May 20, 2014
Bila Bukan yang menjadi Pilihan
Cuba berulang kali, beri apa saja yang termampu walau niat asalnya di hati ikhlas tanpa sebarang balasan. Tetapi mereka-mereka yang sebenarnya membantu bukan atas sebab itu, itulah yang sentiasa menjadi pilihan, yang sentiasa dicari. Bukan berkata menuduh, terbalikkan kesilapan diri atas yang lain tetapi ikhlas semua ada agenda tersendiri. Cuba fikir berulang kali, adakah kebaikan yang diberi diterima atas dasar tidak mahu mengecilkan hati.
Sedar tidaklah pandai jadikan suasana terlalu selesa, menjadi seorang yang mampu menyenangkan yang lain. Yang sentiasa menjadi tumpuan , yang menjadi pilihan untuk apa saja urusan. Harap nampak apa yang ada, walau satu tidak boleh dijadikan dua tiga atau selebihnya. Harap, faham kenapa dan mengapa. Jika pernah kecewa dahulu, janganlah jadikan kelebihan untuk membalas apa yang jadi pada masa dahulunya.
Kenapa tak pernah rasa sebegini selama ini, kerana inilah ciri yang dicari, bukan kerana luaran tetapi ciri-ciri yang memang secara ikhlas dicari selama ini. Harap faham, harapan yang tak pernah putus selagi belum terikat atau diikat dengan ikatan yang sah. END
Follow @pistonpecah
blog comments powered by Disqus