Showing posts with label ketua tidak matang. Show all posts
Showing posts with label ketua tidak matang. Show all posts

November 24, 2010

Bukan terasa nak jadi,cuma layak dan gajinya agak lumayan


Beberapa minggu yang lepas, memang agak memenatkan. Seperti biasa sudah menjadi rutin tahunan di tempat kerja aku akan dibuat pemeriksaan semula stok-stok barang. Juga beberapa minggu sebelum itu akan dibuat juga pemeriksaan stok tetapi cuma sekadar di tempat-tempat tertentu sahaja, tidak keseluruhannya. Apa kaitannya aku cerita tentang hal-hal kira stok nie dengan tajuk entri di atas?

Kerana selepas semuanya selesai, akan keluarlah satu keputusan menyeluruh mengenai semua pemeriksaan yang telah dilakukan. Masa inilah, mereka yang bergelar Group Leader/ Section Leader suatu masa dulu yang pernah diberi gelaran, mereka perlu mencari sebab musabab jika berlaku kerugian disebabkan barang/stok yang sepatutnya ada tetapi tiada berdasarkan jualan yang telah dibuat.

Apa yang buat aku tak sentap sangat?fahamkan dengan teliti dialong dibawah?dialog ker?eh....

Group Leader X : Pening betul kepala memikirkan mana nak cari sebab loss/kerugian nih... nah,ko nak sangat jadi SL/GL kan?

                  Aku : Eh,tiba-tiba je? Bila masa aku cakap nak sangat jadi SL/GL? (cakap dalam hati sendiri)

Faham ke tak?Lantak lah... yang penting aku tak sentap sangat kot...luaran je tak sentap,dalaman tersentap sikit...cis,dah lah GL tu dikira yang terbaik dan berpengalaman menjadi GL.Entah bila masa dia tau aku pernah mintak position tersebut...Tetapi bukan sebab kerana kuasa yang ada... hanya kerana position tersebut sesuai dengan tahap pendidikan dan juga gajinya agak lumayan bro!...ceh...

P/s : Bila nak jadi GL nih?......

[Sambung Baca...Disini]

July 27, 2010

Kenapa mesti Last Minit? Saja atau sengaja?

- Dikala subuh bangun, dapat pesanan sms yang agak memeranjatkan? terkejut tapi sebenarnya marah dan rasa sangat-sangat tak puas hati. Bila check tarikh dan masa memang patut saya rasa marah & sedikit bengang!!! Sudah la masa dihantar dikala saya sedang dibuai mimpi, pesanan sms itu pula lagilah menambah rasa marah di dalam hati. Boleh jadi gila kalau asik masuk keje time yang paling saya tak suka.

- Kenapa time-time begitu paling tak suka nak kerja? sebab terlalu banyak "alien" berkeliaran dan pastinya dengan sifat dan perangai yang pelik-pelik... Rasa macam nak halau kalau dah la perangai macam si** dan dengan sifat bongkak dan mengada-ngada macam mereka itu VIP atau VVIP!!! Come on der, lu cuma student!!!

- Ditambah lagi dengan "LEADER" yang selalu hilang dari pandangan mata? Entah, banyak sangat kerjanya sampai susah nak nampak. Alah, macam biskut chipsmore "Sekejap ada, Sekejap tak ada!" nasib baik lah dia wanita! Taklah cheap sangat! Satu lagi alasan tak boleh diterima "sebab salah seorang cuti, jadi perlu lah kerja time itu?".... sebelum ini tak kisah pon? Ada KAU kisah??? !!!!!

P/s : Yeaaay gaji dah masuk...tak masyuk pon kira okeyh la kan?Yang penting halal... !

[Sambung Baca...Disini]

July 12, 2010

Selepas 2 minggu menanam AV





Sekejap aja sudah cukup 2 minggu... masih lama lagi rupanya nak cukupkan tempoh seterusnya sebelum dinilai dan dinaikkan ke gred yang berikutnya. Walau sudah 2 minggu masih rasa tak cukup lagi pengalaman serta apa sahaja yang perlu diketahui. Terasa masih banyak ruang kosong dalam minda ini yang perlu di isi, 2 minggu der bukan 2 tahun. Masih di kira baru kan? Macam-macam ragam dapat saya lihat semasa 2 minggu menanam AV ini. Macam-macam jenis manusia, ada yang cerewet ada yang tak kisah what ever, ada yang saja dan mengada-ngada dan ada yang berlagak sangat macam fikir kau tu bagus sangat. Dah memang nasib begitu kan? Buat sementara saja sebab nak sangat menunggu kekosongan tersebut di buka semula. Sabar! Sabar ! Sabar !

Paling tak tahan dengan sikap sesetengah 'alien' :

Bukan 'alien' makhluk asing yang terbang dengan piring tu - kemungkinan ada kot, tetapi itu lah dia yang saya akan berikan istilah bagi mereka-mereka ini yang kadangkala tak sedar diri. bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum'. Tapi mereka ternyata berbeza kerana masuk mana-mana pon ikut suka hati rasa mereka! satu saja mengenai mereka iaitu cerewet tak bertempat, kurang hajar dan 'modal kecik,untung nak berjuta-juta'.

LEADER Vs Staff : 

Saya juga rasa macam naik bosan dengan ketua yang tidak terlalu matang dalam memberikan arahan dan menguruskan sesuatu kerja dengan lebih berkesan. Mungkin sebab dia dan saya sebaya dan dia pon tidak lah lama dalam kerja-kerja sebagai ketua, masih baru dan tidak sampai setahun? Tapi nak buat apa kan? She is a LEADER!!!! Terkontang-kanting saya apabila tidak tahu akan sesuatu yang memang tidak pernah di ajar, perlu belajar dengan mereka yang lebih lama dalam kerja ini. Tapi mereka memang agak sibuk dengan kerja masing-masing..Jadi? Sampai bila mahu begini? argggggh... Tak tensi tapi sakit hati!

Memang berharap agar kekosongan tersebut segera di buka semula. Bukan rasa hina dengan kerja yang dibuat sekarang, happy saja ada kerja adalah,takda kasi goyang kaki! Memang rasa kesal sangat sebab dapat LEADER yang kurang matang...cepat lah matang ohoooi!

P/s : Hari nih cuti, esok keje! keje! keje!

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics