June 19, 2012

VIVA 1046

Setelah sekian lama, tiada sebarang update... Laman-laman sosial yang selalu dikunjungi pon dah lama terbiar, kecuali muka buku ( facebook). Habis tenggelam nama tu, walaupon biasa-biasa saja, wujud dalam laman sosial sahaja. Disebabkan terfikir pasal perlu update sesuatu, akhirnya dapat juga menulis semula. Dah berapa lama berangan nak ada kenderaan sendiri.

Walau dulu ada kenderaan yang mampu untuk menampung 2 orang penumpang ( pemandu & pembonceng). Walau bukan datang dari duit sendiri, nasib baiklah ada pinjaman tanggung pelajar yang kadang kala bayarnya ada kadang-kadang tak terbayar jugak - maklumlah, bukan tiada duit, cuma ada tapi cukup-cukup. Sekarang tanpa disangka, angan-angan jadi kenyataan, menambah lagi hutang-hutang yang ada tapi tak mengapa untuk satu kegunaan jangka masa yang panjang. Berbaloi jugaklah kan....

Oleh sebab itu jugklah, terhasilnya entri terbaru dari entri yang entah dah berapa lama agaknya tu. Tak kreatif tidak mengapa, janji semua itu jujur. Mungkin tiada apa-apa yang menarik macam dulu-dulu, masa untuk mencari apa sahaja yang menarik sangat-sangat tu. Tapi masih akan terus menulis apa-apa sahaja yang rasa nak ditulis asalkan tidak melanggar akta-akta berkaitan laman sosial yang telah ditetapkan oleh company. Company pon dah siap ada akta-akta berkaitan perkongsian di laman sosial kan. Dah sedar zaman sekarang semakin maju, teknologi pon macam-macam dah ada. Makin moden, makin macam-macam lah akibat daripadanya. +ve atau -ve.

Doa-doalah tahun ini dan awal tahun depan ada sesuatu yang menarik dari company. Dah 2 tahun dekat sini, nama pon dah tukar. Peningkatan mutu dari segi perkhidmatan pon dah semakin bertambah-tambah, makin lama makin banyak plak perkara-perkara baru. Yang mana tahan semakin bertahan, yang mana tak tahan, kene tahan - nak lari pergi mana lagi? Syukurlah apa yang ada sekarang ni, kerja senang cuma nak buatnya kadangkala mudah kadangkala rasa nak punch kalau ada beg pemukul pasir dekat depan. Klasiknya ayat!


VIVA 1046

Nota : rajin-rajin lepas nie update, kene pastikan tiga-tiga akaun iklan tu dari setahun baru dapat kepada 3 bulan sekali. InsyaALLAH. Cek baru-baru nie dari Nuffnang boleh salah eja nama, dahlah bank in tak perasan, sekarang dah macam-macam nak kene buat. Cisss.....

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics