Showing posts with label entri personal. Show all posts
Showing posts with label entri personal. Show all posts

December 2, 2011

Bila Mereka Berkuasa, Yang Lain Jadi Lembunya



Sudah-sudahlah, kali ini mau menulis lagi rentetan dari hari sebelumnya, dikala ramai yang bercuti sudah pastilah aku yang akan sibuk yang teramat sangat? Tetapi hari-hari seperti itu, terasa cukup gembira apabila lagi sudah pastinya ada kerja-kerja luar yang perlu dibuat. Penat dan masa yang diambil memanglah agak lama, tetapi itulah yang dicari kerana dapat melarikan diri dari terperuk di dalam bangunan yang penuh dengan pelbagai jenis orang, ragam dan kerenah. Cuma semalam, hanyalah semalam tetapi aku tak dapat lupakan, lebih-lebih lagi ada campur tangan orang atasan.

Apalah yang mereka dengki? Kenapa perlu iri hati? Sebab-sebab rasa tidak puas hati? Kami ini hanyalah orang-orang bawahan yang diberikan bayaran yang tidak seberapa tetapi syukurlah, ada juga. Itu juga bukan bermaksud disebabkan bayaran yang tidak seberapa, segala kerja yang ada lebih-lebih lagi memerlukan kudrat lebih dari seorang untuk melakukannya, dikawal dan dikerah – hanya kerana kami orang bawahan yang perlu menurut segala arahan tanpa sebarang alasan dan bantahan? Aku faham bila duduk di bawah mereka, ada kalanya alasan yang mereka berikan, kudrat yang ada tidak cukup untuk membantu tetapi kadangkala bantuan yang mereka berikan kadagkala membantu, ada kalanya ianya akan diungkit dan lebih-lebihnya  semuanya datang dari kami.

Bertambah susah, yang sama sifatnya seperti mereka itu terlalu ramai di dalam satu-satu kumpulan yang besar dan dipecah-pecahkan. Semakinlah orang seperti aku dan lain-lainya digunakan, dikerah tenaganya – percaya pada usaha kerja yang keras pasti ada ganjarannya. Tetapi aku tahu realitinya, aku hanyalah digunakan untuk sesuatu yang memerlukan kudrat tenaga orang-orang seperti aku dan lain-lainnya. Perkataan yang jelas – dipergunakan, dikerah tenaganya dan akhirnya menurut seperti lembu yang dicocok pada hidungya, bila ditarik tidak dapat melepaskan diri tetapi lebih kepada terpaksa dan dipaksa tanpa sebarang alasan atau bantahan.

Sudahlah… tidak mahu memanjangkan apa yang mahu ditulis, cuma aku terfikir jika aku pergi dari sini dengan hanya alasan tidak mahu lagi perkara-perkara sebegini, sudah dikira lari dari masalah? Jika pergi ke tempat lain? Rasanya masalah tetap akan sama lagi-lagi bila bekerja dengan mereka-mereka ini. Ada kuasa dan pangkat, digunakan sebaiknya bila diperlukan tetapi kadangkala disalahgunakan – untuk menjamin keselesaan diri sendiri, apa yang susah? Banyak lembu-lembu di bawahnya kan?

P/s : Kalau tak faham, harap maafkan…. Terima kasih pada yang sudi membaca.

[Sambung Baca...Disini]

November 16, 2011

Terima Arahan, Beri Arahan….




Lama rasanya tak keluarkan entri yang agak emosional begini… maklumlah kerja yang tak menentu masanya, kadangkala penat, kadangkala sebenarnya tidak sepenat mana cuma masa yang ada terlalu sedikit untuk menulis sesuatu yang baru. Tambahan pula, tahun 2011 ini sudah semakin hampir ke penghujungnya – pasti akan banyak kerja-kerja yang perlu dibuat dan suasana yang kurang selesa pasti akan mula dirasai. Bosan rasanya berhadapan dengan suasana yang sama, tiada perubahan… semuanya masih sama!

Bila bercakap tentang ARAHAN…. pasti ada yang lemah saja kan? Standart lah… namanya pon berkerja & jadi pekerja… proses kerja, prosedur kerja & suasana tempat berkerja saja yang berbeza-beza. Paling sukar bila berkerja dalam satu kumpulan yang agak besar… sudah pasti orang-orang yang lebih atas pangkatnya dari kita juga ramai. Masing-masing ada saja arahan yang hendak diberikan. Yang paling atas beri arahan pada orang di bawah… yang di bawah beri arahan pada wakil di bawahnya… wakil di bawahnya beri arahan dari apa yang telah di berikan oleh orang paling atas. Penat rasanya bila terima arahan yang sebenarnya tidak berapa logik, entah untuk apa dan siapa datangnya idea arahan seperti itu. 

Orang paling bawahanlah yang biasanya akan merasa penat. Tenaga digunakan, masa dihabiskan untuk segala ARAHAN-ARAHAN yang telah diberikan. Logik atau tidak, perlu segera dibuat dengan hati yang ikhlas. Tapi, setiap keikhlasan pasti ada ganjaran, selain apa yang memang telah diberikan untuk penat lelah sebulan bekerja. Tapi, seperti apa yang telah aku katakan tadi… sukar bila bekerja di dalam satu team work yang ramai… “Kau buat kerja, kau tak buat kerja” tu bukanlah satu istilah yang dapat menjamin kita untuk mendapat ganjaran yang lebih dalam pekerjaan seperti ini. Kaki kipas, kaki bodek, kaki mengular… semua tu tak memberi kesan pada ganjaran yang akan diberikan. Masing-masing pasti ada kelebihan kan? Itulah lumrah hidup…….

Semuanya bergantung pada mereka yang ada kuasa… ada pangkat… dan kadangkala ada sedikit kelemahan… Mereka yang pandai akan terus berjaya mendapatkan apa sahaja… asalkan pandai…. “nak hidup kene pandai kan?”…… Kadang-kadang terasa ingin memberi sedikit penghargaan atau anugerah atas lakonan mantap mereka… Terhebat dan terbaik, jarang dapat dilihat di kaca TV. Itulah yang memang dikesalkan… harap-harap perubahan pada bahagian pengurusan selepas ini akan bersikap lebih adil dan tepat, bukannya mengikut kehendak dan permintaan orang lain atau diri sendiri.

P/s : Bosan dengan kerja, tapi harus terus kerja!

[Sambung Baca...Disini]

February 5, 2011

Sifat Terlalu Yakin, Malu Untuk Minta Maaf?


Semua orang ada sifat tersendiri dalam diri masing-masing. Dari kecil, sifat-sifat tersebut sedikit demi sedikit kelihatan dalam diri kita. Sesetengah orang, sifat-sifat yang ada dalam diri mungkin dari segi keturunan. Ataupon disebabkan proses ketika membesar yang tidak dikawal dengan baik. Macam aku, ada sifat pemalu? Susah untuk dipercayai kan? Tak mudah nak berkawan dengan mereka-mereka yang baru dikenal, kecuali lelaki. Kerana ego kami sama saja. Lebih kepada kaum wanita, untuk kategori single and available.

Aku rasa bukan aku saja yang rasa muak,menyampah dan malas nak layan dengan sifat-sifat tertentu manusia di muka bumi ini, pasti ramai lagi yang akan rasa begitu. Diri sendiri ini tidak baik,tidak jahat, nak merendah diri sangat pon tak boleh, nanti orang akan rasa menyampah. Sedang-sedang saje sudah cukup, hendak atau tidak perlulah dihadapai setiap hari. Tak semestinya setiap hari kita indah kan? Perlu ada hari-hari yang berlainan moodnya... barulah warna-warni sikit hidup ini.

Semalam, betul-betul menguji diri ini sendiri. Macam yang aku cakap tadi, aku ada sifat yang sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan kaum hawa, jadi sekiranya ada sesuatu kesilapan yang dibuat oleh mereka.. aku akan rasa agak sukar untuk menegur. Bergantung pada sifat yang ada dalam diri mereka. Jika diam tapi ramah mesra bila ditegur, masih tidak mengapa. Tetapi jika jenis yang tidak boleh beralah, tak mampu menerima teguran dari orang lain dan merasakan diri sendiri itu betul dan perfect.. 

Aku terpaksa memilih untuk menyelesaikan dengan cara yang lebih mengikut peraturan dan prosedur... Dan semalam juga terbukti... Aku betul, Dia salah... Tetapi kenapa tiada perkataan MAAF daripada DIA? 


Selamat Tahun Baru Cina...owh, aku lahir tahun arnab! Sebab itu pemalu kan?

P/s : kalau dia membaca entri ini, aku mudah maafkan orang, cuma mengapa sukar untuk mengatakan MAAF ?


[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics