with label harga gula naik. Show all posts

January 1, 2010

Parking ikut suka hati...orang lain jugak yang susah nanti.

Sumber :Berita Harian

Salam tahun baru 2010....mulakan hidup dengan kisah yang baru,sikap yang baru? dan apa sajalah yang baru janji tak membazir...cuma tang sikap yang berkait dengan entry nih mungkin tak ada kesudahannya...sebelum ini pon aku pernah jumpa situasi begini dan pernah mempostnya kat blog nih....satu masalah sikap segelintir masyarakat di Malaysia nih bila jumpe parking kereta...kalau motosikal tak kisah...boleh main "drift" atau seret-seret tayar jek pon still boleh keluar dengan tenang dan aman dari tempat parking...



Biasa yang bermasalah parking bila jumpe jenis parking tegak dan juga parking sisi (pernah buat masa amik lesen kan)...jenis-jenis malas nak parking kasi masuk ikut line putih terang benderang tuh dan juga supaya bontot kete tak terjulunq ke tengah jalan raya yang sememangya makin lama makin kecil sebab "kete kancil parking macam lori"...sori kalau terasa....aku pon kadang-kadang cuba cover supaya orang lain still boleh lalu-lalang tanpa mencalarkan dan menyebabkan bumper dan sirkit??yang kt bahagian depan tuh dari terlanggar...ceh...!


Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Arifin Zainal, berkata sikap tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri lahir daripada pengalaman hitam individu sehingga menyusahkan orang lain.ada kalanya kita terpaksa parkir di kawasan tidak dibenarkan disebabkan ada kecemasan dan ketiadaan parkir kosong, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon di papan pemuka di dalam keretaBagaimanapun, tindakan terbabit tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia menyusahkan orang lain dan pemandu sepatutnya berusaha mencari tempat meletak kenderaan yang betul kerana ia ada disediakan pihak berkenaan.

Perlu diingat tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kaki lima boleh menyebabkan batu-bata pecah akibat bebanan berat kenderaan. Bagi mengatasi masalah parkir sesuka hati, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan ia tidak berterusan.

Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, pula melihat tabiat parkir kenderaan sesuka hati mengundang dosa orang lain apabila mereka memaki, menyumpah dan mencela.

Sikap menyumpah dan mencela ini tidak mencerminkan sikap orang Melayu, tetapi terjadi disebabkan sikap kurang bertanggungjawab orang lain ketika parkir. Sebagai orang Melayu, kita perlu menonjolkan jati diri Melayu yang selalu dikaitkan dengan nilai berbudi bahasa.



P/s : hari-hari aku jumpe kes macam nih...bukan dekat tempat parking jek, depan rumah aku pon camtuh...rumah sebijik kereta sampai 3-4 bijik...kasi parking sampai luar gate, memang susah nak lalu...sabar je lah yek...."sabar itu separuh daripada iman"...


[Sambung Baca...Disini]

Ingin Kelihatan Awek muda???


 10 peraturan atau syarat kelihatan awek muda (nampak muda la..)


1.Membuang angka-angka yang tidak penting merangkumi umur,ketinggian dan berat (berat sangat bahaya plak).Biarkan doktor yang risau akan keadaan itu,"itulah tugas mereka"...

2.Berkawan dengan mereka-mereka yang ceria sahaja...The grouches pull you down.(tolong translatekan untuk aku)...

3. Terus belajar. Belajar tentang komputer, kraf tangan, berkebun,apapun. Jangan biarkan otak menganggur. "Sebuah pikiran menganggur adalah bengkel Syaitan." Dan nama Syaitan Alzheimer.(translate dari google translate).

4.Merasa seronok walaupon dengan sesuatu yang biasa/simple...Jangan tension-tension.

5. Ketawa dengan kerap, dengan kuat dan sampai mengilai-ngilai...sampai termegah-megah dan kuar air mata..seronok sangat la tuh.

6.Kesedihan melanda diri, bertahan,berduka dan terus maju ke hadapan.Satu-satunya yang menjadi penguat diri selama kita hidup adalah diri sendiri...Be ALIVE while you are alive

7. Sibukkan diri sendiri dengan sesuatu yang digemari samaada bersama dengan keluarga,binatang peliharaan,kenangan indah,muzik,berkebun atau menanam bunga atau hobi-hobi lain.Jadikan rumah sesuatu tempat yang menyeronokkan.

8. Menjaga kesihatan diri, sekiranya dalam keadaan baik,kekalkan ia.Sekiranya dalam keadaan sebaliknya,tingkatkan ia...jika tidak mampu tingkatkan ia dapatkan bantuan dari mereka yang pakar.

9. Jangan pergi berjalan ke tempat yang mendatangkan rasa keresahan dan menggugat keceriaan dalam diri.Berjalan ke saja ke pusat membeli belah atau ke negara lain - luar negara asalkan tidak ke tempat-tempat yang sunyi serta menyedihkan.

10. Sentiasa menyatakan rasa sayang pada mereka-mereka yang korang sayang sangat setiap kali mempunyai peluang tersebut.


P/s : hidup bukan diukur oleh jumlah nafas yang diambil,tapi diukur oleh setiap detik kehidupan yang memuatkan nafas kita pergi.


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics