November 23, 2012

Hakikat dan Realiti







Kenapa susah nak terima hakikat? Dah lama kau biarkan blog ini terbiar sebegitu lamanya! Realiti sebenar kenapa kau kehilangan sedikit daripada apa yang kau harapkan dulu. Kenapa susah nak terima hakikat? Apa yang berlaku sebenarnya bukan silap siapa-siapa pon, walau memang realiti salah mereka sebenarnya kenapa kau rasa segalanya jadi begini, sepanjang perjalanan hidup kau... 

Tapi kau perlu ingat, mereka bukan penyebab segala-galanya. Tembok penghalang terbesar adalah diri kau sendiri, kau yang tak nak hadapi hakikat itu, dan kau tahu realiti akibat sifat kau itu. Semuanya memang salah kau pon, jangan salahkan orang lain. Diri sendiri.... Okey, STOP! Cukup lah, untuk permulaan setelah lama dibiarkan... 

Semua yang ditulis di atas sememangnya benar, bukan menagih simpati sebenarnya. Cuma sekadar menulis... Menulis lebih mudah dari berkata-kata, tulis sahaja! kesannya cepat, dengan sepantas kilat tersebar dan respond yang tak henti-henti datang kemudian. Apa sebenarnya berkaitan dengan hakikat dan realiti ini?

Entahlah, bila dah semakin maju, moden dan segala-galanya mudah sahaja nak  buat, kadang-kadang ada yang terlupa hakikat dan realiti yang sebenar. Bila dicakap, katanya kita menghina. Bila tak diendah, makin rasa naik geli plak telinga ini nak mendengarnya. Ini bukan menghina, tapi realiti. Tak sedap kalau buat, kalau tak buat pon, dengar sendiri untuk koleksi peribadi takpa. Lagi BAGUS! 

P/S : Ada orang post link Youtube dekat wall, mau tak gelak aku nak dengar kan... tapi ingat! bukan kutuk atau hina, cuma realitinya... adui! Jangan Klik


blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics