November 13, 2014

Filem Berkaitan 10 Tempat Paling Seram Di Dunia, Villa Nabila di Pawagam 15 Januari 2015

Bila disebut sahaja namanya, pasti ada sahaja cerita berkaitan dengannya keluar dari mulut sesiapa sahaja. Tidak kira bangsa, kebanyakkan sudah tahu akan perihal "Villa Nabila" terutamanya bagi mereka-mereka yang dilahirkan dan menetap lama di Johor bahru, (JDT). Pelbagai cerita boleh dikongsikan, pelbagai jalan-jalan cerita akan dibongkarkan cuma tidak diketahui akan kesahihan atau ia sekadar bual kosong sahaja.

Nama tempat ini mula diperkatakan pada tahun lepas apabila digemparkan dengan kes kehilangan beberapa remaja. Dengan berlakunya hal sebegini, pelbagai pihak mula mahu merungkai misteri yang mungkin ada disebalik tempat ini. Awal tahun depan, 15 Januari 2015 bakal diterbitkan filem berkaitan tempat misteri ini arahan Produser Syafiq Yusof (anak kepada produser terkenal Yusof Haslam.) Terbitan bersama Skop production & Viper Studios. Pelakon Utama , Pekin Ibrahim & Tisya Syamsir



Apakah yang akan dirungkai dalam Filem ini nanti? Adakah sesuatu yang menarik minat kita untuk berfikir disebalik mister tempat ini atau menambahkan lagi cerita seram disebaliknya? Apa pon filem yang diterbitkan lebih-lebih lagi berkaitan dengan tempat-tempat yang sudah heboh dikatakan misterinya, adalah lebih baik jika tidak ditambahkan lagi akan rasa seram terhadapnya malah lebih baik jika dirungkai misterinya dengan cara yang lebih baik, cara dimana kita berfikir akan setiap perkara itu adalah izin daripadaNYA supaya kita lebih ingat padaNYA bukan apabila di dalam kesusahan sahaja tetapi lebih baik setiap masa mengingatiNYA.






blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics