November 6, 2014

Kemaskini Terbaru Untuk Aplikasi Whatsapp Memudahkan Mesej Dihantar Dikesan





Whatsapp, aplikasi yang sudah seringkali digunakan dikebanyakkan Telefon-telefon pintar (smartphone) dan juga Tablet. Walaupon sudah ada aplikasi lain yang menyamai Whatsapps, disertakan dengan beberapa fungi-fungsi yang terbaru dan menjaga privacy pengguna, Whatapps baru-baru ini telah mengemaskini fungsi terbaru di dalam proses penghantaran mesej dengan menyertakan fungsi untuk melihat samaada mesej itu sudah dibaca oleh si penerima atau tidak.

Berbanding dengan fungsi sebelum ini, untuk sekadar mengetahui bahawa mesej itu telah dihantar dan selamat diterima oleh si penerima mesej. Dengan fungi ini, dibezakan dengan warna yang ada pada simbol mesej sudah selamat dihantar kepada si penerima.




Jadi selepas ini, mereka-meraka yang suka memberi alasan bahawa mesej sudah diterima dan tidak sempat dibaca perlu lebih berhati-hati, penipuan anda mungkin tidak berkesan selepas ini. Jika dipandang pada sudut yang positif, ia memudahkan kita untuk mengesan sekiranya terdapat keraguan akan sesuatu perkara berlaku. Dari segi lain, jika tidak mahu berbohong pada mereka-mereka yang anda mungkin tidak mahu menerima mesej apatah untuk membalas, jangan kemaskini aplikasi Whatsapps anda, tetapi ia mungkin alasan yang tidak boleh berulang kali digunakan. 


#Amanz.my credit untuk gambar.

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics