Showing posts with label kerja kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerja kerajaan. Show all posts

January 23, 2011

Kenapa Aku Bosan? Zaman sudah berubah, Apa yang mereka beri?


Makin hari aku semakin bosan... Semangat hendak bekerja pon makin hari makin berkurang.. Mungkin kesan dari kawan-kawan sekerja yang semakin hari berkurangan.. Sikit demi sedikit, tak mampu lagi untuk bertahan walau di dalam hati masing-masing sudah menanam niat mahu berkhidmat selagi umur masih ada, tapi siapa mampu bertahan kan? Mengharap apa yang tiada, tunggu dan terus menunggu... Yang pasti tidak diketahui bila dan sampai bila hendak terus menunggu.

Lebih-lebih lagi, zaman sekarang semuanya sudah maju, teknologi sudah bertambah dan bercambah.. Dengan jumlah yang sebegitu, bersyukur dengan adanya ia mampu untuk menanggung apa yang ada, tapi realiti yang sebenarnya masih tidak mencukupi. Kerja lebih, tenaga lebih... bayaran masih sebegitu? Penat kalau sentiasa asik nak kene 'kipas'.... Tenaga terbuang, apa pon tak dapat.... Dari ikhlas menjadi? Jawablah sendiri..... 

Walau aku masih baru... masih menunggu tempoh 3 bulan percubaan untuk berakhir, kesian melihat kawan-kawan yang sudah lama bekerja di sini. Ada yang naik ada yang masih kekal... Dalam tempoh yang lama sebegitu masih kekal dengan tahap yang sama. Ada yang masih dikira baru dalam tempohnya, tapi sudah boleh naik... Dikira dengan cara yang bagaimana? Memang benar, "itu rezeki dia"... cuma terasa ada sesuatu yang tidak kene disini... Terasa sangat dan akan, tak mahu bersubahat walaupun tiada bukti... 

Tapi naluri hati dan pemerhatian di sekeliling kuat menyatakan, sesuatu yang tidak kena...  Biasalah, dimana-mana pon sama kan? Masalah yang sama, situasi yang sama cuma berlainan tempat dan syarikatnya. Aku harap peluang untuk percubaan kali ini berjaya.. Kalau setahun yang dulu, menanti dan terus menanti walau masih gagal. Sekarang, sudah ada pekerjaan dan pengalaman berharap agar majikan tidak lagi memilih dan yang pasti demand yang terlebih-lebih... Doakan ye, moga-moga dapat kali ini. Berharap sangat-sangat....

P/s : 

Pada geng-geng sekerja yang sudah berhasrat untuk blah, selamatlah di tempat kerja yang baru... Mulakan yang baru... Lupakan yang lama...! 

Kalau dapat kerja yang itu, sure 100% aku akan terus berhenti! Kalau tak? 

[Sambung Baca...Disini]

January 10, 2011

Patut ke pilih yang itu? Bezanya masih tiada!


Selalu dengar tak ayat-ayat seperti ini? Hargai apa yang ada dekat depan mata, sebab bila dah takda nanti menyesal pon tak guna kan? Masalah sekarang bukan benda tu dah takda, cuma takda kat sini saja, bukan dekat dunia yang fana ini. Masalah lagi bila dah takda dekat sini, kene cari pengganti? Sapa nak ganti? Semua pasti tak nak, bukan senang nak ganti... banyak tanggungjawab yang bakal menanti.


Tambahan lagi, dengan hasil titik peluh yang bukan tidak bersyukur cuma tak berbaloi. Penat berhempas pulas, hasilnya cuma itu saja? Paling sakit bila bakal dituduh tak ada tanggungjawab? Masalah bila mata sudah sampai ke lutut. Otak pula dah sampai ke mana agaknya? Sekarang bagaimana agaknya? Baru tahu kan nak menyesal? Duduk sedap-sedap dekat atas, siap berhawa sejuk lagi... Bila ada masalah turun bawah, huru harakan orang-orang bawahan. Bagaimana kalau orang bawahan itu dah tiada lagi? Pening kan?

Tambah lagi pening, bila penggantinya mestilah dari golongan kami? Tak nak yang fresh-fresh... tak cukup 3 hari dah cabut lari. Semuanya sebab tak tahan, sakit hati, gaji kecik, Leader tak hensome? Susah nak cari yang mampu kekal, tahan lama... Setahun dua dah dikira tahan lama. Tak mampu lebih dari itu... Sebab asik kene tipu...Gred ke mana, janji semakin panjang berjela.... Boleh tak mogok?! Susah bila takda pilihan kan!

* Credit : Google
* member nak resign sape nak ganti?

P/s : harap-harap 26hb nie menjadi.....amin

[Sambung Baca...Disini]
 
Web Statistics