Showing posts with label pelanggan cerewet. Show all posts
Showing posts with label pelanggan cerewet. Show all posts

November 26, 2011

Sifat sebenar manusia, Sengaja atau Semulajadi?


Adakah anda seorang yang cepat naik angin / minyak? Adakah ia satu sifat semulajadi atau pon disebabkan oleh faktor-faktor lain? Apa yang mampu membuatkan anda berasa marah yang amat sangat? Rasanya sebagai seorang manusia biasa, sifat marah itu akan datang dengan sendirinya dan sememangnya tidak disengajakan dan ada yang mampu mengawal rasa marah tetapi ada yang sebaliknya tidak sengaja melepaskan rasa marah itu terhadap orang lain.Aku rasa sifat seperti itu yang pada aku semenjak ini, bukanlah disengajakan tetapi disebabkan oleh respond diri terhadap orang lain. 

Memang benar tiada manusia yang sempurna dan kadangkala ada yang sememangnya sengaja mencetuskan sesuatu yang membolehkan orang lain untuk bersifat kurang hajar.Kurang hajar / biadap yang seperti mana? Mungkin ia satu tindakan yang sengaja mahu membuatkan orang lain berasa marah, situasi yang boleh membuatkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Sifat-sifat sebegini biasanya lebih bertujuan untuk menjatuhkan nama orang lain, tidak kira orang tersebut dikenali atau pon tidak, sesuatu perkara yang disengajakan bertujuan untuk mengganggu kehidupan orang tersebut.

Tidak senang atau iri hati, atau mungkin di dalam diri sendiri tidak ada rasa hormat terhadap orang lain, tetapi mahu diri ini sendiri dihormati / disanjungi. Aku seringkali terlepas kata dengan golongan-golongan sebegini, tetapi sebagai hasilnya tetap akan menunjukkan akulah yang bersalah. Tidak professional dan juga tidak mengikut prosedur yang di tetapkan. Hidup hanya untuk menjadi pesalah dan disalahkan tanpa sebarang ruang untuk pembuktian dan bicara.

Hendak ikutkan rasa, mungkin sudah lama hilang apa yang ada. Sabar dan terus menanti apa yang ada lagi selepas ini, rasa putus asa itu memang sudah tiada. Hanya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Tetap percaya ada yang terbaik menanti cuma perlu usaha dan terus usaha lagi untuk mencari sehingga jumpa apa yang diigini.

P/s : Aku hanyalah insan biasa... Tak puas hati, tumbuk saja terus!

[Sambung Baca...Disini]

January 3, 2011

Demam musim berhenti kerja, apa sebabnya?


Serius kan? Bukan bola saja ada musimmnya, berhenti kerja pon pasti ada musim-musim tertentu. Sama ada dapat peluang kerja  lain atau sebab-sebab peribadi. Sama ada berhenti kerja sebab buat hal/kesalahan atau sebab sudah bosan dengan kerja yang dibuat setiap hari. Apa lagi, alasan-alasan 'standart' bila nak cakap dekat boss ' Saya nak resign' ? Lebih-lebih lagi bila korang adalah pekerja yang sangat-sangat diperlukan, ibarat "Patah tumbuh, hilang berganti", kalau korang berhenti siapa nak jadi gantinya? bagus ke dia? Cepat belajar untuk sesuatu kerja kah dia? Masa tu boss akan sedar kepentingan korang, padahal dekat belakang selalu cakap yang korang adalah pekerja yang sering goyang kaki? mental kot boss tersebut...

Tanggungjawab / bebanan kerja yang dipikul semakin lama semakin bertambah. Selalu sangat top-up walaupon sedikit, kumpul lama-lama banyak sangat-sangat la kan? Tapi gaji, gred dan prestasi kerja tetap dikira normal/biasa saja? Boss kadang-kadang buta, kadang-kadang dibutakan. Untung mereka yang pandai kipas angin cap 18" plus-plus, sekelip mata pejam celik pejam celik dah naik gred. Gaji pon berlipat kali ganda... Untung sangat-sangat kan? Kipas lah lagi!

Cakap keluar dari mulut, idea datang dari otak tapi kalau tak disertakan tindakan dari tubuh badan sendiri pon agak-agak menyusahkan orang bawahan kan? Masa diberikan untuk berkongsi info digunakan untuk acara 'soal-menyoal'... Cikgu sekolah plus lecturer plus Dr. time aku praktikal pon tak macam gitu... Berlagak sangatlah anda ini sangat-sangat! Apa yang anda dapat? Suruh turun padang, lari balik naik atas, suruh orang bawahan selesaikan. Cakap memang mudah, nak laksanakan punyalah susah. Orang bawahan yang takda kelayakan pon boleh selesaikan. Ajaib ke realiti situasi begitu? Fikirkanlah wahai anda! Cakap anda lantang, bila nak buat hilang lantang dari mulut, keluar lantang dari kasut... cepat-cepat lari! Customer arab sudah mari!

Aku bukan apa.. memang itulah lumrah dunia pekerjaan. Tak semunya ceria dan indah.. pasti ada saja rasa tak seronok dan membahagiakan. Aku lagi bahagia kalau anda dah takda lagi memimpin kami!

P/s : Kuatkan tangan, takut terlepas penumbuk dekat muka anda....

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics