Showing posts with label boss. Show all posts
Showing posts with label boss. Show all posts

January 4, 2014

Diri Sendiri, Bukan Untuk Orang Lain














Salam,

Sudah terlalu lama tidak mengemas kini blog ini. Lama sangat terbiar tanpa sebarang entri bertulis mahupon sharing gambar-gambar yang pelik tapi menarik perhatian berpuluh atau boleh menjejak beratus unique visitor ( satu masa dahulu).

Tiga tahun, tempoh yang agak lama diambil untuk sesuaikan diri dalam bidang kerjaya yang ada sekarang. Tidak kira apa pangkat/kedudukan, setiap kerjaya mempunyai kepentingan masing-masing. Dari bawah sehinggalah naik ke atas, dari zero hinggalah ada yang menggelar 'senior'.

Itu satu pengalaman, bukan sekadar skill kerja mahupon product knowledge tapi ia satu pencapaian yang ada dan sentiasa ingin diteruskan. Tak nafikan, memang ada ego tersendiri dan pasti akan ada lawan berlawan, debat berdebat. Itulah sifat yang membawa naik sehingga ke tahap ini.

Kau memang hebat, tapi hanya untuk diri sendiri bukan untuk dikongsi dengan yang lain. Kau GAGAL!  


p/s : Semakin hari semakin banyak masa depan di depan mata. Jodoh depan mata?



[Sambung Baca...Disini]

November 16, 2011

Terima Arahan, Beri Arahan….




Lama rasanya tak keluarkan entri yang agak emosional begini… maklumlah kerja yang tak menentu masanya, kadangkala penat, kadangkala sebenarnya tidak sepenat mana cuma masa yang ada terlalu sedikit untuk menulis sesuatu yang baru. Tambahan pula, tahun 2011 ini sudah semakin hampir ke penghujungnya – pasti akan banyak kerja-kerja yang perlu dibuat dan suasana yang kurang selesa pasti akan mula dirasai. Bosan rasanya berhadapan dengan suasana yang sama, tiada perubahan… semuanya masih sama!

Bila bercakap tentang ARAHAN…. pasti ada yang lemah saja kan? Standart lah… namanya pon berkerja & jadi pekerja… proses kerja, prosedur kerja & suasana tempat berkerja saja yang berbeza-beza. Paling sukar bila berkerja dalam satu kumpulan yang agak besar… sudah pasti orang-orang yang lebih atas pangkatnya dari kita juga ramai. Masing-masing ada saja arahan yang hendak diberikan. Yang paling atas beri arahan pada orang di bawah… yang di bawah beri arahan pada wakil di bawahnya… wakil di bawahnya beri arahan dari apa yang telah di berikan oleh orang paling atas. Penat rasanya bila terima arahan yang sebenarnya tidak berapa logik, entah untuk apa dan siapa datangnya idea arahan seperti itu. 

Orang paling bawahanlah yang biasanya akan merasa penat. Tenaga digunakan, masa dihabiskan untuk segala ARAHAN-ARAHAN yang telah diberikan. Logik atau tidak, perlu segera dibuat dengan hati yang ikhlas. Tapi, setiap keikhlasan pasti ada ganjaran, selain apa yang memang telah diberikan untuk penat lelah sebulan bekerja. Tapi, seperti apa yang telah aku katakan tadi… sukar bila bekerja di dalam satu team work yang ramai… “Kau buat kerja, kau tak buat kerja” tu bukanlah satu istilah yang dapat menjamin kita untuk mendapat ganjaran yang lebih dalam pekerjaan seperti ini. Kaki kipas, kaki bodek, kaki mengular… semua tu tak memberi kesan pada ganjaran yang akan diberikan. Masing-masing pasti ada kelebihan kan? Itulah lumrah hidup…….

Semuanya bergantung pada mereka yang ada kuasa… ada pangkat… dan kadangkala ada sedikit kelemahan… Mereka yang pandai akan terus berjaya mendapatkan apa sahaja… asalkan pandai…. “nak hidup kene pandai kan?”…… Kadang-kadang terasa ingin memberi sedikit penghargaan atau anugerah atas lakonan mantap mereka… Terhebat dan terbaik, jarang dapat dilihat di kaca TV. Itulah yang memang dikesalkan… harap-harap perubahan pada bahagian pengurusan selepas ini akan bersikap lebih adil dan tepat, bukannya mengikut kehendak dan permintaan orang lain atau diri sendiri.

P/s : Bosan dengan kerja, tapi harus terus kerja!

[Sambung Baca...Disini]

November 24, 2010

Bukan terasa nak jadi,cuma layak dan gajinya agak lumayan


Beberapa minggu yang lepas, memang agak memenatkan. Seperti biasa sudah menjadi rutin tahunan di tempat kerja aku akan dibuat pemeriksaan semula stok-stok barang. Juga beberapa minggu sebelum itu akan dibuat juga pemeriksaan stok tetapi cuma sekadar di tempat-tempat tertentu sahaja, tidak keseluruhannya. Apa kaitannya aku cerita tentang hal-hal kira stok nie dengan tajuk entri di atas?

Kerana selepas semuanya selesai, akan keluarlah satu keputusan menyeluruh mengenai semua pemeriksaan yang telah dilakukan. Masa inilah, mereka yang bergelar Group Leader/ Section Leader suatu masa dulu yang pernah diberi gelaran, mereka perlu mencari sebab musabab jika berlaku kerugian disebabkan barang/stok yang sepatutnya ada tetapi tiada berdasarkan jualan yang telah dibuat.

Apa yang buat aku tak sentap sangat?fahamkan dengan teliti dialong dibawah?dialog ker?eh....

Group Leader X : Pening betul kepala memikirkan mana nak cari sebab loss/kerugian nih... nah,ko nak sangat jadi SL/GL kan?

                  Aku : Eh,tiba-tiba je? Bila masa aku cakap nak sangat jadi SL/GL? (cakap dalam hati sendiri)

Faham ke tak?Lantak lah... yang penting aku tak sentap sangat kot...luaran je tak sentap,dalaman tersentap sikit...cis,dah lah GL tu dikira yang terbaik dan berpengalaman menjadi GL.Entah bila masa dia tau aku pernah mintak position tersebut...Tetapi bukan sebab kerana kuasa yang ada... hanya kerana position tersebut sesuai dengan tahap pendidikan dan juga gajinya agak lumayan bro!...ceh...

P/s : Bila nak jadi GL nih?......

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics