March 2, 2015
GC Tea, Pilihan Terbaik Bagi Pesakit Diabetes
GC Tea ( Glucos Cut Tea)
Kelebihan :
- Mengelakkan pengambilan gula berlebihan.
- Mengawal tahap glucosa di dalam darah.
- Mengurangkan risiko kepada diabetes.
Kandungan :
- Green Tea
- Mulberry
- Peppermint
- Daun Stevia
- Rooibos
- Daun Gymnema
[Sambung Baca...Disini]
March 1, 2015
Bila Pengantin Wanita Tunjuk Bakat Terpendam, di Majlis Perkahwinan
Karaoke di Majlis Perkahwinan bukan satu perkara yang trending lagi, maka timbullah idea seperti ini.
Selamat Pengatin Baru ye......
----------------------------------------------------------------------------------------------
Share Iklan :
5 momen #Geramnya Yang Serius Buat Korang Sakit Hati
Lionel Messi, Luis Suarez and Gareth Bale caught on film for 30 seconds.Watch
Lionel Messi, Luis Suarez and Gareth Bale caught on film for 30 seconds.Watch
December 8, 2014
Musik Video dalam format gambar FULL HD, hanya di Youtube
Pernahkah anda dengar akan tajuk-tajuk lagu dalam gambar di atas? Lagu yang satu masa dahulu agak popular, dan sehingga kini masih lagi dicari dan dimainkan di corong-corong radio atau laman web. Lagu yang tidak pernah jemu didengar, rentak muzik yang perlahan tapi akan mampu membuat sesiapa sahaja untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut bersama.
Sekarang, sudah mudah untuk melihat lagu-lagu yang pernah popular satu masa dulu ini bukan sekadar untuk didengar malah Musik Video juga sudah dinaik taraf ke format video FULL HD ( High Definition). Syarikat-syarikat rakaman sudah mula mengupload Musik Video ini menggunakan akaun youtube mereka. Rasa agak sukacitanya apabila kualiti Musik Video ini dalam format FULL HD (1080p).
Cuma ada sesetengah Musik Video, format dibawah FULL HD, kualiti gambar masih baik dan jelas berbanding dengan Musik Video ini jika dibandingkan dengan versi asal. Jadi, masih boleh dilihat Musik Video ini dengan jelas pada format 480p. Masih nampak jelas tanpa sebarang blur atau gambar kabur.
Buat masa sekarang, official youtube akaun yang telah pon di "subscribe".... SRC Music, FMC Music, Warner Music Malaysia dan akan ada lagi penambahan selepas ini. Ikut pada minat masing-masing, harap bukan saja dapat mendengar lagu-lagu favourite anda pada masa dulu, malah melihat Musik Video dalam format gambar Defini Penuh ( HD).
P/s : Sambil dengar dan lihat Musik Video, tanpa sedar turut menyanyi dengan penuh perasaan! itulah nostalgia, legend... takkan muak didengar dari dulu hingga kini.
December 2, 2014
Perlindungan , Perhubungan & Juga Perancangan Masa Depan.
Salam sejahtera,
Mahu berkongsi mengenai perancangan yang telah lama dibuat, selepas sahaja beberapa tahun bekerja baru kali ini benar-benar terasa akan perlunya melaburkan sedikit untuk perlindungan dikala tak terduga. Memang benar, sudah ada disediakan caruman setiap bulan oleh majikan tetapi rasanya perlu ada satu akaun pelaburan yang mana tidak akan terusik jika tidak berlaku apa-apa, inshaALLAH.
Kadangkala, terleka kerana asyik berbelanja. Hutang sana & sini, realiti hidup zaman sekarang perlu untuk berhutang kerana ianya adalah sesuatu keperluan seharian ataupon boleh mengurangkan penggunaan masa dan tenaga... ( fikir-fikirkan lah apakah ia). Dari segala yang kita buat ini, tak terlintas bahawa perlunya satu akaun khas untuk pelaburan berkaitan dengan kos perubatan. Sakit itu pasti ada, cuma masa sahaja, kita tidak tahu.
Sudah ada kesedaran sekarang? Masih belum terlambat, pakej untuk bayaran juga tidaklah membebankan, lebih untung jika mulakan dari sekarang.
Antara perlindungan yang diberikan dari segi kos perubatan dan lain-lain :
Credit :i-great website
Credit :i-great website
Untuk info lebih lanjut, boleh terus menghubungi Ms Hanna untuk berbincang mengenai pelan-pelan insurans takaful yang disediakan. InsyaALLAH segala persoalan anda akan mampu diberikan jawapan.
November 13, 2014
Filem Berkaitan 10 Tempat Paling Seram Di Dunia, Villa Nabila di Pawagam 15 Januari 2015
Bila disebut sahaja namanya, pasti ada sahaja cerita berkaitan dengannya keluar dari mulut sesiapa sahaja. Tidak kira bangsa, kebanyakkan sudah tahu akan perihal "Villa Nabila" terutamanya bagi mereka-mereka yang dilahirkan dan menetap lama di Johor bahru, (JDT). Pelbagai cerita boleh dikongsikan, pelbagai jalan-jalan cerita akan dibongkarkan cuma tidak diketahui akan kesahihan atau ia sekadar bual kosong sahaja.
Nama tempat ini mula diperkatakan pada tahun lepas apabila digemparkan dengan kes kehilangan beberapa remaja. Dengan berlakunya hal sebegini, pelbagai pihak mula mahu merungkai misteri yang mungkin ada disebalik tempat ini. Awal tahun depan, 15 Januari 2015 bakal diterbitkan filem berkaitan tempat misteri ini arahan Produser Syafiq Yusof (anak kepada produser terkenal Yusof Haslam.) Terbitan bersama Skop production & Viper Studios. Pelakon Utama , Pekin Ibrahim & Tisya Syamsir
Apakah yang akan dirungkai dalam Filem ini nanti? Adakah sesuatu yang menarik minat kita untuk berfikir disebalik mister tempat ini atau menambahkan lagi cerita seram disebaliknya? Apa pon filem yang diterbitkan lebih-lebih lagi berkaitan dengan tempat-tempat yang sudah heboh dikatakan misterinya, adalah lebih baik jika tidak ditambahkan lagi akan rasa seram terhadapnya malah lebih baik jika dirungkai misterinya dengan cara yang lebih baik, cara dimana kita berfikir akan setiap perkara itu adalah izin daripadaNYA supaya kita lebih ingat padaNYA bukan apabila di dalam kesusahan sahaja tetapi lebih baik setiap masa mengingatiNYA.
[Sambung Baca...Disini]
Nama tempat ini mula diperkatakan pada tahun lepas apabila digemparkan dengan kes kehilangan beberapa remaja. Dengan berlakunya hal sebegini, pelbagai pihak mula mahu merungkai misteri yang mungkin ada disebalik tempat ini. Awal tahun depan, 15 Januari 2015 bakal diterbitkan filem berkaitan tempat misteri ini arahan Produser Syafiq Yusof (anak kepada produser terkenal Yusof Haslam.) Terbitan bersama Skop production & Viper Studios. Pelakon Utama , Pekin Ibrahim & Tisya Syamsir
Apakah yang akan dirungkai dalam Filem ini nanti? Adakah sesuatu yang menarik minat kita untuk berfikir disebalik mister tempat ini atau menambahkan lagi cerita seram disebaliknya? Apa pon filem yang diterbitkan lebih-lebih lagi berkaitan dengan tempat-tempat yang sudah heboh dikatakan misterinya, adalah lebih baik jika tidak ditambahkan lagi akan rasa seram terhadapnya malah lebih baik jika dirungkai misterinya dengan cara yang lebih baik, cara dimana kita berfikir akan setiap perkara itu adalah izin daripadaNYA supaya kita lebih ingat padaNYA bukan apabila di dalam kesusahan sahaja tetapi lebih baik setiap masa mengingatiNYA.
[Sambung Baca...Disini]
November 10, 2014
[8share] 6 Cara Mengubah Cara Pemakaian Anda Mengikut Artis-Artis Korea , K-Pop.
Pertama Sekali, anda perlu kelihatan seperti Artis-artis korea ini, dari segi fesyen pakaian dan juga memilih warna-warna yang terang. Ini tips untuk kaum wanita, bagi kaum lelaki, laburkan sedikit duit anda untuk membeli jaket-jaket 'fit'.
Kedua, stail rambut mengikut Artis K-pop, jangan lupa membawa bersama gambar Artis kegemaran anda ketika hendak meniru stail rambut mereka. Tukang gunting rambut terhebat akan tahu gaya-gaya tersebut.
Ketiga, dengarkan lagu-lagu terbaru dari Artis K-pop, kebanyakkan lagu-lagu ini disertakan dengan rentak muzik yang rancak dan gerak 'dance' atau tarian yang hebat / menarik mata untuk melihatnya.
Keempat , menonton Video Muzik K-pop sambil duduk adalah sesuatu yang tidak sihat, ayuh lihat sambil ikut gerak 'dance' atau tarian seperti yang mereka buat.
Kelima , belajar bahasa Korea. Perkataan mudah seperti "an - yong - ha - se -yo" (bermaksud hai / hello)
Keenam , belajar untuk mengetahui resepi / menu masakan korea ( yang halal) , dimana mereka amat meminati mee & daging (lembu). Contoh : Maggi Korean Spicy Beef.
How To Turn Yourself From A Malaysian To A K-Popster In 6 Simple Steps , Langkah - langkah seterusnya....
P/s : Dalam sibuk mengejar minat seperti ini, jangalah lupe asal usul dan juga apa yang dilarang dan apa yang sebenarnya disuruh. Sekadar minat, bukan ke tahap terlalu asyik dan lupa apa yang sebenarnya lebih penting.
November 9, 2014
[INFO] One Plus One Telefon Pintar (Smartphone) Terhebat Dari Segi Spesifikasi bakal menembusi Pasaran Malaysia
One Plus One :
Spesifikasi :
- Saiz Skrin : 5.5"
- Cip pemprosesan , Qualcomm Snapdragon 801 (2.5GHz)
- Ram 3GB, Storan dalam : 16/64GB
- Kamera belakang 13Megapixel , kamera belakang 5 Megapixel
- Batteri : 3,000 mAh
- Sistem operasi menggunakan CyanogenMod 11S (android 4.4), kebolehan menerima kemaskini terbaru android (5.0 lolipop)
Kepada sesiapa yang mencari kelainan dalam memilih untuk membeli brand Telefon Pintar, bolehlah mencuba brand ini. Kebanyakkan Telefon Pintar yang dikeluarkan oleh Syarikat One Plus, transaksi pembayaran dijalankan secara online. Ia juga berdasarkan kepada permintaan pelanggannya , selain mengurangkan kos pengiklanan mereka dengan cara perniagaan yang berkesan seperti ini.
November 6, 2014
Kenapa Gejala Buli Masih Ada Sehingga Kini?
"Abang Besar sudah sampai, mana mau lari"?..... Meowwwww
Baru-baru ini, laman sosial Facebook telah dikongsikan dengan beberapa Video berkaitan gejala buli. Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar gejala yang sudah begini lama tidak kedengaran, secara tiba-tiba muncul kembali. Kebiasaan gejala ini berlaku di Sekolah Menengah Berasrama, dimana pelajar yang Senior atau yang Lebih Tua akan membuli pelajar junior atau yang Lebih Muda. Masih wujud sebenarnya gejala ini?, kecanggihan teknologi sudah semakin berkembang tetapi masih ada lagi gejala seperti ini?
Persoalannya, bagaimana gejala ini boleh berlaku dengan sebegitu mudah dan terlepas dari pandangan Warden / Ketua yang bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar-pelajar junior yang lain di dalam Asrama tersebut? Saya ingin berkongsi sedikit berkaitan gejala buli yang pernah terjadi tapi masih dalam kawalan pihak asrama. Kadangkala terdapat sedikit selisih faham antara pelajar yang Senior dan pelajar yang Junior, mula timbul rasa tidak puas hati dan membuat keputusan sendiri dengan menggunakan 'kekerasan'. Seperti biasalah, bukan salah media-media hiburan kita yang memberikan mereka idea untuk menjadi 'taiko' atau 'abang besar', tetapi kegagalan mereka sendiri untuk berfikir punca kepada segala-galanya.
Ini juga salah satu dari Gejala Buli, pandai-pandailah Settlekan ye?
Ada juga yang sebenarnya berpunca dari pelajar yang Junior sesama mereka sendiri, dimana mereka menggunakan pengaruh kenalan ( pelajar Senior) untuk memastikan rasa tidak puas hati atau dendam mereka terhadap pelajar junior yang lain tercapai. Atau pon alasan yang lain dari semua situasi yang dinyatakan, sekadar mahu menunjukkan siapa yang lebih mempunyai pengaruh dan kuasa dalam kawasan Asrama tersebut. Yang lebih menghairankan, rakaman menggunakan Telefon Pintar/ Smartphone untuk setiap aktiviti membuli? Kemana hilangnya kewarasan fikiran mereka ketika ini? Teknologi semakin berkembang dan maju tetapi mereka ditahap yang mana?
Diharapkan agar apa sahaja perkara berkaitan gejala buli diberikan tindakan yang serius dan sewajarnya. Malah pelajar yang menjadi mangsa atau saksi kepada mereka yang dibuli untuk terus melaporkan kepada pihak Asrama atau pihak yang berkenaan, gunakan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekarang, tiada alasan untuk takut melaporkan hal-hal begini.Sudah ada banyak laluan untuk berkongsi akan gejala yang tidak sihat ini, manfaatkan ia untuk tujuan yang betul.
Kene buli! Yang ini comel... credit foto to Pondokkecil
Kemaskini Terbaru Untuk Aplikasi Whatsapp Memudahkan Mesej Dihantar Dikesan
Whatsapp, aplikasi yang sudah seringkali digunakan dikebanyakkan Telefon-telefon pintar (smartphone) dan juga Tablet. Walaupon sudah ada aplikasi lain yang menyamai Whatsapps, disertakan dengan beberapa fungi-fungsi yang terbaru dan menjaga privacy pengguna, Whatapps baru-baru ini telah mengemaskini fungsi terbaru di dalam proses penghantaran mesej dengan menyertakan fungsi untuk melihat samaada mesej itu sudah dibaca oleh si penerima atau tidak.
Berbanding dengan fungsi sebelum ini, untuk sekadar mengetahui bahawa mesej itu telah dihantar dan selamat diterima oleh si penerima mesej. Dengan fungi ini, dibezakan dengan warna yang ada pada simbol mesej sudah selamat dihantar kepada si penerima.
Jadi selepas ini, mereka-meraka yang suka memberi alasan bahawa mesej sudah diterima dan tidak sempat dibaca perlu lebih berhati-hati, penipuan anda mungkin tidak berkesan selepas ini. Jika dipandang pada sudut yang positif, ia memudahkan kita untuk mengesan sekiranya terdapat keraguan akan sesuatu perkara berlaku. Dari segi lain, jika tidak mahu berbohong pada mereka-mereka yang anda mungkin tidak mahu menerima mesej apatah untuk membalas, jangan kemaskini aplikasi Whatsapps anda, tetapi ia mungkin alasan yang tidak boleh berulang kali digunakan.
#Amanz.my credit untuk gambar.
June 28, 2014
Menjelang bulan Ramadhan, Amalan-amalan yang boleh dilakukan.
Amalan di Bulan Ramadan......
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.
7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg - *Memperbanyakkan doa sebelum berbuka*.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
P/s : akhirnya ramadhan tiba lagi.. Selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.
[Sambung Baca...Disini]
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg - *Memperbanyakkan doa sebelum berbuka*.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
P/s : akhirnya ramadhan tiba lagi.. Selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.
May 20, 2014
Bila Bukan yang menjadi Pilihan
Cuba berulang kali, beri apa saja yang termampu walau niat asalnya di hati ikhlas tanpa sebarang balasan. Tetapi mereka-mereka yang sebenarnya membantu bukan atas sebab itu, itulah yang sentiasa menjadi pilihan, yang sentiasa dicari. Bukan berkata menuduh, terbalikkan kesilapan diri atas yang lain tetapi ikhlas semua ada agenda tersendiri. Cuba fikir berulang kali, adakah kebaikan yang diberi diterima atas dasar tidak mahu mengecilkan hati.
Sedar tidaklah pandai jadikan suasana terlalu selesa, menjadi seorang yang mampu menyenangkan yang lain. Yang sentiasa menjadi tumpuan , yang menjadi pilihan untuk apa saja urusan. Harap nampak apa yang ada, walau satu tidak boleh dijadikan dua tiga atau selebihnya. Harap, faham kenapa dan mengapa. Jika pernah kecewa dahulu, janganlah jadikan kelebihan untuk membalas apa yang jadi pada masa dahulunya.
Kenapa tak pernah rasa sebegini selama ini, kerana inilah ciri yang dicari, bukan kerana luaran tetapi ciri-ciri yang memang secara ikhlas dicari selama ini. Harap faham, harapan yang tak pernah putus selagi belum terikat atau diikat dengan ikatan yang sah. END
[Sambung Baca...Disini]
May 13, 2014
Himpunan Filem Berunsur Aksi / Action Pack Movie
Credit : Google
Kali ini LPP ingin sama-sama berkongsi Himpunan Filem-Filem berunsur aksi / Action Pack movie . Atau apa jua yang anda rasa atau selalu dengar atau sebut sama dan seangkatan dengannya. Apa antara himpunan filem aksi atau action pack movie yang selalu menjadi pilihan untuk ditayangkan, sekiranya sudah jemu dengan filem-filem baru yang ada.
LPP akan berkongsi filem-filem aksi / action pack movie yang selalu menjadi pilihan bila terasa filem-filem yang baru kurang memberi impak atau dalam bahasa mudah, tengok 1 kali atau 2 kali dah terasa jemu. Filem-filem yang ada dalam pilihan LPP ada lebih dari 5 -6 , buat kali ini sekadar berkongsi satu atau dua sahaja kompilasi filem-filem aksi / action pack movie yang tak pernah sekali buat LPP terasa bosan untuk melihatnya berulang kali.
1. Trilogi Sniper :
Sniper (1993 ) , pelakon utama - Billy Zane & J.T Walsh
Ringkasan cerita Sniper (1993) : Sniper 1993
Sniper 2 (2002) , pelakon utama - Tom Berenger , Bookeem Woodbine , Erika Marozs , Dan Butler , Linden Ashby & Dennis Hayden
Ringkasan cerita Sniper (2002) : Sniper 2
Sniper Reloaded (2011) , pelakon utama : Billy Zane , Chad Michael Collins
Ringkasan cerita Sniper Reloaded (2011) : Sniper Reloaded
2. Trilogi The Bourne :
The Bourne Identity (2002) , pelakon utama : Matt Damon , Franka Potente , Chris Cooper , Clive Owen , Brian Cox , Adewale Akinnuoye-Agbaje
Ringkasan Cerita The Bourne Identity : The Bourne Identity
The Bourne Supremacy (2004) , pelakon utama : Matt Damon , Franka Potente , Brian Cox , Julia Stiles , Karl Urban , Gabriel Mann , Joan Allen
Ringkasan Cerita The Bourne Supremacy : The Bourne Supremacy
The Bourne Ultimatum (2007), pelakon utama : Matt Damon , Julia Stiles , David Strathairn , Scott Glenn , Paddy Considine , Edgar Ramirez , Albert Finney , Joan Allen
Ringkasan Cerita The Bourne Ultimatum : The Bourne Ultimatum
Mungkin ada yang pelik ada list dalam trilogi tidak dikongsikan. Seperti apa yang LPP kata tadi, tak semuanya adalah tidak membosankan. Bila sambungan trilogi sudah menggunakan pelakon yang lain, dan jalan cerita sudah ada perubahan yang agak ketara, maka hilanglah minat untuk terus apa sambungan seterusnya.
P/s : Sekadar ini saja perkongsian kali ini, 2 movie dengan trilogi-trologinya.
May 11, 2014
Semakin rapat, Semakin Kau Menjauh.. Ohh, Relakan Jiwa.
Salam Sejahtera , Agak Sedih Tajuk Entri Kali Ini. Bila dah sedih, perlulah ada 2-3 keping gambar sedih , sayu dan pilu agar dapat menggambarkan kesedihan Tajuk Entri ini. Maaf sekiranya Cara dan Gaya sudah ketinggalan, sudah lama ditinggal dan ketinggalan sebenarnya.
Silalah hayati :
Dan sebab dan penyebab kesedihan ini :
Maaf sekiranya gimik terlalu melampau. Maaf kiranya cara dan gaya sudah lapuk dan perlu lebih update. Maaf sekiranya masa sedih anda terbuang begitu sahaja. Untuk perkongsian sahaja... Relax, chill.
Lastly, terima kasih kerana membaca. Ini hadiah untuk anda semua...
P/s : Yang kedua , dalam masa kurg dari 2 bulan.
May 9, 2014
Terpadam semuanya, Mulakan semula dengan idea yang baru.
Salam sejahtera , selamat kembali ke sini. Sila jangan lihat entri-entri yang anda rasa seperti hendak baca tak kira apa sebabnya. Kerana ia cuma title dan tulisan sahaja, gambarnya? Terpadam / Terdelete! Masih cuba selesaikan, terima kasih pada yang mengingatkan.
Apa-apa pon , memang nak ucap terima kasih, bukan saja pada yang meningatkan kembali juga pada pengikut yang tetap mengikut walau hanya kosong dan tulisan sahaja. Terima kasih.... LEO + Ana....
- Next entri , 3 bulan dari sekarang.....
January 4, 2014
Diri Sendiri, Bukan Untuk Orang Lain
Salam,
Sudah terlalu lama tidak mengemas kini blog ini. Lama sangat terbiar tanpa sebarang entri bertulis mahupon sharing gambar-gambar yang pelik tapi menarik perhatian berpuluh atau boleh menjejak beratus unique visitor ( satu masa dahulu).
Tiga tahun, tempoh yang agak lama diambil untuk sesuaikan diri dalam bidang kerjaya yang ada sekarang. Tidak kira apa pangkat/kedudukan, setiap kerjaya mempunyai kepentingan masing-masing. Dari bawah sehinggalah naik ke atas, dari zero hinggalah ada yang menggelar 'senior'.
Itu satu pengalaman, bukan sekadar skill kerja mahupon product knowledge tapi ia satu pencapaian yang ada dan sentiasa ingin diteruskan. Tak nafikan, memang ada ego tersendiri dan pasti akan ada lawan berlawan, debat berdebat. Itulah sifat yang membawa naik sehingga ke tahap ini.
Kau memang hebat, tapi hanya untuk diri sendiri bukan untuk dikongsi dengan yang lain. Kau GAGAL!
p/s : Semakin hari semakin banyak masa depan di depan mata. Jodoh depan mata?
August 23, 2013
Awal-awal pagi sudah kehilangan, Cherry
Seperti biasa, setiap pagi ( selepas subuh) rutin harian selepas bulan Ramadhan. Pagi-pagi memang tugas aku untuk pergi mencari sarapan. Yela, mudah kan beli saja dekat mana-mana gerai berhampiran, cuma pagi ini hampa rasanya bila terasa kehilangan sesuatu. Macam mana agaknya boleh hilang? Dari pagi tadi aku fikir, memang susahlah nak cari jawapannya kenapa dan bagaimana. Apa-apa pon laporan sudah dibuat untuk kehilangan kad debit tersebut.
Memang sepantas kilat aku buat laporan, walau ada beberapa ratus baki duit dalam akaun, perlu buat laporan jugak kan. Tapi yang bagusnya sekarang, kad debit maybank dah start menggunakan pin nombor untuk sebarang transaksi di setiap pusat membeli belah. Jadi taklah terasa risiko sangat bila hilang, cuma langkah-langkah yang perlu dibuat kenelah pantas bila dah sedar pasal kehilangannya kan.
Di sini aku lampirkan apa langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku sebarang kehilangan debit kad / visa / masterkad maybank. Harap-harap info ini berguna untuk semua.... :
Help! I've lost my ATM card. If your ATM card is lost or stolen, call our 24-hour Customer Care hotline at 1-300 88 6688 to report it immediately.
Help! I've lost my card.
If your card is lost or stolen, call 03-2072 1373 or 1-800 883231 (toll-free) to report it immediately. Our lines are open 24 hours a day, 7 days a week.
Help! I've lost my card abroad.
No worries. If you're abroad and your card is lost or stolen, call us or report it to Visa or MasterCard Assistance Centres or their affiliates. For Maybank American Express credit card cardholders, please notify a Travel Service Office.
Visa
Visa Emergency Assistance Centre (VEAC) toll-free numbers Singapore : 800 4481 250 Japan : 00531 44 0022 United States : 866 765 9644 United Kingdom : 0800 1695 189 Australia : 1 800 450 346 New Zealand : 0508 600 300 Malaysia : 1 800 802 997
- Maybankard Visa Gold cardholders can also call 612-9235 0260 if you have difficulties reaching Visa from any part of the world.
- For a complete list of VEAC toll-free numbers, log on to www.visa.com or call Maybank Credit Card Centre at 1-300 88 6688.
Mastercard
MasterCard Emergency Service toll-free numbers Singapore : 800 1100 113 Japan : 00531 11 3886 United States : 1 800 307 7309 United Kingdom : 0800 96 4767 Australia : 1-800 120 113 New Zealand : 0800 44 9140 Malaysia : 1-800 804 594
- In addition, over 2,000 Thomas Cook representative offices worldwide offer assistance on emergency card replacement, travel assistance, emergency communication and more.
- For a complete list of MGS toll-free numbers, log on to www.mastercard.com or call Maybank Credit Card Centre at 1-300 88 6688.
American Express
Call international collect call 603-2166 8822 (24 hours) for immediate access to medical, travel assistance and more when you are overseas.
April 2, 2013
M.O.L.E.K
Sumber : OH! Bulan , Tiz Zaqyah Razak
Molek :
Cantik, sesuatu yang tak lepas dari dipandang... menarik....
Molekkkkk... pertama kali aku dgr cara sebutan perkataan tersebut dari seorang rakan yg mempunyai dialek berlainan. Cara sebutannya sangatlah menarik seperti apa yang dilihatnya sehinggalah terkeluarlah perkataan tersebut.
Bagi seorang lelaki, tidak kira apa jua usia, yang penting dah lepas 'potong' ye, pasti ada rasa-rasa tersebut. mudah tertarik dgn 'kemolekan' apabila ternampak akan ia di mana-mana. permulaannya saja-saja dan suka-suka, sehinggalah
sampai ke satu peringkat usia, segalanya menjadi penting dan perlulah rasmi atau 'official'. ( bab couple2 tu rasanya belum lagi lah kan). cuma ia tak sama untuk setiap orang atau individu, bergantung pada ke kreatifan masing-masing. (bab yang ini, the best man win, right?)
Lupakan pasal itu semua. segalanya sekadar penerangan sahaja berkaita dengan 'molek'. hidup tak perlu rasa terlalu tertekan dengan semua itu, setiap jodoh adalah rahsiaNYA. Cuma, tertekan bila ada yang jenis 'molek' kategori perasan rasanya, penat nak layan jenis macam ini. senyuman palsu, bukan itu yang aku mahukan, aku tahu tengok cermin dan nilai didalamnya.
No hard feeling ye, aku faham semua itu.
Cuma pelik, bukan kau seorang yang aku pernah jumpa dan kawan se 'molek' nya, tapi sifat perasan sangat itu, buat kan kau jadi kurang 'molek'. bukan frust atau cinta tak kesampaian? no hard feeling pada asalnya, mana datang cintanya? ini baru namanya cinta gila!
P/s : Lama tak menulis.... Gambar sekadar hiasan, tapi itu benar-benar molekkkkk!
P/s : Lama tak menulis.... Gambar sekadar hiasan, tapi itu benar-benar molekkkkk!
December 8, 2012
Rebat dari Streamyx
Memang kaki komplain... Sikit saja masalah, mesti komplain, dengan secepat kilat mereka akan hantar pakar-pakar untuk membantu aku yang jenis kuat komplain. Tapi rasanya, ada betulnya apa yang aku rasa tidak berpuas hati sangat-sangat tu... Sebabnya mereka pon perasan akan kelemahan yang terdapat dalam setiap komplain yang aku buat. Oleh itu, Terima kasih ye, jimat belanja bulan ini.
[Sambung Baca...Disini]
November 23, 2012
Hakikat dan Realiti
Kenapa susah nak terima hakikat? Dah lama kau biarkan blog ini terbiar sebegitu lamanya! Realiti sebenar kenapa kau kehilangan sedikit daripada apa yang kau harapkan dulu. Kenapa susah nak terima hakikat? Apa yang berlaku sebenarnya bukan silap siapa-siapa pon, walau memang realiti salah mereka sebenarnya kenapa kau rasa segalanya jadi begini, sepanjang perjalanan hidup kau...
Tapi kau perlu ingat, mereka bukan penyebab segala-galanya. Tembok penghalang terbesar adalah diri kau sendiri, kau yang tak nak hadapi hakikat itu, dan kau tahu realiti akibat sifat kau itu. Semuanya memang salah kau pon, jangan salahkan orang lain. Diri sendiri.... Okey, STOP! Cukup lah, untuk permulaan setelah lama dibiarkan...
Semua yang ditulis di atas sememangnya benar, bukan menagih simpati sebenarnya. Cuma sekadar menulis... Menulis lebih mudah dari berkata-kata, tulis sahaja! kesannya cepat, dengan sepantas kilat tersebar dan respond yang tak henti-henti datang kemudian. Apa sebenarnya berkaitan dengan hakikat dan realiti ini?
Entahlah, bila dah semakin maju, moden dan segala-galanya mudah sahaja nak buat, kadang-kadang ada yang terlupa hakikat dan realiti yang sebenar. Bila dicakap, katanya kita menghina. Bila tak diendah, makin rasa naik geli plak telinga ini nak mendengarnya. Ini bukan menghina, tapi realiti. Tak sedap kalau buat, kalau tak buat pon, dengar sendiri untuk koleksi peribadi takpa. Lagi BAGUS!
P/S : Ada orang post link Youtube dekat wall, mau tak gelak aku nak dengar kan... tapi ingat! bukan kutuk atau hina, cuma realitinya... adui! Jangan Klik
June 19, 2012
VIVA 1046
Setelah sekian lama, tiada sebarang update... Laman-laman sosial yang selalu dikunjungi pon dah lama terbiar, kecuali muka buku ( facebook). Habis tenggelam nama tu, walaupon biasa-biasa saja, wujud dalam laman sosial sahaja. Disebabkan terfikir pasal perlu update sesuatu, akhirnya dapat juga menulis semula. Dah berapa lama berangan nak ada kenderaan sendiri.
Walau dulu ada kenderaan yang mampu untuk menampung 2 orang penumpang ( pemandu & pembonceng). Walau bukan datang dari duit sendiri, nasib baiklah ada pinjaman tanggung pelajar yang kadang kala bayarnya ada kadang-kadang tak terbayar jugak - maklumlah, bukan tiada duit, cuma ada tapi cukup-cukup. Sekarang tanpa disangka, angan-angan jadi kenyataan, menambah lagi hutang-hutang yang ada tapi tak mengapa untuk satu kegunaan jangka masa yang panjang. Berbaloi jugaklah kan....
Oleh sebab itu jugklah, terhasilnya entri terbaru dari entri yang entah dah berapa lama agaknya tu. Tak kreatif tidak mengapa, janji semua itu jujur. Mungkin tiada apa-apa yang menarik macam dulu-dulu, masa untuk mencari apa sahaja yang menarik sangat-sangat tu. Tapi masih akan terus menulis apa-apa sahaja yang rasa nak ditulis asalkan tidak melanggar akta-akta berkaitan laman sosial yang telah ditetapkan oleh company. Company pon dah siap ada akta-akta berkaitan perkongsian di laman sosial kan. Dah sedar zaman sekarang semakin maju, teknologi pon macam-macam dah ada. Makin moden, makin macam-macam lah akibat daripadanya. +ve atau -ve.
Doa-doalah tahun ini dan awal tahun depan ada sesuatu yang menarik dari company. Dah 2 tahun dekat sini, nama pon dah tukar. Peningkatan mutu dari segi perkhidmatan pon dah semakin bertambah-tambah, makin lama makin banyak plak perkara-perkara baru. Yang mana tahan semakin bertahan, yang mana tak tahan, kene tahan - nak lari pergi mana lagi? Syukurlah apa yang ada sekarang ni, kerja senang cuma nak buatnya kadangkala mudah kadangkala rasa nak punch kalau ada beg pemukul pasir dekat depan. Klasiknya ayat!
VIVA 1046
Nota : rajin-rajin lepas nie update, kene pastikan tiga-tiga akaun iklan tu dari setahun baru dapat kepada 3 bulan sekali. InsyaALLAH. Cek baru-baru nie dari Nuffnang boleh salah eja nama, dahlah bank in tak perasan, sekarang dah macam-macam nak kene buat. Cisss.....
Subscribe to:
Posts (Atom)















































