Sekejap aja sudah cukup 2 minggu... masih lama lagi rupanya nak cukupkan tempoh seterusnya sebelum dinilai dan dinaikkan ke gred yang berikutnya. Walau sudah 2 minggu masih rasa tak cukup lagi pengalaman serta apa sahaja yang perlu diketahui. Terasa masih banyak ruang kosong dalam minda ini yang perlu di isi, 2 minggu der bukan 2 tahun. Masih di kira baru kan? Macam-macam ragam dapat saya lihat semasa 2 minggu menanam AV ini. Macam-macam jenis manusia, ada yang cerewet ada yang tak kisah what ever, ada yang saja dan mengada-ngada dan ada yang berlagak sangat macam fikir kau tu bagus sangat. Dah memang nasib begitu kan? Buat sementara saja sebab nak sangat menunggu kekosongan tersebut di buka semula. Sabar! Sabar ! Sabar !
Bukan 'alien' makhluk asing yang terbang dengan piring tu - kemungkinan ada kot, tetapi itu lah dia yang saya akan berikan istilah bagi mereka-mereka ini yang kadangkala tak sedar diri. bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum'. Tapi mereka ternyata berbeza kerana masuk mana-mana pon ikut suka hati rasa mereka! satu saja mengenai mereka iaitu cerewet tak bertempat, kurang hajar dan 'modal kecik,untung nak berjuta-juta'.
LEADER Vs Staff :
Saya juga rasa macam naik bosan dengan ketua yang tidak terlalu matang dalam memberikan arahan dan menguruskan sesuatu kerja dengan lebih berkesan. Mungkin sebab dia dan saya sebaya dan dia pon tidak lah lama dalam kerja-kerja sebagai ketua, masih baru dan tidak sampai setahun? Tapi nak buat apa kan? She is a LEADER!!!! Terkontang-kanting saya apabila tidak tahu akan sesuatu yang memang tidak pernah di ajar, perlu belajar dengan mereka yang lebih lama dalam kerja ini. Tapi mereka memang agak sibuk dengan kerja masing-masing..Jadi? Sampai bila mahu begini? argggggh... Tak tensi tapi sakit hati!
Memang berharap agar kekosongan tersebut segera di buka semula. Bukan rasa hina dengan kerja yang dibuat sekarang, happy saja ada kerja adalah,takda kasi goyang kaki! Memang rasa kesal sangat sebab dapat LEADER yang kurang matang...cepat lah matang ohoooi!
P/s : Hari nih cuti, esok keje! keje! keje!